Biskut Arab Susu Cair Di Mulut Sukatan Cawan

Saturday, 1 June 2019

Biskut Arab Susu Cair Di Mulut Sukatan Cawan



Assalamualaikum...

Sayu rasanya bila Ramadhan dah kian berakhir. 
Entah dapat atau tidak bertemu dengan Ramadhan seterusnya.
Hanya Allah SWT yang tahu kerna kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang.
Bersempena di penghujung Ramadhan ni dan semakin tibanya bulan Syawal,  Lyn akan tetap berkongsikan beberapa resepi biskut raya.
Kalau tak sempat nak cuba tahun ni boleh la cuba tahun depan yea.

Biskut Arab susu ni Lyn baru buat semalam.
Sangat mudah dan sedap pulak tu.
Sewaktu biskut Arab susu ni sedang dibakar, aromanya harum semerbak je.
Nasib baik tengah puasa kalau tak siap je golek ngan gula dan susu akan terus aku ngap kau! 😝
Huih! Nasib baik kuat Iman ni ha...hehe..
Lepas je Azan Maghrib berkumandang, Lyn minum air segelas pastu terus bukak balang biskut Arab susu ni dan makan dua ke tiga biji terus.
Serius sedap dah ketagih!
Tak boleh stop makan!



Ni baru pertama kali Lyn cuba buat biskut Arab susu ni.
Selalunya Lyn buat biskut Arab biasa je yang cuma pakai Ghee, tepung dan gula icing.
Pastu kalau ade stok ceri merah ke ceri hijau yang cincang tu boleh bubuh kat atas biskut ni.
Comel dan ayu je nanti.
Tapi Lyn takde stok ceri dan malas nak beli ceri sebabnya nanti cuma pakai sikit je.
Yang bakinya tu kang ade yang bertahun terperuk kat dalam chiller je macam tahun-tahun yang sudah.

Sebenarnya Lyn buat biskut Arab susu sebab nak menghabiskan stok susu tepung Nespray yang tinggal baki dari buat biskut udang kering tempahan customer Lyn untuk raya ni.
Nanti Lyn share resepi biskut udang kering yang lemak, bersusu dan penuh rasa udang kering ya.
Biasanya kalau buat biskut udang kering mesti akan ade lebih susu tepung ni.
Lyn dan hubby pulak bukan kaki minum susu sejak-sejak dah besar gajah ni ha..Kihkih
Tahun lepas baki susu tepung ni Lyn buat biskut Suji Conflakes.
Biskut tu pun sangat sedap tau cuma tahun ni tukar sikit buat biskut lain pulak.


Konsep biskut raya tahun ni ialah "guna je bahan yang sedia ada".  Habiskan bahan-bahan yang ade kat rumah.  Cuma perlu top up sikit-sikit je bahan lain.
Contohnya biskut Arab susu ni la kan...

[UPDATED : 17/5/2020]
Resepi biskut Arab susu ni Lyn ada sediakan videonya untuk visual instructions ya.
Resepi dalam video Lyn ubah sikit dari resepi di bawah ni sebab Lyn tambah sedikit gula icing di dalam adunan biskutnya dan kurangkan sikit nisbah gula icing dengan susu tepung untuk coating biskut ni.
Rasanya sama sedap asalkan menggunakan minyak sapi yang tulen ya 😁.



Disebabkan baki susu tepung Lyn ada pun tak banyak.
So, Lyn buat biskut Arab susu ni pakai satu tin kecik Ghee je (iaitu 150 gram).
Dapat la sebalang saiz sedang tu.
Cukup la kan nak buat makan dan jamu tetamu sikit-sikit.
Kalau kita orang Jawa ni kan, kalau ade tetamu datang biasanya kita akan masak makanan berat.
Paling simple pun masak bihun goreng atau bihun goreng Singapore untuk jamu tetamu makan.
Konsepnya kalau ada tetamu datang bila balik perut mesti kena mau kenyang dulu.  Hihi...
Jadik biskut-biskut raya ni dorang makan sebagai appetizer je pastu dah makan makanan berat pulak.
Sebab tu biskut raya ni takyah nak meriah sangat kat meja tamu tu.
Sebab nanti balik-balik muka kite tuan rumah ni jugak yang akan telan habis biskut-biskut tu semua 😅
Jadik kalau lepas raya naik kat penimbang tu kalau bertambah 3 ke 4 kg memang takyah pelik la kan!  Haih!



Resepi asal biskut Arab susu ni Lyn rujuk kat blog kak Yatie Memories yang famous tu.
Resepi kak Yatie dapat banyak la sebab Ghee dengan susu tepung masing-masing pakai dua cawan.
Untuk resepi ni Lyn akan tulis mengikut sukatan berdasarkan 1 tin kecil Ghee yea.
Jadik memane yang baru nak first time cuba tu boleh la ikut resepi ni, beli satu tin kecik je Ghee.
Kalau suka resepi ni baru lah gandakan jadik sukatan bahan-bahannya.
Kena main congak-congak sikit.
Paling mudah tekan je calculator.  Habis cerita!  Hehe..

Biskut Arab Susu Cair Di Mulut

Categori : Biskut raya
Bilangan Biskut : Anggaran 76 biji

1 tin kecil Ghee/minyak sapi (150 gram)
1/4 sudu teh garam halus
1 cawan susu tepung
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum

Hiasan:

ceri merah /hijau cincang (optional)
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula icing

Dalam mangkuk, masukkan Ghee, garam halus dan susu tepung dahulu.
Kacau rata menggunakan senduk atau spatula.
Kemudian baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli menggunakan tangan hingga doh tak melekat di tangan.
Oles dulang pembakar dengan mentega / alas dengan baking paper.
Bulat-bulatkan dan susun dalam dulang pembakar.
Jika ada ceri cincang boleh hiaskan atas biskut.
Bakar pada suhu 170℃ selama 15 minit atau sehingga bahagian bawah biskut sedikit garing.
Angkat dan sejukkan sebentar di atas redai sehingga biskut suam-suam kuku.
Untuk membuat coatingnya, campurkan susu tepung dan gula icing dan gaul rata.
Golekkan biskut ke dalam coating dan susun atas redai.
Simpan biskut dalam balang kedap udara selepas biskut betul-betul sejuk.




#PERHATIAN#

Biskut Arab susu ni dalam adunan biskutnya memang takde gula.
Gula hanya dipakai untuk coating biskut selepas masak saja.
Kalau anda nak coating dengan susu tepung, pastikan anda campurkan susu tepung dengan gula icing kalau tak biskut Arab susu anda akan berasa tawar sebab langsung takde gula.
Kalau nak coating dengan gula icing je tanpa susu tepung pun boleh jugak sebab resepi asal dari Kak Yatie buat macam tu.
Lagi satu, waktu biskut baru masak dan panas, jangan terus gaul dalam gula icing/coating tu, takut cair pulak gula tu nanti.  Sejukkan sikit dulu baru golek-golek manja biskut dalam icing/coating tu tau.
Untuk coating campur susu tepung dan gula icing rationya kena sama yea.  Kalau letak 1/2 cawan susu tepung gula icingnya pun kena pakai 1/2 cawan jugak.
Kalau takde gula icing, kisar sampai halus gula pasir biasa tu pun boleh.




Akhir kata...

Salam Ramadhan & Selamat Membaking!

0 comments :

Post a Comment