Menu lunch box 12 : Fillet Ikan Dori Dengan Black Pepper Gravy

Tuesday, 19 March 2019

Menu lunch box 12 : Fillet Ikan Dori Dengan Black Pepper Gravy


Assalamualaikum wbt...


Dah agak lama Lyn tak update menu idea untuk menu lunch box ni kan.  Kebanyakan waktu bila dah packing lunch box, masa dah sangat suntuk untuk berposing sana sini ambik gambar.  Tu yang tak dapat update tu.  Lepas tu bila ambil gambar waktu awal pagi di bawah cahaya lampu, gambarnya jadik tak cantik sebab ada bayang-bayang.  Hmm...nampaknya masih banyak lagi photography skills yang Lyn belum mahir lagi dan masih banyak yang perlu diperbaiki.  Bila berblogging ni, bukan saja skill menulis yang diperlukan, tapi skill mengambil gambar dan merekod video yang baik jugak diperlukan.   Itu belum cakap lagi soal SEO dan teknik-teknik lain lagi yang masih banyak yang perlu dikuasai untuk menjemput pengunjung datang ke blog dan meningkatkan ranking di google search.  Bila fikir balik, memandangkan sekarang ni zaman internet dan maklumat di hujung jari, hinggakan membeli barang dapur pun boleh dibuat online je, kalau anda ada cert in digital marketing memang sangat bertuah lah.  Kalau dulu Lyn tau pasal kos digital marketing masa zaman bujang lagi dah lama Lyn belajar kos ni.  Huhu...

Fillet ikan dori dengan black pepper gravy ni ialah menu lunch box hubby minggu lepas, baru ni nak update. Hihi...penyediaannya same je macam nak menyediakan fish and chips tu, yang mana fillet ikan dimarinade dengan garam dan lada hitam, atau boleh jugak kalau nak marinade dengan buttermilk dan akhir sekali fillet ikan dori ni dilumur dengan bread crumbs atau bancuhan tepung sebelum digoreng atau dibakar.  Sebenarnya untuk menyediakan fillet ikan ni, tak semestinya kena pakai fillet ikan dori je, boleh jugak pakai fillet ikan dari categori white fish yang lain, contohnya fillet ikan talapia ke, fillet ikan kod atau butter fish fillet.  Tapi yang biasa kita jumpa fillet ikan dori je kan.


Untuk melengkapkan hidangan, menu ni Lyn sediakan bersama semangkuk nasi putih dan jugak sayur-sayuran yang direbus sebentar seperti lobak merah, brokoli dan kobis bunga (cauliflower).

Jom tengok cara-cara penyediaan lunch box fillet ikan dori dengan black pepper gravy yang mudah ni.

Untuk fillet ikan dori marinade:

1 keping fillet ikan dori bersaiz sederhana
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada hitam (tumbuk halus)
1/2 cawan air

Penyediaan:

Basuh bersih fillet ikan dori dan potong ke 5 ke 6 bahagian.
Campur semua bahan (tepung jagung, garam lada hitam tumbuk dan air) dalam mangkuk dan masukkan potongan fillet ikan dori tadi.  Tutup mangkuk dengan cling wrap dan perap minimum 30 minit dalam peti sejuk.

Sementara tu, boleh mula sediakan sayuran dan black pepper gravy.

Untuk sayuran potong kecil kesemua sayur dan rebus sebentar dalam air yang mendidih dicampur dengan 1 sudu teh garam.  Jangan terlalu lama, bila sayuran dan lembut angkat dan toskan.

Untuk menyediakan black pepper gravy, bahan -bahannya:

1 sudu besar mentega
1/2 sudu besar black pepper (tumbuk halus)
1/2 kiub ayam
1 cawan air
1 sudu besar + 1 sudu kecil tepung gandum
garam

Penyediaan:

Panaskan kuali sebentar.  
Guna api sederhana, masukkan mentega dan bila mentega dah larut cepat-cepat masukkan tepung gandum dah kacau selalu menggunakan whisk hingga tepung gandum bertukar warna coklat keperangan.  
Tuang air, masukkan kiub ayam dan lada hitam tumbuk.  
Kacau hingga kuah menjadi agak pekat dan perasakan dengan garam.


Selepas setengah jam, keluarkan fillet ikan dori marinade dari peti sejuk untuk digoreng atau dibakar.  

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

bread crumbs (Lyn pakai breadcrumbs kaler putih)
tepung gandum
minyak untuk menggoreng

Penyediaan:

Dalam satu mangkuk letakkan bread crumbs.
Dalam mangkuk lain letakkan tepung gandum.
Ambil satu bahagian fillet ikan dori dan lumur ke dalam tepung gandum.  Kemudian lumur balik ke dalam mangkuk marinade yang berisi bancuhan tepung jagung tadi.  Kemudian golekkan ke atas bread crumbs.  Tekan-tekan sikit bagi bread crumbs menutupi kesemua bahagian fillet ikan dori dan supaya breadcrumbs melekat dengan sempurna.  Letakkan dalam pinggan lain.  Ulang langkah ni untuk kesemua bahagian fillet ikan dori yang lain.

Untuk fillet ikan dori goreng:

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.  Goreng fillet ikan dori hingga kuning keemasan.  Pastikan minyak betul-betul panas bila masukkan fillet ikan dori untuk menghasilkan fillet ikan dori yang rangup.  Guna api kuat untuk lebih kurang 5 saat kemudian rendahkan suhu api dan goreng hingga fillet ikan dori masak dengan sempurna.
Angkat dan letak atas kitchen paper untuk serap minyak yang berlebihan.

Untuk fillet ikan dori bakar guna oven:

Panaskan oven pada suhu 200०C.  Susun fillet ikan dori atas dulang yang dialas dengan baking paper dan bakar pada api atas bawah hingga kuning keemasan.


Disebabkan Lyn nak cepat, Lyn goreng je fillet ikan dori tu but the healthier option of course is to bake them.  Kalau ada air fryer pun boleh guna.

My hubby sangat suka lunch box macam ni.  Kalau tak nak pakai ikan dori pun boleh jugak kalau nak guna dada ayam..Cara-cara penyediaan semua sama.

Dalam resepi penyediaan fillet ikan dori ni, kalau perasan Lyn langsung tak menggunakan buttermilk atau telur.  Sebaliknya Lyn gantikan dengan tepung jagung.  Dari segi appearance sama je cuma rasa ada lain sikit la.. Of course yang marinade guna buttermilk tu rasanya lemak-lemak susu gitu.  Terpulang pada citarasa masing-masing.




0 comments :

Post a Comment