Telur Bistik Daging

Thursday, 18 April 2019

Telur Bistik Daging



Hari ni konon-kononnya malas nak masak.  Kalau nak masak pun masak sejenis lauk je dah cukup.  Lagipun stok barang-barang masak pun dah nak habis tunggu esok baru nak restock barang dapur.  Tempoh hari Lyn membeli 1kg daging lembu frozen.  Separuh dari daging tu Lyn dah masak daging black pepper.  Tinggal separuh lagi ni mula-mula nak masak kari daging je.  Tapi bila mengenangkan hubby pulak bukannya suka sangat dengan kari.  Lebih-lebih lagi kalau nak buat lauk untuk lunch box dia.  Lain la kalau ada pulut kuning atau roti jala, baru la licin kari kalau kat rumah Lyn ni.

So, sibuk memikir nak buat apa dengan daging lembu frozen yang Lyn dah potong kecil-kecil tu.  Lastly, I concluded to cook bistik daging.  Nama macam sedap je tapi memang sedap pun bistik daging ni.  Dulu masa zaman kat universiti, pernah la order telur bistik ni kat kedai makan berdekatan dengan rumah sewa.  Itu je la sekali Lyn pernah makan bistik.  Lepas tu tiada lagi kesempatan.  Hihi..apa yang Lyn ingat kalau bistik ni warna kuahnya merah kehitaman, agak pekat dan dicampur dengan sayur campur (mix vege) dan daging pilihan seperti ayam atau daging.



Lyn rujuk beberapa entry untuk menyediakan bistik daging ni.  Kebanyakan bahan asasnya sama iaitu cili kisar, sos dan tomato puree.  Sebenarnya Lyn takde stok tomato puree di rumah, yang ada cuma kuah pasta bolognese yang masih belum habis lagi yang kami makan dengan garlic breadstick yang Lyn buat semalam.  So, nak tak nak Lyn ganti je la tomato puree tu dengan kuah bolognese ni.  Rasanya sedikit berbeza sebab kuah bolognese ni telah dicampur dengan Italian herbs macam oregano dan mix herbs yang lain yang mungkin kurang sesuai untuk hidangan bistik daging ni.  Sebab tu lah Lyn cuma letak sikit je sekadar mengikut syarat.  Resepi asal yang Lyn rujuk jugak ada menggunakan rempah kulit kayu manis tapi Lyn abaikan bahan ni sebab hubby kurang gemar bau rempah ratus sebegini.

Resepi asal menggunakan margerine dan minyak masak untuk menumis bahan rempah tapi Lyn menggunakan minyak masak biasa je.


Telur Bistik Daging
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan, Resepi Masakan Malaysia

Bahan perap:

500 gram daging lembu (potong kecil)
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar lada hitam tumbuk

Bahan kisar:

1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 batang cili kering (rebus sebentar dan buang biji)

Bahan untuk kuah:

1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis (Lyn tambah)
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tomato puree (Lyn ganti dengan sos bolognese)
4 cm kulit kayu manis (Lyn tak letak)
200 ml air
4 sudu besar margerine (Lyn ganti dengan 1/2 cawan minyak masak biasa)
garam
gula
1/2 cawan mix vege (optional)
2 biji kentang (potong dadu)

Bahan sampingan:

Telur dadar
Kacang peas dalam tin (Lyn tak letak)

Cara Membuat:

  1. Basuh bersih daging dan perap sebentar dengan tepung gandum dan lada hitam tumbuk.
  2. Kisar halus bahan kisar.  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak kemudian masukkan air, sos tomato, tomato puree, sos tiram, kicap manis, gula, sedikit garam dan daging perap.  Reneh hingga daging empuk.
  3. Setelah itu, masukkan kentang, mix vege dan reneh hingga kenang lembut.  Perasakan lagi sekali garam dan gula.  
  4. Untuk dihidang bersama telur dadar, dadarkan telur dan letak atas pinggan leper dan tuangkan bistik daging di atas telur dan tabur dengan kacang peas dalam tin jika suka.

#NOTA#

Resepi asal cara memasak bistik daging ni ialah dengan menggoreng sebentar daging perap dalam campuran minyak masak dan margerine yang telah panas.  Kemudian angkat keluar baru tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak.  Lyn tak ikut cara ni sebab Lyn menggunakan daging lembu frozen yang agak liat bukannya daging batang pinang.  Cara Lyn ialah dengan mereneh daging perap bersama kuah hingga daging empuk.  Mungkin jikalau daging digoreng dahulu rasanya akan lebih sedap.  Kalau nak tahu anda kena cuba.  Try and error ya.  Anyway, Lyn puas hati dengan bistik daging ni.  Sedap makan dengan nasi panas atau pun roti.





0 comments :

Post a Comment