Menu Lunch Box 7: Ayam Kung Pao dan Peria Goreng Telur

Tuesday, 16 October 2018

Menu Lunch Box 7: Ayam Kung Pao dan Peria Goreng Telur


Assalamualaikum dan selamat sejahtera!


Kali ni nak bercerita kisah lunch box hubby lagi. Yea!

Semalam dah bawakkan lauk ikan, hari ni terfikir nak bawakkan lauk berasaskan ayam pula. Hari tu saya beli 1 pek boneless chicken di pasaraya, kononnya nak buat chicken dumplings, tapi masih belum berkesempatan lagi sebab malas pula nak menguli adunan untuk membuat kulit dumpling tu. Kalau beli yang ready made di pasaraya kulit dumplingnya nipis sikit dan tak berapa sedap kalau nak dibuat untuk dumpling potsticker. kalau buat sup dumpling ok la kalau pakai kulit dumpling ready made tu. Itu pendapat saya la..hehe..

Berbalik pada kisah lunch box, hari ni saya masak ayam kung pao, sejenis menu makanan Cina yang berasal dari daerah Sichuan di negeri China. Kebetulan stok cashew nut dan lada benggala ada lagi, terus terfikir nak masak ayam kung pao.

Kalau ikut resepi asal ayam kung pao, dorang selalunya akan letak arak beras, atau rice wine yang dipanggil rice Shaoxing vinegar. Saya tak masukkan bahan ni yea, hehe..instead saya gantikan je dengan sedikit apple cider vinegar. Kalau takde stok, tak payah letak langsung pun dah sedap dah ayam kung pao tu. Rasanya lebih kurang je dengan ayam sizzling sebab ingredients semua hampir sama; kicap, halia, bawang putih, cili kering dan ayam. Hehe..


Untuk resepi ayam kung pao boleh semak kat (link) ni.

Macam biasa, 1 lauk berasaskan protein, 1 lagi perlulah lauk yang berasaskan sayur pulak kan. Baru la lengkap. Untuk sayur, saya masak peria goreng telur lagi! Nak buat macam mana, hubby saya suka sangat makan peria. Asal pegi pasaraya je laju je dia ambik peria masuk dalam shopping troli tu. >.<

Untuk lauk peria goreng telur, boleh tengok resepinya kat (link).


Hari ni dengan rasminya hubby bawak bekal nasi beras perang. Kiranya baru pertama kali kami makan beras perang ni. Selalu bila pergi pasaraya, asal nak beli je asyik tertangguh. Hehe..Beras perang ni bagus sebab ianya lebih banyak kandungan serat berbanding beras putih. Beras perang dikategorikan sebagai complex carbohydrates, sebab perut kita ambil masa untuk digest dan ianya tak meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat, jadi untuk long term, pengambilan beras perang dapat mengawal kadar rembesan insulin dalam darah. Sebab tu beras perang merupakan antara salah satu low gycemic index food.

Saya akan cerita kebaikan beras perang ni dalam entry yang akan datang okay.



0 comments :

Post a Comment