Resepi Ayam Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang

Thursday, 25 October 2018

Resepi Ayam Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang


Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera!


Bila kita kesuntukan waktu di dapur, menu makanan yang biasanya akan dimasak ialah yang senang, cepat dan ala "rojak." Kenapa saya kata ala rojak. Ianya sebab biasanya kalau kita nak cepat kita takkan ada masa nak masak dua jenis lauk yang berlainan, jadi biasanya sama ada kita masak sejenis saja, iaitu sama ada lauk berasaskan daging atau pun lauk yang berasaskan sayur saja. Jadi istilah ala rojak pula bila dua jenis lauk digabung menjadi sejenis lauk.  Hamboi, garu kepala nak faham. Heheh..

Macam kes saya tatkala nak menyediakan bekalan hubby dua hari lepas, saya memang tak prepare apa-apa pun malam sebelumnya, tak seperti selalu sebab terlampau penat pada siang harinya.  Bangun pagi terus buka freezer capai sebungkus boneless chicken dan sayur kacang panjang.  Masa tu jam pun dah nak pukul 6 pagi, memang tak sempatlah kalau nak masak dua jenis lauk.  Jadi, nak dipendekkan cerita, timbul lah idea nak masak ayam kunyit dengan kacang panjang ni.  Senang, ringkas dan cepat tapi masih mempunyai protein dari daging dan serat dari sayur.

Ayam goreng kunyit sememangnya menu ala carte popular di gerai-gerai makan selain menjadi menu terkenal para peniaga food truck. Dulu, saya pernah menonton satu kisah seorang bekas pelajar lelaki graduan UITM bersama rakannya yang menjadikan perniagaan food truck dengan menjual nasi ayam goreng kunyit ni sebagai sumber pendapatan utama mereka.  Jadi, menu ni memang favorite semua lapisan masyarakat la kan. >.<

Penyediaan ayam goreng kunyit tersangat lah mudah. Petik jari je. Hehehe..Disebabkan boneless chicken saya masih kejung beku sebab baru keluar dari freezer, saya nyahbekukan sebentar menggunakan microwave.

Untuk keterangan lebih lanjut, jom kita semak resepinya dulu.

Ayam Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang

Bahan untuk perap ayam:

1 ketul ayam bahagian dada (potong kiub)
1 inci kunyit (tumbuk halus)
1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
garam secukupnya

Gaulkan ayam dengan garam, kunyit dan bawang putih yang dah ditumbuk dan biarkan sebentar.

Sementara tu, sediakan bahan sampingannya seperti kacang panjang dan tomato.

5 batang kacang panjang (potong pendek)
1 biji tomato (belah 6)
1 biji lada merah (hiris serong)
2 biji cili padi (ketuk)
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
sedikit serbuk kunyit

Panaskan minyak, goreng ayam hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang besar sebentat hingga naik bau, kemudian masukkan kacang panjang, cili merah dan cili padi ketuk. Goreng sebentar hingga kacang agak lembut.
Akhir sekali masukkan ayam yang dah digoreng dan tomato. Tambah sedikit garam dan serbuk kunyit.

Sedia dihidang dengan nasi panas.


Kalau agak-agak nak kurangkan penggunaan minyak, gunalah kuali non-stick, jadi minyak hanya perlu pakai sikit saja.

Resepi ni boleh dihidangkan untuk dua orang, tapi bergantung juga pada besar kecilnya saiz dada ayam tu, kalau besar cukup la untuk makan dua orang, kalau kecil memang cukup untuk sorang makan je la.  Menu ni akan jadi menu in the list yang akan saya buat selalu memandangkan hubby sangat suka menu ni.


0 comments :

Post a Comment