Menu Lunch Box 14 : Terung Sambal dan Egg Roll

Monday, 15 April 2019

Menu Lunch Box 14 : Terung Sambal dan Egg Roll



Kali ni Lyn nak share menu lunch box yang sangat sempoi dan ekonomi.  Hehe...peminat terung mesti selalu makan terung sambal kan?  Yup, this is my all time favorite menu, sejak zaman bujang lagi.  Ada tiga menu berasaskan terung yang Lyn sangat suka - terung sambal, terung berlada, terung dicampur dalam kuah lodeh atau masak lemak sayur.  Uih..memang ketagih la makan terung ni.  Boleh telan nasik dua pinggan tak hengat dunia tau dengan hanya makan berlaukkan terung ni je.  Nasib baik la hubby pun suka makan terung.

Kalau tak silap waktu Lyn prepare lunch box yang ni masa tu stok bahan masak yang available cuma terung dan telur je.  Hmm..nasib ler kan..Jadik, masak je la apa yang ada kan.  Lagipun nak menghabiskan stok cili kering yang Lyn dah siap blender awal-awal dan simpan dalam peti sejuk.  Cili kering kisar sendiri ni tak tahan lama dan akan cepat rosak, jadi dalam masa seminggu dah kena habiskan kalau tak rasa dia akan berubah walaupun Lyn dah letak garam sewaktu mengisar cili kering tu.

Egg roll yang Lyn buat ni is the simplest one, yet you need to know the proper technique to roll the egg.  Kalau kat Jepun, egg roll salah satu menu wajib ada untuk menyediakan bento lunch box dorang.  Kalau suka makan egg roll, boleh la beli egg roll pan yang berbentuk segi empat tepat tu supaya senang dan egg roll akan lebih kemas kejadiaannya berbanding kalau menggunakan kuali bulat.  Actually, Lyn takde pun egg roll pan tu.  Belum berkesempatan lagi nak beli.  So, disebabkan darurat dan gelojoh sangat nak buat egg roll ni, Lyn pun pakai la bahagian atas double sided pan tu.  Bentuk segi empat jugak tapi sisi tepi tu instead of straight cut Lyn punya pan ada lengkong sikit.  Lepas tu, pemegang pan tu kat sisi yang panjang kan, so susah sikit la nak dadarkan telur tu.  Walau pun tak berapa kemas, takpe la kan asal ada rupe egg roll sudah.  Lyn pun belum berapa mahir nak gulung egg roll ni dengan kemas.  Practice makes perfect! 

Egg roll Jepun biasanya rasanya agak manis sikit sebab dorang tambah gula perang.  Tapi Lyn lebih suka egg roll yang ala-ala omelet rasanya, tak manis tapi ada rasa garam dan lada hitam sikit.  Egg roll ni kalau nak ikutkan kena tapis dulu sebelum didadar untuk menghasilkan tekstur egg roll yang licin je.  Memandangkan konsep kerja Lyn kat dapur nak kurangkan penggunaan utensil sambil menjimatkan masa, so tapis menapis telur ni memang tak masuk list.  Hehehe...

Resepi untuk terung sambal Lyn yang sangat mudah boleh tengok kat link ni terung sambal mudah.


0 comments :

Post a Comment