Menu Lunch Box 10: Sandwich Telur Dalam Poket
Assalamualaikum...cerita kisah lunch box hubby lagi. Sebenarnya tak semua menu lunch box hubby saya masukkan dalam entry, hanya yang terpilih saja. Heheh..
Sandwich telur ni sebenarnya menu lunch box semalam. Tiba-tiba mogok nasi pulak. Hehe..Tu yang bawakan sandwich tu. Kebetulan saya nak habiskan stok roti wholemeal yang saya buat dua hari lalu, disebabkan roti wholemeal tu saya buat sendiri, makanya cepat rosak sebab takde bahan pengawet. Kalau nak harap saya habiskan sorang alamatnya makin comel la nanti kejadian diri ni.
Dulu masa saya belajar di universiti, saya dan housemate selalu juga bawa sandwich telur hancur sebagai bekalan ke kuliah. Jimat sikit duit kan daripada nak melantak hari-hari di kafeteria kolej kan. Disebabkan duduk ramai-ramai di rumah sewa dan peralatan memasak yang limited, jadi kalau nak masak pun menu yang ringkas-ringkas saja. Saya kurang suka sandwich telur yang menggunakan telur rebus kemudian dicampur dengan mayonis dan serbuk lada hitam tu, sebaliknya sandwich telur saya telurnya digoreng. Jadi lain sikit dari sandwich telur yang biasa kita makan. Lepas tu letak salad, tomato dan timun banyak-banyak sampai sandwich tu jadi buncit ala-ala double cheese burger McD. Haha...
Lepas tu, bila dah mula bekerja di pejabat, kegilaan memakan sandwich masih melanda. Saya kerap mentapau sandwich dari gerai makanan segera yang terletak satu kompleks dengan pejabat saya iaitu Monster Bites. Memang betul-betul monster bite lah sebab sandwichnya bersaiz jumbo dan dilimpahi dengan segala dressings yang boleh melebarkan aset-aset anda. >.< Tapi tak lama lepas tu, gerai tu tutup kedai dah. Kempunan la nak makan sandwich jumbo lagi. Huhu..
Sandwich untuk lunch box hubby ni saya buat dua set, iaitu menggunakan 4 keping roti, 2 biji telur yang saya jadikan omelet, salad, timun, tomato dan sedikit sos cili. Sekarang ni di rumah kami memang tak pernah lagi simpan stok mayonis dan salad dressings. Nak kurangkan sikit makan benda-benda macam tu. Lepas tu sandwichnya saya balut dengan baking paper nak jadikan macam poket. Lagipun senang nak makan.
Kalau nak buat sandwich versi yang lebih sihat, sila pakai roti wholemeal, lebihkan sayur-sayuran dan kurangkan penggunaan dressings,mayonis dan sos. Kalau nak pakai roti pita atau tortila wrap pun boleh. Pilih yang wholemeal atau wholegrain untuk kandungan serat yang lebih tinggi.
0 comments :
Post a Comment