Menu Lunch Box 17 : Kung Pao Fillet Ikan Dori
Assalamualaikum...
Lama jugak tak update entry untuk menu lunch box ni.
Biasalah..waktu pagi adalah waktu paling hectic jadi jarang sekali ada kesempatan nak berposing ambik gambar sana sini.
Jadi, redha je lah dengan menu-menu lunch box yang tak sempat nak diupdate tu..
Kung pao fillet ikan dori ni ialah menu lunch box yang Lyn sediakan untuk bekalan hubby hari Isnin yang lepas.
Tiga hari sebelumnya Lyn dah goreng awal-awal fillet ikan dori ni dan simpan dalam tupperware dan masukkan dalam peti sejuk.
Kononnya supaya keesokan paginya cuma perlu siapkan bahan-bahan tumis untuk kung pao ni je.
Alih-alih hubby pulak jatuh sakit dan on mc.
Tu yang tertangguh plan nak masak kung pao fillet ikan dori ni.
Nasib baiklah masa Lyn masak kung pao ni hari Isnin lepas fillet ikan dori yang dah digoreng ni masih lagi sedap.
Cuma dah tak rangup je la tepungnya kan sebab dah berhari-hari disimpan dalam peti sejuk.
Hehe..memang betul tu..takde salahnya pun.
Kung pao ni bagi yang belum pernah dengar ianya salah satu makanan orang Cina.
Kung pao ialah daging ayam yang dimasak bersama kacang gajus, capsicum, cili kering, bawang putih dan dicurah dengan kicap dan jugak wine.
Oppss...nanti dulu!
Jangan misunderstood yea, Lyn takde letak wine dalam kung pao yang Lyn sediakan ni.
Lyn cuma cakap cara asal kalau nak sediakan kung pao ni je.
Cara menumis kung pao ni pulak dengan menggunakan api yang kuat dalam tempoh masa yang singkat.
Ha...gitu ler serba sedikit macam mana cara kung pao ni disediakan.
Sebelum ni Lyn pernah kongsikan resepi kung pao ayam.
Boleh tengok kat link ni : https://thelynalina.blogspot.com/2018/10/kung-pao-chicken.html
Dalam resepi tu, Lyn letak kacang gajus yang telah Lyn panggang sekejap dan jugak sedikit apple cider vinegar.
Lyn jugak tak menggunakan kicap pekat tu yang warna kung pao ayam Lyn agak pucat dan kurang menarik.
So, lepas ni kalau nak masak kung pao sila prepare kicap pekat dulu yea. Hihi..
Untuk penyediaan kung pao fillet ikan dori ni Lyn masak je menggunakan bahan apa yang ada, so Lyn tak letak pun kacang gajus dan apple cider vinegar tu sebab takde stok.
Lyn pakai 1 keping fillet ikan dori je tapi dapat banyak jugak.
Jom kita semak resepi.
Kung Pao Fillet Ikan Dori
Jenis Masakan : Masakan Cina
Jumlah Hidangan : 3 ke 4 orang
Untuk Fillet Ikan Goreng:
1 keping fillet ikan dori - potong kecil
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
air secukupnya
minyak secukupnya untuk menggoreng
Rendam sebentar fillet ikan dori untuk hilangkan rasa masin.
Potong fillet ikan kepada bahagian kecil.
Untuk bancuhan tepung, masukkan kesemua bahan di atas kecuali fillet ikan dori dan gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit untuk mengelakkan adunan menjadi terlalu cair.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, celupkan fillet ikan dori ke dalam bancuhan tepung dan goreng dengan api sederhana sehingga garing dan bewarna keemasan.
Angkat dan toskan.
Untuk Penyediaan Kung Pao:
1 cm halia - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
6 batang cili kering - potong dua
4 sudu besar kicap pekat ABC
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 biji capsicum hijau - potong kiub
fillet ikan dori goreng
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam
sedikit gula
kacang gajus bakar - optional
daun bawang - (potong panjang) - optional
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga agak garing dan naik bau.
Masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram. Kacau rata.
Kemudian masukkan pula fillet ikan dori goreng dan capsicum dan gaul rata.
Perasakan dengan sedikti garam dan gula kalau perlu.
Padamkan api dan sedia dihidang!
#NOTA#
Biasanya orang akan letak sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah kung pao ni.
Tapi disebabkan ikan dori ni kita dah goreng dulu dengan tepung, tepung tu nanti akan kembang dan akan menyerap kuah kung pao ni, jadi air bancuhan tepung jagung tak perlu digunakan.
Bagi sesiapa yang belum pernah merasa kung pao ikan dori ni boleh lah mencubanya.
Memang sedap lebih-lebih lagi kalau dimakan sewaktu ianya masih panas.
Selamat mencuba!
0 comments :
Post a Comment