Menu Lunch Box

Showing posts with label Menu Lunch Box. Show all posts
Showing posts with label Menu Lunch Box. Show all posts

Sunday, 23 February 2020

Paprik Ayam Mudah/ Chicken Paprik Recipe










Presenting another favorite chicken menu from both of us - Chicken Paprik, or Paprik Ayam.
For those who're not familiar with the word "paprik," it is a chicken dish cooked with chili paste combined with three different types of sauce to make the gravy - chili, ketchup and oyster sauce.
It is added with Kaffir lime leaves and bruised lemongrass to gives blissful aroma to the dish.

The gravy is tangy, sweet and spicy, especially when you add bird's eye chilies into it.
Paprik can be seasoned not only with chicken as the main ingredient.
You may also cook your paprik with seafood like shrimp and squid, beef or if you're a vegan, just fill the paprik gravy with colorful vegetables.

This is absolutely one of Mr Hubby's favorite dish for his lunch box.
It is easy to cook and stay impressive when its gone cold.
One thing I like about the dish is, it is a all-in-one.
Meat, seafood and vegetables are cook in one dish.
A number of vegetables, like cauliflower, broccoli, long beans, carrots and baby corns are good options for your paprik dish.
The addition of vegetables gives it a different twist and variety of texture.

Preparing lunch box can sometimes be a frenzy task, especially when cooking is done without proper planning.
Honestly, I can't function without first planning my schedule of the day.
But my way of planning is a bit fascinating, like how my hubby's describe - it's all mapped in my head, with absolutely no paper and pen.
He once said, my head is like a hard disk and having a lot of antennas, everything is carefully recorded, mapped, observed and planned.
All the "why," "how," "what," are there in my head. 😆
One can lost his way when entering my head, unlike his head, it's a ample and only straight ways.
But, too much planning doesn't brings any good, you'll become indecisive when you have a lot of alternatives in front of you.
This happens to me frequently, even when it's just preparing a breakfast.
A lot of times, I struggle to make decision on what to prepare when I have more than three dish choices that pop into my head.
And my hubby usually will gives me a non-helpful response- " just prepare anything."  Hmm..
So, paprik becomes my final option, after spending the whole night before to decide on his lunch box's menu.




Some people prefer to add more chili sauce and ketchup in their paprik, but I prefer to add more chili paste, with moderate amount of the sauces.
You may add fish or cuttlefish sauce and soy sauce to your paprik for more flavor and to darken the paprik gravy.
For the chicken, you can use chicken breasts, cubed or chicken parts with dark meat like drumstick and thigh.

The deliciousness of this chicken paprik lies in the brand of the sauces you're using.
Different brand has a distinct taste.
I've been using Life brand for both my chili sauce and ketchup.
It's thicker in concentration with rich in taste especially the ketchup in my opinion.

The good news about the dish is, you can make ahead the chicken paprik to be kept frozen until ready to be consumed.
Leave behind all the veges if you intent to meal prep your chicken paprik, and only add them when your reheat the paprik.





PAPRIK AYAM MUDAH
CHICKEN PAPRIK RECIPE


Cuisine : Malay, Thai
Serve: 5-6



Ingredients:




1/3 chicken or 4 pieces of chicken
1/4 cauliflower head - cut into bite-sized florets
1/2 carrot -  cut into thick sticks
1/2 packet (5 pieces of baby corn) - cut into two or four
A handful of long beans - cut into 2 inch long pieces (I omitted to include this)
1 Holland onion - sliced
1 cup of water
5 tablespoons of chili sauce
4 tablespoons of ketchup
1 tablespoon of oyster sauce
4 Kaffir lime leaves
1 lemongrass - bruised
5 bird's eye chilies - crushed
4 tablespoons of dried chili paste
3 cloves of garlic - chopped
Sat to taste
Sugar to taste
3 tablespoons of cooking oil



Methods:



Prepare the chicken first by cutting into smaller pieces.  Set aside.

Heat oil in a wok.  Stir fry chopped garlic with lemon grass until fragrant.  Then, add in the dried chili paste and cook until the oil is separating and the color turned dark red.

Add in chicken pieces, ketchup, chili sauce, oyster sauce, Kaffir lime leaves and water.  Season with sugar and salt.  Cover and cook until the chicken is cooked over medium heat, about 10 minutes.

Add in the vegetables, crushed bird's eye chilies and sliced onion and cook for another few minutes, until tender and crisp.  Do not overcook as the vegetables will get mushy.  At this point, taste your paprik gravy, add more salt and sugar if needed.

Serve hot with warm rice.




#NOTES#


Dried chili paste can be self made.  Wash the dried chilies and cut into two to three pieces, remove the seeds to reduce it's spiciness and boil the dried chilies vigorously until the pungent spicy smell from the chilies is emitted.  Strain the cooked chilies in a colander into a blender.  Add a dash of salt and water, enough to help the blender pureed the chilies and blend until smooth textured.  Transfer the dried chili paste in an air tight container and refrigerated until ready to use.

If you prefer dry version of chicken paprik, do not add too much water into the paprik gravy.  Alternatively, you may stir frying the chicken pieces first until charred, set aside and then followed by preparing the gravy, once the gravy is thickened, add in the stir fried chicken pieces, along with the vegetables and stir fry for another few minutes until the chicken and the vegetables are tender.



Wednesday, 26 June 2019

Menu Lunch Box 17 : Kung Pao Fillet Ikan Dori




Assalamualaikum...

Lama jugak tak update entry untuk menu lunch box ni.
Biasalah..waktu pagi adalah waktu paling hectic jadi jarang sekali ada kesempatan nak berposing ambik gambar sana sini.
Jadi, redha je lah dengan menu-menu lunch box yang tak sempat nak diupdate tu..

Kung pao fillet ikan dori ni ialah menu lunch box yang Lyn sediakan untuk bekalan hubby hari Isnin yang lepas.
Tiga hari sebelumnya Lyn dah goreng awal-awal fillet ikan dori ni dan simpan dalam tupperware dan masukkan dalam peti sejuk.
Kononnya supaya keesokan paginya cuma perlu siapkan bahan-bahan tumis untuk kung pao ni je.
Alih-alih hubby pulak jatuh sakit dan on mc.
Tu yang tertangguh plan nak masak kung pao fillet ikan dori ni.
Nasib baiklah masa Lyn masak kung pao ni hari Isnin lepas fillet ikan dori yang dah digoreng ni masih lagi sedap.
Cuma dah tak rangup je la tepungnya kan sebab dah berhari-hari disimpan dalam peti sejuk.



Selalunya kalau sebut kung pao je mesti orang dah terbayang kung pao ayam, betul tak?
Hehe..memang betul tu..takde salahnya pun.
Kung pao ni bagi yang belum pernah dengar ianya salah satu makanan orang Cina.
Kung pao ialah daging ayam yang dimasak bersama kacang gajus, capsicum, cili kering, bawang putih dan dicurah dengan kicap dan jugak wine.
Oppss...nanti dulu!
Jangan misunderstood yea, Lyn takde letak wine dalam kung pao yang Lyn sediakan ni.
Lyn cuma cakap cara asal kalau nak sediakan kung pao ni je.
Cara menumis kung pao ni pulak dengan menggunakan api yang kuat dalam tempoh masa yang singkat.
Ha...gitu ler serba sedikit macam mana cara kung pao ni disediakan.

Sebelum ni Lyn pernah kongsikan resepi kung pao ayam.
Boleh tengok kat link ni : https://thelynalina.blogspot.com/2018/10/kung-pao-chicken.html
Dalam resepi tu, Lyn letak kacang gajus yang telah Lyn panggang sekejap dan jugak sedikit apple cider vinegar.
Lyn jugak tak menggunakan kicap pekat tu yang warna kung pao ayam Lyn agak pucat dan kurang menarik.
So, lepas ni kalau nak masak kung pao sila prepare kicap pekat dulu yea.  Hihi..
Untuk penyediaan kung pao fillet ikan dori ni Lyn masak je menggunakan bahan apa yang ada, so Lyn tak letak pun kacang gajus dan apple cider vinegar tu sebab takde stok.
Lyn pakai 1 keping fillet ikan dori je tapi dapat banyak jugak.

Jom kita semak resepi.



Kung Pao Fillet Ikan Dori

Jenis Masakan : Masakan Cina
Jumlah Hidangan : 3 ke 4 orang

Untuk Fillet Ikan Goreng:

1 keping fillet ikan dori - potong kecil
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
air secukupnya
minyak secukupnya untuk menggoreng




Rendam sebentar fillet ikan dori untuk hilangkan rasa masin.

Potong fillet ikan kepada bahagian kecil.


Untuk bancuhan tepung, masukkan kesemua bahan di atas kecuali fillet ikan dori dan gaul rata.

Masukkan air sedikit demi sedikit untuk mengelakkan adunan menjadi terlalu cair.



Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, celupkan fillet ikan dori ke dalam bancuhan tepung dan goreng dengan api sederhana sehingga garing dan bewarna keemasan.

Angkat dan toskan.

Untuk Penyediaan Kung Pao:

1 cm halia - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
6 batang cili kering - potong dua
4 sudu besar kicap pekat ABC
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 biji capsicum hijau - potong kiub
fillet ikan dori goreng
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam
sedikit gula
kacang gajus bakar - optional
daun bawang - (potong panjang) - optional


Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga agak garing dan naik bau.

Masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.  Kacau rata.

Kemudian masukkan pula fillet ikan dori goreng dan capsicum dan gaul rata.

Perasakan dengan sedikti garam dan gula kalau perlu.  

Padamkan api dan sedia dihidang!



#NOTA#

Biasanya orang akan letak sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah kung pao ni.

Tapi disebabkan ikan dori ni kita dah goreng dulu dengan tepung, tepung tu nanti akan kembang dan akan menyerap kuah kung pao ni, jadi air bancuhan tepung jagung tak perlu digunakan.




Bagi sesiapa yang belum pernah merasa kung pao ikan dori ni boleh lah mencubanya.
Memang sedap lebih-lebih lagi kalau dimakan sewaktu ianya masih panas.



Selamat mencuba!

Friday, 26 April 2019

Menu Lunch Box 16 : Telur Bistik Daging



Kenapa agaknya hampir setiap bento box Jepun mesti ada telur? Di Korea jugak popular dengan egg roll yang merupakan antara menu sampingan favorite?  Jawapannya mudah je, sebab telur merupakan salah satu sumber protein yang baik.  Bila menyediakan lunch box, paling baik bila lengkap segala keperluan nutrient yang penting untuk tubuh badan.  Ada karbohidrat, serat, protein dan lemak yang sihat.  Kalau sebut pasal sumber protein yang praktikal dan kos rendah, pilihan terbaik ialah telur.  Untuk vegetarian boleh pilih antara tempeh atau tauhu.  Macam-macam hidangan yang boleh dipelbagaikan menggunakan tiga bahan yang ekonomi dan sihat seperti yang Lyn sebutkan tadi.

Telur bistik daging ni antara menu olahan Lyn untuk bekalan lunch box hubby Lyn hari ni.  Hari ni cuma sediakan sejenis lauk je dan bubuh sekali sayur-sayuran dalam bistik daging ni.  Ni kali pertama Lyn masak bistik daging ni.  Kalau sebelum ni Lyn suka buat telur bungkus tapi menggunakan ayam yang dipotong dadu dan dimasak bersama sayur campur (mix vege) dan ditambah sedikit capsicum dan tomato potong dadu.


Dari mana asalnya menu telur bistik daging ni ye?  Dulu, masa mula-mula nampak menu telur bistik kat kedai makan sewaktu Lyn belajar di universiti tak confident nak order.  Maklum la, di kampung mana ada menu sedemikian, bila dah bermastautin di tengah bandar ni baru la jumpa menu-menu macam ni.  Tapi disebabkan ingin sangat nak mencuba, Lyn order jugak akhirnya telur bistik ni.  Rasan telur bistik daging ni tak jauh beza pun dengan telur bungkus sebab majoriti bahan-bahan penyediaannya pun hampir sama cuma telur bistik daging ada tomato puri dan kulit kayu manis (tapi Lyn tak letak pun kayu manis ni).  Untuk menghidang telur bistik daging ni ada yang bungkus rapi dalam telur yang didadar nipis macam telur bungkus dan ada jugak yang letak je atas telur dadar.  Sempoi je..

Last minute prepare lunch box disebabkan hubby masuk kerja shift petang hari ni, so yang kita ni pun melengah-lengahkan masa.  Tup tup nak lembutkan daging pulak yang makan masa.  Hmm..next time kena beli pressure cooker nampaknya supaya kerja melembutkan daging lebih cepat.  Lyn prepare dua set, satu untuk lunch dan satu lagi untuk makan petang waktu hubby break.  Hiaskan lunch box dengan cherry tomato

Untuk resepi bistik daging versi Lyn ni, boleh semak resepi di sini bistik daging.


Wednesday, 17 April 2019

Menu Lunch Box 15 : Udang Pedas Berempah Dengan Kacang Buncis Tumis



Assalamualaikum...

Menu lunch box lagi.

Selalu asyik masak ayam kali ni nak buat lauk untuk menu lunch box yang berasaskan makanan laut pulak lah.  Kalau makanan laut yang biasa Lyn sediakan untuk menu lunch box biasanya ikan, udang atau sotong.  Sebelum ni Lyn pernah kongsikan resepi sotong masak black pepper sebagai lauk untuk lunch box, (boleh rujuk kat sini sotong kicap black pepper), kali ni Lyn akan kongsikan menu lunch box yang menggunakan udang pulak.

Kalau sambal udang dah terlalu common untuk dimasak, apa kata cuba masak udang pedas berempah yang akan Lyn kongsikan resepinya sekejap lagi ya.  Jujur Lyn cakap, udang pedas berempah ni baru cubaan pertama kali.  Saja cuba resepi baru.  Letak tu sikit campur ni sikit akhirnya terhasillah menu udang pedas berempah yang meriah dengan rasa rempah, pedas dan manis ni.  Penyediannya pun tak lah susah sangat cuma bahan-bahan yang Lyn gunakan agak banyak berbanding kalau kita nak menyediakan sambal udang.

Udang Pedas Berempah

Bahan-bahan:

300 gram udang basah bersaiz besar (buang sesungut dan bahagian kepala yang tajam)
sedikit air
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar rempah kari ikan (campur air jadikan pes)
1/2 sudu besar gula
garam
minyak untuk menumis

Bahan A:

1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
2 helai daun limau purut (buang urat tengahnya)
1 batang serai (ketuk)

Bahan B:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
6 tangkai cili kering (rebus sebentar dan buang bijinya)

Cara Penyediaan:

  1. Kisar halus kesemua bahan B.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bahan A hingga bawang agak layu dan masukkan bahan B dan tumis hingga agak garing.
  3. Kemudian masukkan pes rempah kari ikan dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, sos tiram, kicap manis, sos cili, sos tomato dan gula.  
  5. Masukkan udang dan gaul rata dan masak hingga udang masak.  Jangan terlalu lama.
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam.

Udang pedas berempah ni boleh dimakan untuk tiga orang.  Tapi kalau jenis yang suka meratah tu dua orang pun boleh belasah habis.  Hehe...Udang pedas berempah ni tahan lama dah tak cepat basi.  Walau macam mana pun jangan biarkan ianya seharian di suhu bilik tanpa dipanaskan.  Kalau tak habis makan, simpan dalam tupperware dan masukkan dalam peti sejuk.

Okay, so dah cerita bab udang.  Menu lunch box ni tak lengkap kalau cuma satu lauk je kan.  Jadi lauk yang kedua untuk lunch box ni ialah sayur kacang buncis tumis.  Lyn campurkan kacang buncis tumis ni dengan kobis putih dan lobak merah.  Goreng macam biasa je dan letakkan sedikit kiub pati ikan bilis sebagai penambah rasa.  Kalau yang pandai guna Maggi cukup rasa tu boleh jugak letak okay.



Selamat mencuba!


Monday, 15 April 2019

Menu Lunch Box 14 : Terung Sambal dan Egg Roll



Kali ni Lyn nak share menu lunch box yang sangat sempoi dan ekonomi.  Hehe...peminat terung mesti selalu makan terung sambal kan?  Yup, this is my all time favorite menu, sejak zaman bujang lagi.  Ada tiga menu berasaskan terung yang Lyn sangat suka - terung sambal, terung berlada, terung dicampur dalam kuah lodeh atau masak lemak sayur.  Uih..memang ketagih la makan terung ni.  Boleh telan nasik dua pinggan tak hengat dunia tau dengan hanya makan berlaukkan terung ni je.  Nasib baik la hubby pun suka makan terung.

Kalau tak silap waktu Lyn prepare lunch box yang ni masa tu stok bahan masak yang available cuma terung dan telur je.  Hmm..nasib ler kan..Jadik, masak je la apa yang ada kan.  Lagipun nak menghabiskan stok cili kering yang Lyn dah siap blender awal-awal dan simpan dalam peti sejuk.  Cili kering kisar sendiri ni tak tahan lama dan akan cepat rosak, jadi dalam masa seminggu dah kena habiskan kalau tak rasa dia akan berubah walaupun Lyn dah letak garam sewaktu mengisar cili kering tu.

Egg roll yang Lyn buat ni is the simplest one, yet you need to know the proper technique to roll the egg.  Kalau kat Jepun, egg roll salah satu menu wajib ada untuk menyediakan bento lunch box dorang.  Kalau suka makan egg roll, boleh la beli egg roll pan yang berbentuk segi empat tepat tu supaya senang dan egg roll akan lebih kemas kejadiaannya berbanding kalau menggunakan kuali bulat.  Actually, Lyn takde pun egg roll pan tu.  Belum berkesempatan lagi nak beli.  So, disebabkan darurat dan gelojoh sangat nak buat egg roll ni, Lyn pun pakai la bahagian atas double sided pan tu.  Bentuk segi empat jugak tapi sisi tepi tu instead of straight cut Lyn punya pan ada lengkong sikit.  Lepas tu, pemegang pan tu kat sisi yang panjang kan, so susah sikit la nak dadarkan telur tu.  Walau pun tak berapa kemas, takpe la kan asal ada rupe egg roll sudah.  Lyn pun belum berapa mahir nak gulung egg roll ni dengan kemas.  Practice makes perfect! 

Egg roll Jepun biasanya rasanya agak manis sikit sebab dorang tambah gula perang.  Tapi Lyn lebih suka egg roll yang ala-ala omelet rasanya, tak manis tapi ada rasa garam dan lada hitam sikit.  Egg roll ni kalau nak ikutkan kena tapis dulu sebelum didadar untuk menghasilkan tekstur egg roll yang licin je.  Memandangkan konsep kerja Lyn kat dapur nak kurangkan penggunaan utensil sambil menjimatkan masa, so tapis menapis telur ni memang tak masuk list.  Hehehe...

Resepi untuk terung sambal Lyn yang sangat mudah boleh tengok kat link ni terung sambal mudah.


Friday, 12 April 2019

Menu Lunch Box 13 : Dada Ayam Percik Simple



Assalamualaikum wbt...

Dalam menyediakan menu lunch box, tak kiralah sama ada untuk dibawa sebagai bekalan anak atau suami tersayang ke sekolah mahupun ke pejabat, kita sebagai orang yang menyediakan menu lunch box ni kenalah selalu creative menyediakan menu-menu baru supaya tak bosan dengan menu yang sama.  Lepas tu, presentation lunch box tu mestilah appealing baru gembira je hati si pemakan tu nanti kan.

Penggemar ayam percik atau apa-apa pun lauk percik - misalnya telur percik, ikan percik atau daging percik boleh la cuba memasaknya untuk dijadikan menu lunch box yang sedap dan menyelerakan.  Menu ayam percik ni kalau Lyn tak silap berasal dari Kelantan.  Dulu masa Lyn masih bekerja di PJ, tiap kali ada pasar pagi dan pasar malam depan office Lyn mesti ada gerai yang menjual nasi kerabu dan salah satu lauknya mesti ayam percik.  Lepas tu, ayam percik tu ada dua jenis- satu yang warna merah iaitu pedas dan satu lagi berkuah putih.  Bagi yang hantu makan pedas tu boleh la cuba buat ayam percik yang versi pedas.  Sebenarnya, pedas ayam percik ni tak la sampai tahap pedas macam sambal tumis tu.  Pedas yang sederhana je sebabnya, cili giling tak boleh lebih, nanti tak sedap seperti ayam percik original yang warnanya merah pudar saja.

Bahagian mana yang akan menjadik korban ayam percik anda terpulang lah ya.  Macam Lyn ni, memang kebanyakan waktu stok dada ayam je la yang Lyn simpan kat rumah.  Itu sebabnya nama menu ni pun menjadi dada ayam percik, instead of ayam percik je. Hehe...

Sebahagian resepi ayam percik yang Lyn carik di blog-blog masakan ada menggunakan lengkuas sebagai rencah untuk menyediakan kuah dan jugak sebagai bahan perapan untuk penyediaan ayam.  Memandangkan Lyn memang jarang betul beli lengkuas, lengkuas kalau kat rumah Lyn hanya akan nampak bayang waktu nak buat rendang, mee kari dan laksa Singapore je.  Huhu...so lengkuas memang Lyn tak letak dalam resepi ayam percik Lyn ni.  Kekuatan rasa ayam percik yang Lyn buat ni bergantung kepada rasa bawang, halia, cili, santan, serai dan ayam tu sendiri.

Dada Ayam Percik Simple

Bahan-bahan:

2 keping dada ayam

Bahan perap ayam:

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit garam

Bahan kuah:

1/2 biji bawang besar *
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 batang serai*
5 batang cili kering (rebus sebentar dan buang biji)*
1 cm halia *
1/2 kotak kecil santan (Lyn pakai KARA)
1/2 liter air
1 keping asam keping
garam
gula

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk halus kesemua bahan perap dan gaul rata dada ayam bersama bahan perap.
  2. Untuk menyediakan kuah, kisar halus kesemua bahan bertanda * dan tuangkan ke dalam periuk.  Tambah air dan reneh hingga mendidih.  
  3. Setelah mendidih masukkan pula santan, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ayam perap tadi dan reneh sebentar hingga bahagian luar ayam bertukar warna menjadi putih (dalam 10 minit), kemudian keluarkan semula ayam dan letak ke dalam mangkuk dan perap sekurang-kurangnya 30 minit.
  5. Untuk memanggang ayam, panggang ayam dengan sedikit minyak menggunakan double sided pan atau kuali non-stick.  Boleh jugak menggunakan pemanggang khas kalau ada.  Panggang dengan api sederhana dan balik-balikkan hingga bahagian luar ayam ada sedikit tompok-tompok coklat kehitaman.
  6. Untuk menghidang, siramkan kuah percik ke atas ayam.

#TIPS#

Kuah percik sepatutnya agak pekat.  Jadi air jangan tambah banyak sangat kalau tidak kuah akan cair.  

Kalau nak kuah lebih sedap, rendamkan ayam percik yang dah dipanggang ke dalam kuah.  Tapi disebabkan Lyn buat ayam percik ni untuk menu lunch box kuahnya Lyn asingkan kat dalam bekas kecil macam yang kat dalam gambar tu.

Tuesday, 19 March 2019

Menu lunch box 12 : Fillet Ikan Dori Dengan Black Pepper Gravy


Assalamualaikum wbt...


Dah agak lama Lyn tak update menu idea untuk menu lunch box ni kan.  Kebanyakan waktu bila dah packing lunch box, masa dah sangat suntuk untuk berposing sana sini ambik gambar.  Tu yang tak dapat update tu.  Lepas tu bila ambil gambar waktu awal pagi di bawah cahaya lampu, gambarnya jadik tak cantik sebab ada bayang-bayang.  Hmm...nampaknya masih banyak lagi photography skills yang Lyn belum mahir lagi dan masih banyak yang perlu diperbaiki.  Bila berblogging ni, bukan saja skill menulis yang diperlukan, tapi skill mengambil gambar dan merekod video yang baik jugak diperlukan.   Itu belum cakap lagi soal SEO dan teknik-teknik lain lagi yang masih banyak yang perlu dikuasai untuk menjemput pengunjung datang ke blog dan meningkatkan ranking di google search.  Bila fikir balik, memandangkan sekarang ni zaman internet dan maklumat di hujung jari, hinggakan membeli barang dapur pun boleh dibuat online je, kalau anda ada cert in digital marketing memang sangat bertuah lah.  Kalau dulu Lyn tau pasal kos digital marketing masa zaman bujang lagi dah lama Lyn belajar kos ni.  Huhu...

Fillet ikan dori dengan black pepper gravy ni ialah menu lunch box hubby minggu lepas, baru ni nak update. Hihi...penyediaannya same je macam nak menyediakan fish and chips tu, yang mana fillet ikan dimarinade dengan garam dan lada hitam, atau boleh jugak kalau nak marinade dengan buttermilk dan akhir sekali fillet ikan dori ni dilumur dengan bread crumbs atau bancuhan tepung sebelum digoreng atau dibakar.  Sebenarnya untuk menyediakan fillet ikan ni, tak semestinya kena pakai fillet ikan dori je, boleh jugak pakai fillet ikan dari categori white fish yang lain, contohnya fillet ikan talapia ke, fillet ikan kod atau butter fish fillet.  Tapi yang biasa kita jumpa fillet ikan dori je kan.


Untuk melengkapkan hidangan, menu ni Lyn sediakan bersama semangkuk nasi putih dan jugak sayur-sayuran yang direbus sebentar seperti lobak merah, brokoli dan kobis bunga (cauliflower).

Jom tengok cara-cara penyediaan lunch box fillet ikan dori dengan black pepper gravy yang mudah ni.

Untuk fillet ikan dori marinade:

1 keping fillet ikan dori bersaiz sederhana
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada hitam (tumbuk halus)
1/2 cawan air

Penyediaan:

Basuh bersih fillet ikan dori dan potong ke 5 ke 6 bahagian.
Campur semua bahan (tepung jagung, garam lada hitam tumbuk dan air) dalam mangkuk dan masukkan potongan fillet ikan dori tadi.  Tutup mangkuk dengan cling wrap dan perap minimum 30 minit dalam peti sejuk.

Sementara tu, boleh mula sediakan sayuran dan black pepper gravy.

Untuk sayuran potong kecil kesemua sayur dan rebus sebentar dalam air yang mendidih dicampur dengan 1 sudu teh garam.  Jangan terlalu lama, bila sayuran dan lembut angkat dan toskan.

Untuk menyediakan black pepper gravy, bahan -bahannya:

1 sudu besar mentega
1/2 sudu besar black pepper (tumbuk halus)
1/2 kiub ayam
1 cawan air
1 sudu besar + 1 sudu kecil tepung gandum
garam

Penyediaan:

Panaskan kuali sebentar.  
Guna api sederhana, masukkan mentega dan bila mentega dah larut cepat-cepat masukkan tepung gandum dah kacau selalu menggunakan whisk hingga tepung gandum bertukar warna coklat keperangan.  
Tuang air, masukkan kiub ayam dan lada hitam tumbuk.  
Kacau hingga kuah menjadi agak pekat dan perasakan dengan garam.


Selepas setengah jam, keluarkan fillet ikan dori marinade dari peti sejuk untuk digoreng atau dibakar.  

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

bread crumbs (Lyn pakai breadcrumbs kaler putih)
tepung gandum
minyak untuk menggoreng

Penyediaan:

Dalam satu mangkuk letakkan bread crumbs.
Dalam mangkuk lain letakkan tepung gandum.
Ambil satu bahagian fillet ikan dori dan lumur ke dalam tepung gandum.  Kemudian lumur balik ke dalam mangkuk marinade yang berisi bancuhan tepung jagung tadi.  Kemudian golekkan ke atas bread crumbs.  Tekan-tekan sikit bagi bread crumbs menutupi kesemua bahagian fillet ikan dori dan supaya breadcrumbs melekat dengan sempurna.  Letakkan dalam pinggan lain.  Ulang langkah ni untuk kesemua bahagian fillet ikan dori yang lain.

Untuk fillet ikan dori goreng:

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.  Goreng fillet ikan dori hingga kuning keemasan.  Pastikan minyak betul-betul panas bila masukkan fillet ikan dori untuk menghasilkan fillet ikan dori yang rangup.  Guna api kuat untuk lebih kurang 5 saat kemudian rendahkan suhu api dan goreng hingga fillet ikan dori masak dengan sempurna.
Angkat dan letak atas kitchen paper untuk serap minyak yang berlebihan.

Untuk fillet ikan dori bakar guna oven:

Panaskan oven pada suhu 200०C.  Susun fillet ikan dori atas dulang yang dialas dengan baking paper dan bakar pada api atas bawah hingga kuning keemasan.


Disebabkan Lyn nak cepat, Lyn goreng je fillet ikan dori tu but the healthier option of course is to bake them.  Kalau ada air fryer pun boleh guna.

My hubby sangat suka lunch box macam ni.  Kalau tak nak pakai ikan dori pun boleh jugak kalau nak guna dada ayam..Cara-cara penyediaan semua sama.

Dalam resepi penyediaan fillet ikan dori ni, kalau perasan Lyn langsung tak menggunakan buttermilk atau telur.  Sebaliknya Lyn gantikan dengan tepung jagung.  Dari segi appearance sama je cuma rasa ada lain sikit la.. Of course yang marinade guna buttermilk tu rasanya lemak-lemak susu gitu.  Terpulang pada citarasa masing-masing.




Saturday, 22 December 2018

Menu Lunch Box 11: Spicy Honey Lemon Chicken Rice



Lama betul saya tak update menu lunch box ni.  Kebanyakan harinya, bila prepare lunch box untuk hubby bawa bekal ke pejabat ni takde masa pun nak ambik gambar, lepas isi makanan dalam bekas bekal tu terus letak dalam lunch bag dia, lepas tu terus hidangkan sarapan pagi dia.  Jadi kesempatan nak mengambil gambar tu memang jarang-jarang ada.

Hari ni hari terakhir hubby bekerja untuk minggu ni, akhirnya dapat juga nak ajak hubby dating jalan-jalan ke pasar pagi di stadium esok.  Yeay! Kalau tak selalunya hari ahad pun kene kerja..Hmm...

Memandangkan esok pun nak cuci mata sambil tambah stok barang dapur kat rumah, jadi stok barang masak hari ni pun hanya tinggal saki baki je.  Stok sayur pun dah habis.  Kat freezer pun cuma tinggal ayam boneless.  Jadi menu lunch box hubby hari ni masakan yang serba ringkas dengan menggunakan saki baki bahan-bahan masak yang ada.


Actually, saya tak plan langsung pun nak masak lemon chicken ni.  Asalnya saya nak masak ayam masak kicap je dengan menggunakan ayam boneless tu, potong kecil-kecil, goreng sekejap dan masak kicap campur dengan kentang sikit.  Tapi entah macam mana, idea nak masak lemon chicken timbul pula last minute masa tengah goreng ayam tu.  Masa tu tiba-tiba pula teringat gambar lemon chicken yang sangat mengiurkan di Pinterest.  Aduhai! Meleleh air liuq tau! 😂😂😂

Kebetulan pula saya baru je beli madu sebotol hari tu masa shopping barang sorang, stok lemon pun ada.  Hehehe..terus je sediakan bahan sosnya.  Nasinya pula saya masak nasi ayam, letak sedikit kiub pati ayam dan halia tumbuk beserta sedikit garam.

To be honest, ini lah kali pertama saya masak lemon chicken ni.  Tak pernah cuba nak masak pun sebelum ni.  Lepas je masak, saya hidangkan untuk sarapan pagi hubby.  So, pagi tadi sarapan hubby pun nasi lemon chicken ni juga lah.  Takut juga bila nak tunggu reaksi dia waktu merasa lemon chicken saya tu.  Ye la, saya kan baru pertama kali buat kan. Kot lah tak kena dengan tekak dia ke hape kan.

"THUMBS UP! SEDAP! Rasa dia perfect, tak masam sangat.  Just nice!" Ouh Ho! Terujanya!

Tak sia-sia eksperimen last minute saya pagi tadi.  Happy betul rasanya bila dapat pujian sebegitu.  Haha..isteri mana tak happy kan bila dapat pujian sang suami, kan?

Untuk sos lemon tu, saya ubah sedikit dengan menambah sos cili, nak bagi rasa pedas sikit.  So, sos ni ada rasa pedas, masam dan manis.  Macam tiga rasa pula. Hehe..

Resepi Spicy Lemon Chicken

Bahan untuk ayam perap:

3 ketul ayam boneless (kalau besar pakai 2 ketul je) - potong kecil
garam secukupnya
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
Tepung beras secukupnya untuk menyalut

Bahan sos:

3 sudu besar sos cili
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar madu
3/4 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
secubit garam

Bahan sampingan:

Bijan - goreng tanpa minyak
Hirisan daun bawang
Hirisan timun

Langkah Penyediaan:

  1. Sediakan ayam perap.  Gaul sebati kesemua bahan.  Goreng dalam minyak yang terendam hingga warna kuning keemasan.  Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Campurkan kesemua bahan sos.  Masak sebentar hingga sos menjadi agak likat.  Tambah air jika terlalu pekat.



Thursday, 25 October 2018

Menu Lunch Box 10: Sandwich Telur Dalam Poket



Assalamualaikum...cerita kisah lunch box hubby lagi.  Sebenarnya tak semua menu lunch box hubby saya masukkan dalam entry, hanya yang terpilih saja. Heheh..

Sandwich telur ni sebenarnya menu lunch box semalam.  Tiba-tiba mogok nasi pulak. Hehe..Tu yang bawakan sandwich tu.  Kebetulan saya nak habiskan stok roti wholemeal yang saya buat dua hari lalu, disebabkan roti wholemeal tu saya buat sendiri, makanya cepat rosak sebab takde bahan pengawet.  Kalau nak harap saya habiskan sorang alamatnya makin comel la nanti kejadian diri ni.

Dulu masa saya belajar di universiti, saya dan housemate selalu juga bawa sandwich telur hancur sebagai bekalan ke kuliah.  Jimat sikit duit kan daripada nak melantak hari-hari di kafeteria kolej kan.  Disebabkan duduk ramai-ramai di rumah sewa dan peralatan memasak yang limited, jadi kalau nak masak pun menu yang ringkas-ringkas saja.  Saya kurang suka sandwich telur yang menggunakan telur rebus kemudian dicampur dengan mayonis dan serbuk lada hitam tu, sebaliknya sandwich telur saya telurnya digoreng.  Jadi lain sikit dari sandwich telur yang biasa kita makan.  Lepas tu letak salad, tomato dan timun banyak-banyak sampai sandwich tu jadi buncit ala-ala double cheese burger McD. Haha...

Lepas tu, bila dah mula bekerja di pejabat, kegilaan memakan sandwich masih melanda.  Saya kerap mentapau sandwich dari gerai makanan segera yang terletak satu kompleks dengan pejabat saya iaitu Monster Bites.  Memang betul-betul monster bite lah sebab sandwichnya bersaiz jumbo dan dilimpahi dengan segala dressings yang boleh melebarkan aset-aset anda. >.<  Tapi tak lama lepas tu, gerai tu tutup kedai dah.  Kempunan la nak makan sandwich jumbo lagi. Huhu..

Sandwich untuk lunch box hubby ni saya buat dua set, iaitu menggunakan 4 keping roti, 2 biji telur yang saya jadikan omelet, salad, timun, tomato dan sedikit sos cili.  Sekarang ni di rumah kami memang tak pernah lagi simpan stok mayonis dan salad dressings.  Nak kurangkan sikit makan benda-benda macam tu. Lepas tu sandwichnya saya balut dengan baking paper nak jadikan macam poket.  Lagipun senang nak makan.


Kalau nak buat sandwich versi yang lebih sihat, sila pakai roti wholemeal, lebihkan sayur-sayuran dan kurangkan penggunaan dressings,mayonis dan sos.  Kalau nak pakai roti pita atau tortila wrap pun boleh. Pilih yang wholemeal atau wholegrain untuk kandungan serat yang lebih tinggi.

Menu Lunch Box 9: Nasi Perang dan Ayam Goreng Kunyit



Menu lunch box hubby kali ni sangat ringkas, sebab saya cuma sediakan sejenis lauk saja, tak seperti selalu.  Bila tekak dah mula biasa makan peras perang, makin selera pula bila makan nasi beras perang.  Mula-mula saya kurang pandai nak sukat sukatan airnya.  Walaupun saya dah ikut sepenuhnya sukatan air dan beras seperti yang tertera pada bungkusan beras perang tersebut, namun nasi yang saya masak masih juga agak keras dan berderai.  Agaknya sebab saya pakai periuk nasi biasa agaknya, hehe..tu yang effect tak sama tu kan. :P

Saya kurang suka makan nasi yang berderai, rasanya macam berat je tekak ni nak telan.  Bila nasi yang dimasak berderai, bermulalah episode eksperimen.  Lepas dua kali percubaan, baru lah saya berjaya memasak nasi beras perang dengan sempurna, sesuai dengan selera saya dan hubby. Saya tambah lagi 1/2 cawan air untuk setiap cawan beras yang saya pakai.  Contohnya, kalau saya pakai 1 cawan beras, kalau mengikut peraturannya kena letak 2 cawan air.  Tapi saya letak 2 1/2 cawan air.  Lepas tu saya rendam sekejap beras tu dalam 10 minit baru saya masak.  Saya pun ada tambah garam dan daun pandan.  Jadi nasi beras perang saya lembut, lemak dan wangi. Yeay!

Sebenarnya, menu lunch box ni ialah bekalan hubby untuk dua hari lepas.  Tapi baru ni sempat nak mengadap komputer untuk buat entry ni.  Hehe..walaupun menunya ringkas tapi sihat dan menyelerakan sebab saya hanya menggunakan kuantiti minyak yang sedikit saja untuk menggoreng ayamnya.  Kalau nak pakai sedikit minyak saja, sila pakai kuali non-stick ya.

Untuk resepi ayam goreng kunyit boleh lihat di sini (ayam goreng kunyit).

Jadi, kalau agak-agak takde idea nak masak apa untuk lauk bekal, boleh la masak ayam goreng kunyit ni.  Lauk ni pun masih sedap walau pun di makan ketika ianya dah sejuk.



Tuesday, 16 October 2018

Menu Lunch Box 8: Ikan Bawal Goreng Kunyit dan Kangkung Tumis


Assalamualaikum wbt semua...


Ini kisah lunch box hubby semalam. Tapi baru hari ni dapat update. Seperti sedia maklum, saya memang jarang bekalkan hubby menu berasaskan ikan untuk dibawa ke pejabatnya, lebih- lebih lagi ikan yang banyak tulang dan kena ambil masa nak asingkan tulangnya melainkan ikan yang lebih banyak isi macam ikan dori, tengiri dan ikan pari.

Semalam..tiba-tiba hubby request pula nak suruh saya masak ikan bawal goreng sebagai menu lunch boxnya. Katanya terliur tengok bila tengok Park Soo Hong dan ayahnya makan ikan goreng dalam episod yang ke 59 dalam rancangan Mom's Diary, atau dikenali juga sebagai My Little Old Boy atau My Ugly Duckling rancangan popular Korea yang mengisahkan kisah kehidupan seharian anak-anak bujang mereka yang masih belum berkahwin walaupun usia mereka dah agak lewat. Hehehe... Seronok juga rancangan tu. Boring dah asyik layan rancangan Running Man. Dalam kisah tu, ayah Soo Hong bawa anaknya melawat kampung halamannya di Ulleungdo, sebuah pulau yang terletak di bahagian timur Semenanjung Korea.

Mengikut sejarah, Pulau Ulleungdo terbentuk dari letusan gunung berapi kira-kira 10 000 tahun yang lalu di laut timur. Struktur muka bumi di Pulau Ulleungdo bergunung - ganang dan boleh dikatakan tiada tanah rata. Jarak antara Pulau Ulleungdo dengan Korea adalah kira-kira 120km. Pulau ni menjadi daya tarikan pelancong kerana kecantikan alam semula jadinya. Kalau nak berkunjung ke pulau ni kena naik feri sebab tiada airport di pulau tersebut.

Ok, habis cerita tentang sejarah Pulau Ulleungdo, jadi dalam episod tersebut, ayah Soo Hong bawa anak dia makan kat sebuah restoran yang menghidangkan banyak makanan laut segar dan salah satunya ialah Yellow Tail fish (saya tak pasti apa nama Melayunya) yang digoreng. Ayah Soo Hong siap ajar anak dia makan Yellow Tail's head goreng ni dengan tangan. (Selalunya orang Korea makan pakai chopstick ). Nampak sedap je tengok dorang meratah ikan tu sampai habis. Yumm.. Meleleh air liuq kami tau tengok dorang ni makan. >.<

Lepas je layan rancangan tu, hubby terus cakap nak makan ikan goreng untuk bekal dia esok. Kebetulan pagi tu saya ada membeli ikan bawal hitam saiz sederhana. Fikir-fikir balik, ikan bawal ni senang nak makan, tulangnya tak banyak. Okey jugak tu kan, tak dapat makan Yellow fish ni dapat makan ikan bawal pun jadi lah... Janji ikan. Hehe..

So, saya keluarkan ikan bawal dari freezer , bersihkan dan perap dengan kunyit hidup, bawang putih dan sedikit garam. Itu je bahannya; kunyit, bawang putih dan garam! Senang kan? Dah siap lumur ikan dengan bahan-bahan perap tu, masuk dalam bekas dan wrap dengan cling wrap. Atau kalau nak senang pakai je bekas bertutup. Tak perlu simpan dalam freezer, simpan je di peti sejuk bahagian bawah sebab kita nak masak awal pagi esok.

Esoknya, goreng ikan bawal hitam yang dah diperap hingga agak garing. Letak atas tisu dapur untuk serap minyak yang berlebihan.

Ikan bawal goreng kunyit ni saya padankan dengan sayur kangkung tumis. Resepinya seperti berikut:

Kangkung tumis mudah:

1 ikat kecil kangkung (siang dan bersihkan)
3 ulas bawang kecil *
1 ulas bawang putih *
5 batang cili padi *
sejemput ikan bilis *
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis.
garam


  1. Tumbuk bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk seketika. 
  3. Masukkan air,garam dan kangkung. Guna api besar dan tutup kuali dengan penutup dan masak hingga kangkung masak.

Kalau nak bubuh belacan pun sedap jugak, jadi kangkung goreng belacan. Kalau ada taucu pun boleh letak. Terpulang mengikut citarasa masing-masing ya.

Ikan goreng lebih sedap kalau pakai kunyit hidup berbanding dengan serbuk kunyit. Jadi, rajin-rajin la pakai kunyit hidup untuk rasa ikan goreng yang lebih sedap.



Menu Lunch Box 7: Ayam Kung Pao dan Peria Goreng Telur


Assalamualaikum dan selamat sejahtera!


Kali ni nak bercerita kisah lunch box hubby lagi. Yea!

Semalam dah bawakkan lauk ikan, hari ni terfikir nak bawakkan lauk berasaskan ayam pula. Hari tu saya beli 1 pek boneless chicken di pasaraya, kononnya nak buat chicken dumplings, tapi masih belum berkesempatan lagi sebab malas pula nak menguli adunan untuk membuat kulit dumpling tu. Kalau beli yang ready made di pasaraya kulit dumplingnya nipis sikit dan tak berapa sedap kalau nak dibuat untuk dumpling potsticker. kalau buat sup dumpling ok la kalau pakai kulit dumpling ready made tu. Itu pendapat saya la..hehe..

Berbalik pada kisah lunch box, hari ni saya masak ayam kung pao, sejenis menu makanan Cina yang berasal dari daerah Sichuan di negeri China. Kebetulan stok cashew nut dan lada benggala ada lagi, terus terfikir nak masak ayam kung pao.

Kalau ikut resepi asal ayam kung pao, dorang selalunya akan letak arak beras, atau rice wine yang dipanggil rice Shaoxing vinegar. Saya tak masukkan bahan ni yea, hehe..instead saya gantikan je dengan sedikit apple cider vinegar. Kalau takde stok, tak payah letak langsung pun dah sedap dah ayam kung pao tu. Rasanya lebih kurang je dengan ayam sizzling sebab ingredients semua hampir sama; kicap, halia, bawang putih, cili kering dan ayam. Hehe..


Untuk resepi ayam kung pao boleh semak kat (link) ni.

Macam biasa, 1 lauk berasaskan protein, 1 lagi perlulah lauk yang berasaskan sayur pulak kan. Baru la lengkap. Untuk sayur, saya masak peria goreng telur lagi! Nak buat macam mana, hubby saya suka sangat makan peria. Asal pegi pasaraya je laju je dia ambik peria masuk dalam shopping troli tu. >.<

Untuk lauk peria goreng telur, boleh tengok resepinya kat (link).


Hari ni dengan rasminya hubby bawak bekal nasi beras perang. Kiranya baru pertama kali kami makan beras perang ni. Selalu bila pergi pasaraya, asal nak beli je asyik tertangguh. Hehe..Beras perang ni bagus sebab ianya lebih banyak kandungan serat berbanding beras putih. Beras perang dikategorikan sebagai complex carbohydrates, sebab perut kita ambil masa untuk digest dan ianya tak meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat, jadi untuk long term, pengambilan beras perang dapat mengawal kadar rembesan insulin dalam darah. Sebab tu beras perang merupakan antara salah satu low gycemic index food.

Saya akan cerita kebaikan beras perang ni dalam entry yang akan datang okay.



Saturday, 13 October 2018

Menu Lunch Box 6: Tempe Ikan Bilis Sambal dan Sayur Kobis KerintingTumis




Sejak dua menjak ni kerap pula hubby bekerja pagi. Bermakna semakin awal la saya perlu prepare lunch box. Macam biasa, perancangan awal mesti kena ada. Kalau tak haru biru pula bila bangun pagi blank otak ni tak tau nak masak apa. Silap haribulan, bercinta pula dengan peti sejuk tu nanti sebab asyik termenung je depan peti sejuk sambil pikir apa menu yang patut dimasak. Hehe..

Konsep menu lunch box saya kalau boleh kena lengkap, ada protein, ada sayur, ada carbs dan lemak sikit. Dan yang paling penting, takde lauk yang terlalu berkuah dan senang nak dimakan. Tu la sebabnya kenapa saya jarang bawakkan lauk berasaskan ikan, terutama ikan yang perlu ambil masa untuk makan sebab kena asingkan tulang, macam ikan kembung ke, ikan selar ke, dan ikan lain yang seumpama dengannya. Hubby kata, ikan macam tu hanya syok kalau makan kat rumah, boleh ambik masa, tak yah rushing. So, kalau nak buat menu berasaskan ikan kene pilih ikan yang senang dimakan dan tak banyak tulang.

Jadi, menu lunch box hubby hari ni sangat simple, dan hanya memerlukan cost yang bajet. Tempe ikan bilis sambal atau sira pedas dan kobis kerinting tumis. Untuk sayur kobis kerinting ni, saya campurkan sedikit lobak merah, jagung muda, capsicum dan tauhu goreng. Tumis macam biasa, letak bawang merah, bawang putih, ikan bilis/udang atau kiub ikan bilis pun boleh juga dan cili.

Untuk tempe ikan bilis sira pedas pula, resepinya boleh rujuk di (link) ni ya.

Letakkan portion sayur banyak-banyak :)

Kalau nak jimat masa, goreng siap-siap tempe, ikan bilis dan kacang tanah tu lepas tu simpan dalam bekas kedap udara supaya tak masuk angin. Esok pagi cuma tinggal sediakan je bahan tumisnya. Atau pun, paling senang, masak terus tempe ikan bilis sira tu pada malam hari, lepas tu simpan dalam peti ais, esok pagi microwave kan je kejap. Jimat masa!

Apa yang penting keiklasan untuk menyediakan bekalan untuk hubby kita. Pada saya, bila masak, masukkan keikhlasan dan kasih sayang dalam makanan yang dimasak tu, barulah makanan tu sedap. Dan jangan lupa selawat dan bismillah sekali. Hehehe..

Thursday, 13 September 2018

Menu Lunch Box 5 : Sotong Masak Kicap Black Pepper



Assalamualaikum WBT...
Selamat Sejahtera dan Salam Maal Hijrah!




Saya nak kongsi menu lunch box yang simple kali ni tapi tersangatlah sedap..Hehehe..

Menu kali ni berasaskan makanan laut iaitu sotong yang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Memang dah lama saya tak makan sotong sebenarnya, disebabkan penyakit alahan yang saya alami, jadi sotong dan udang memang jarang tersimpan dalam peti sejuk rumah kami :)

Bekalan lunch box ni macam biasa ada 2 menu; satu lauk dan satu lagi mesti sayur. Pentingkan pemakanan seimbang untuk menjaga usus :)

Resepi sotong masak kicap black pepper ni sangat mudah dan tak perlu ambil masa yang lama untuk disediakan, jadi memang menjadi salah satu menu in the list lah untuk bekalan.

Untuk resepinya boleh rujuk kat link ni: (sini)



Untuk bahagian sayur, saya sediakan sayur kegemaran suami iaitu peria goreng telur. Resepi boleh rujuk kat link ni yea. (sini)

Bagi sesiapa yang ada diabetes amatlah baik untuk consume peria ni, kerana kandungan insulinnya mampu membantu mengawal paras gula dalam darah.

Ok, tak lupa juga kalau tengok dalam gambar tu saya ada sediakan telur putih yang didadar sebagai lauk sampingan. Telur putih ni lebihan dari telur yang saya guna untuk buat tart shell, so, kalau buat biskut je mesti ada putih telur yang lebih ni kan. Kalau nak tepek kat muka je buat mask banyak sangat pulak, jadi buatkan aje telur dadar tapi kena guna non-stick pan yea, kalau guna kuali biasa confirm akan melekat.



Wednesday, 12 September 2018

Menu Lunch Box 4 : Ikan Bawal Tiga Rasa






Ikan bawal antara ikan favorite saya dan suami sebab isinya banyak dan masakannya boleh dipelbagaikan.  Saya beli ikan bawal ni di pasaraya Hero di Seksyen 13. Kebetulan waktu tu banyak stok ikan bawal saiz kecil yang masih segar. Apa lagi terus saya beli :)

Menu lunch box ni saya sediakan untuk bekalan suami yang terpaksa kerja pada public holiday baru-baru ni. Saya memang dah lama teringin nak makan ikan bawal tiga rasa, jadi waktu saya berbelanja hari tu saya beli sekali bahan-bahannya.

Penyediaannya mudah, cuma bahan-bahan untuk dimasak tiga rasa tu banyak sikit, macam nak masak sweet sour.

Jom kita semak bahan- bahannya.

Bahan-bahan Ikan Bawal Tiga Rasa:

Bahan Perapan Ikan:

2 ekor ikan bawal saiz kecil (saya potong 2)
sedikit tepung jagung
sedikit garam
kertas tisu (untuk lap ikan) 

Cuci dan potong ikan ikut citarasa. Lap dengan kertas tisu dapur nak bagi kering.
Lumur ikan dengan sedikit garam dan tepung jagung.
Goreng ikan hingga kuning keemasan.
Angkat dan letak dalam pinggan leper.

Bahan untuk Masak Tiga Rasa:


1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
1 cm halia (cincang halus)
3 sudu besar pes cili kering
2 batang cili padi diketuk (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan (saya takde stok so tak letak)
2 inci lobak merah (potong dadu)
1/4 capsicum (potong dadu)
2 inci timun jepun (potong dadu)
1/4 biji nenas (potong dadu)
1 biji tomato (belah 4)
sedikit air
garam
gula

Cara penyediaan:


  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia sampai naik bau. Masukkan pes cili kering dan tumis sampai pecah minyak.
  2. Masukkan air, cili padi, sos, lobak merah, nenas, capsicum dan timun. Masak sekejap sampai sayuran agak lembut. 
  3. Akhir sekali masukkan tomato garam dan gula.

Cara menghidang:

Curah kuah atas ikan yang dah siap goreng. Letak banyak-banyak baru best!