Menu Lunch Box 8: Ikan Bawal Goreng Kunyit dan Kangkung Tumis
Assalamualaikum wbt semua...
Semalam..tiba-tiba hubby request pula nak suruh saya masak ikan bawal goreng sebagai menu lunch boxnya. Katanya terliur tengok bila tengok Park Soo Hong dan ayahnya makan ikan goreng dalam episod yang ke 59 dalam rancangan Mom's Diary, atau dikenali juga sebagai My Little Old Boy atau My Ugly Duckling rancangan popular Korea yang mengisahkan kisah kehidupan seharian anak-anak bujang mereka yang masih belum berkahwin walaupun usia mereka dah agak lewat. Hehehe... Seronok juga rancangan tu. Boring dah asyik layan rancangan Running Man. Dalam kisah tu, ayah Soo Hong bawa anaknya melawat kampung halamannya di Ulleungdo, sebuah pulau yang terletak di bahagian timur Semenanjung Korea.
Mengikut sejarah, Pulau Ulleungdo terbentuk dari letusan gunung berapi kira-kira 10 000 tahun yang lalu di laut timur. Struktur muka bumi di Pulau Ulleungdo bergunung - ganang dan boleh dikatakan tiada tanah rata. Jarak antara Pulau Ulleungdo dengan Korea adalah kira-kira 120km. Pulau ni menjadi daya tarikan pelancong kerana kecantikan alam semula jadinya. Kalau nak berkunjung ke pulau ni kena naik feri sebab tiada airport di pulau tersebut.
Ok, habis cerita tentang sejarah Pulau Ulleungdo, jadi dalam episod tersebut, ayah Soo Hong bawa anak dia makan kat sebuah restoran yang menghidangkan banyak makanan laut segar dan salah satunya ialah Yellow Tail fish (saya tak pasti apa nama Melayunya) yang digoreng. Ayah Soo Hong siap ajar anak dia makan Yellow Tail's head goreng ni dengan tangan. (Selalunya orang Korea makan pakai chopstick ). Nampak sedap je tengok dorang meratah ikan tu sampai habis. Yumm.. Meleleh air liuq kami tau tengok dorang ni makan. >.<
Lepas je layan rancangan tu, hubby terus cakap nak makan ikan goreng untuk bekal dia esok. Kebetulan pagi tu saya ada membeli ikan bawal hitam saiz sederhana. Fikir-fikir balik, ikan bawal ni senang nak makan, tulangnya tak banyak. Okey jugak tu kan, tak dapat makan Yellow fish ni dapat makan ikan bawal pun jadi lah... Janji ikan. Hehe..
So, saya keluarkan ikan bawal dari freezer , bersihkan dan perap dengan kunyit hidup, bawang putih dan sedikit garam. Itu je bahannya; kunyit, bawang putih dan garam! Senang kan? Dah siap lumur ikan dengan bahan-bahan perap tu, masuk dalam bekas dan wrap dengan cling wrap. Atau kalau nak senang pakai je bekas bertutup. Tak perlu simpan dalam freezer, simpan je di peti sejuk bahagian bawah sebab kita nak masak awal pagi esok.
Esoknya, goreng ikan bawal hitam yang dah diperap hingga agak garing. Letak atas tisu dapur untuk serap minyak yang berlebihan.
Ikan bawal goreng kunyit ni saya padankan dengan sayur kangkung tumis. Resepinya seperti berikut:
Kangkung tumis mudah:
1 ikat kecil kangkung (siang dan bersihkan)
3 ulas bawang kecil *
1 ulas bawang putih *
5 batang cili padi *
sejemput ikan bilis *
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis.
garam
- Tumbuk bahan bertanda *.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk seketika.
- Masukkan air,garam dan kangkung. Guna api besar dan tutup kuali dengan penutup dan masak hingga kangkung masak.
Kalau nak bubuh belacan pun sedap jugak, jadi kangkung goreng belacan. Kalau ada taucu pun boleh letak. Terpulang mengikut citarasa masing-masing ya.
Ikan goreng lebih sedap kalau pakai kunyit hidup berbanding dengan serbuk kunyit. Jadi, rajin-rajin la pakai kunyit hidup untuk rasa ikan goreng yang lebih sedap.
0 comments :
Post a Comment