Menu Lunch Box 5 : Sotong Masak Kicap Black Pepper

Thursday, 13 September 2018

Menu Lunch Box 5 : Sotong Masak Kicap Black Pepper



Assalamualaikum WBT...
Selamat Sejahtera dan Salam Maal Hijrah!




Saya nak kongsi menu lunch box yang simple kali ni tapi tersangatlah sedap..Hehehe..

Menu kali ni berasaskan makanan laut iaitu sotong yang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Memang dah lama saya tak makan sotong sebenarnya, disebabkan penyakit alahan yang saya alami, jadi sotong dan udang memang jarang tersimpan dalam peti sejuk rumah kami :)

Bekalan lunch box ni macam biasa ada 2 menu; satu lauk dan satu lagi mesti sayur. Pentingkan pemakanan seimbang untuk menjaga usus :)

Resepi sotong masak kicap black pepper ni sangat mudah dan tak perlu ambil masa yang lama untuk disediakan, jadi memang menjadi salah satu menu in the list lah untuk bekalan.

Untuk resepinya boleh rujuk kat link ni: (sini)



Untuk bahagian sayur, saya sediakan sayur kegemaran suami iaitu peria goreng telur. Resepi boleh rujuk kat link ni yea. (sini)

Bagi sesiapa yang ada diabetes amatlah baik untuk consume peria ni, kerana kandungan insulinnya mampu membantu mengawal paras gula dalam darah.

Ok, tak lupa juga kalau tengok dalam gambar tu saya ada sediakan telur putih yang didadar sebagai lauk sampingan. Telur putih ni lebihan dari telur yang saya guna untuk buat tart shell, so, kalau buat biskut je mesti ada putih telur yang lebih ni kan. Kalau nak tepek kat muka je buat mask banyak sangat pulak, jadi buatkan aje telur dadar tapi kena guna non-stick pan yea, kalau guna kuali biasa confirm akan melekat.



0 comments :

Post a Comment