Menu Lunch Box 16 : Telur Bistik Daging

Friday, 26 April 2019

Menu Lunch Box 16 : Telur Bistik Daging



Kenapa agaknya hampir setiap bento box Jepun mesti ada telur? Di Korea jugak popular dengan egg roll yang merupakan antara menu sampingan favorite?  Jawapannya mudah je, sebab telur merupakan salah satu sumber protein yang baik.  Bila menyediakan lunch box, paling baik bila lengkap segala keperluan nutrient yang penting untuk tubuh badan.  Ada karbohidrat, serat, protein dan lemak yang sihat.  Kalau sebut pasal sumber protein yang praktikal dan kos rendah, pilihan terbaik ialah telur.  Untuk vegetarian boleh pilih antara tempeh atau tauhu.  Macam-macam hidangan yang boleh dipelbagaikan menggunakan tiga bahan yang ekonomi dan sihat seperti yang Lyn sebutkan tadi.

Telur bistik daging ni antara menu olahan Lyn untuk bekalan lunch box hubby Lyn hari ni.  Hari ni cuma sediakan sejenis lauk je dan bubuh sekali sayur-sayuran dalam bistik daging ni.  Ni kali pertama Lyn masak bistik daging ni.  Kalau sebelum ni Lyn suka buat telur bungkus tapi menggunakan ayam yang dipotong dadu dan dimasak bersama sayur campur (mix vege) dan ditambah sedikit capsicum dan tomato potong dadu.


Dari mana asalnya menu telur bistik daging ni ye?  Dulu, masa mula-mula nampak menu telur bistik kat kedai makan sewaktu Lyn belajar di universiti tak confident nak order.  Maklum la, di kampung mana ada menu sedemikian, bila dah bermastautin di tengah bandar ni baru la jumpa menu-menu macam ni.  Tapi disebabkan ingin sangat nak mencuba, Lyn order jugak akhirnya telur bistik ni.  Rasan telur bistik daging ni tak jauh beza pun dengan telur bungkus sebab majoriti bahan-bahan penyediaannya pun hampir sama cuma telur bistik daging ada tomato puri dan kulit kayu manis (tapi Lyn tak letak pun kayu manis ni).  Untuk menghidang telur bistik daging ni ada yang bungkus rapi dalam telur yang didadar nipis macam telur bungkus dan ada jugak yang letak je atas telur dadar.  Sempoi je..

Last minute prepare lunch box disebabkan hubby masuk kerja shift petang hari ni, so yang kita ni pun melengah-lengahkan masa.  Tup tup nak lembutkan daging pulak yang makan masa.  Hmm..next time kena beli pressure cooker nampaknya supaya kerja melembutkan daging lebih cepat.  Lyn prepare dua set, satu untuk lunch dan satu lagi untuk makan petang waktu hubby break.  Hiaskan lunch box dengan cherry tomato

Untuk resepi bistik daging versi Lyn ni, boleh semak resepi di sini bistik daging.


0 comments :

Post a Comment