Menu Lunch Box 9: Nasi Perang dan Ayam Goreng Kunyit
Menu lunch box hubby kali ni sangat ringkas, sebab saya cuma sediakan sejenis lauk saja, tak seperti selalu. Bila tekak dah mula biasa makan peras perang, makin selera pula bila makan nasi beras perang. Mula-mula saya kurang pandai nak sukat sukatan airnya. Walaupun saya dah ikut sepenuhnya sukatan air dan beras seperti yang tertera pada bungkusan beras perang tersebut, namun nasi yang saya masak masih juga agak keras dan berderai. Agaknya sebab saya pakai periuk nasi biasa agaknya, hehe..tu yang effect tak sama tu kan. :P
Saya kurang suka makan nasi yang berderai, rasanya macam berat je tekak ni nak telan. Bila nasi yang dimasak berderai, bermulalah episode eksperimen. Lepas dua kali percubaan, baru lah saya berjaya memasak nasi beras perang dengan sempurna, sesuai dengan selera saya dan hubby. Saya tambah lagi 1/2 cawan air untuk setiap cawan beras yang saya pakai. Contohnya, kalau saya pakai 1 cawan beras, kalau mengikut peraturannya kena letak 2 cawan air. Tapi saya letak 2 1/2 cawan air. Lepas tu saya rendam sekejap beras tu dalam 10 minit baru saya masak. Saya pun ada tambah garam dan daun pandan. Jadi nasi beras perang saya lembut, lemak dan wangi. Yeay!
Sebenarnya, menu lunch box ni ialah bekalan hubby untuk dua hari lepas. Tapi baru ni sempat nak mengadap komputer untuk buat entry ni. Hehe..walaupun menunya ringkas tapi sihat dan menyelerakan sebab saya hanya menggunakan kuantiti minyak yang sedikit saja untuk menggoreng ayamnya. Kalau nak pakai sedikit minyak saja, sila pakai kuali non-stick ya.
Untuk resepi ayam goreng kunyit boleh lihat di sini (ayam goreng kunyit).
Jadi, kalau agak-agak takde idea nak masak apa untuk lauk bekal, boleh la masak ayam goreng kunyit ni. Lauk ni pun masih sedap walau pun di makan ketika ianya dah sejuk.
0 comments :
Post a Comment