menu sahur

Showing posts with label menu sahur. Show all posts
Showing posts with label menu sahur. Show all posts

Sunday, 9 March 2025

Ramadhan Day 2 : Ayam Masak Black Pepper Berkuah


 



Salam Ramadhan...

Resepi untuk hari kedua ramadhan ni simple sahaja, iaitu ayam masak black pepper versi berkuah yang cukup menyelerakan.  Ayam masak black pepper ini antara menu kegemaran kami sekeluarga, cara masakannya juga ringkas, masak satu jenis lauk ini sahaja pun dah cukup sebab dalam lauk black pepper ni kita dah tambahkan sayur-sayuran.  Menu yang sesuai bagi anda yang kesuntukan masa untuk menyediakan menu buka puasa ataupun sahur.

Ayam masak black pepper ini saya masak sebagai lauk sampingan untuk nasi goreng jagung.  Selain nasi goreng, lauk ini sesuai juga dinikmati bersama nasi putih.  Kalau nak lebih authentic Chinese style, boleh letak kicap cair sedikit.  Saya dah lama tak simpan stok kicap cair, sejak kicap cair jenama Yeos dah tak nampak bayang lagi di pasaraya, jadi saya cuma gunakan kicap manis sahaja untuk membuat ayam black pepper ni.  Walaupun begitu, rasanya tetap sedap.  Lagi satu, kalau ada capsicum dan lada benggala merah dan kuning bolehlah ditambah ke dalam ayam black pepper ini.  Lada benggala dan capsicum bukan hanya menambah warna pada lauk ini, tetapi rasanya akan membuatkan kuah ayam black pepper ini makin sedap ya.  Saya lupa nak beli, jadi saya hanya gunakan sayuran yang ada di rumah sahaja.


Tonton Video di Sini :



Ayam black pepper ni warnanya gelap macam ayam masak kicap tapi rasanya berbeza.  Sebaiknya gunakan biji lada hitam yang ditumbuk supaya rasa lada hitamnya lebih ketara.  Kalau anda suka pedas, lebihkan sahaja lada hitamnya.

Selamat mencuba!



Ayam Masak Black Pepper Berkuah






Kategori : Lauk Pauk, Menu Sahur

Masa Penyediaan : 10 minit

Masa Memasak : 15 minit

Jumlah Hidangan : 4 orang


Bahan Perapan Ayam :

500 gm isi ayam potong kecil (saya guna bahagian ayam bertulang)

1 sudu teh garam

1 sudu teh lada hitam tumbuk kasar

1/2 sudu besar sos tiram

1/2 sudu besar kicap manis

1 sudu besar tepung jagung


Campuran Sos :

1 sudu besar sos tiram

5-7 sudu besar kicap manis

1 cawan air

1 sudu besar tepung jagung


Bahan Tumis :

3-4 sudu besar minyak masak

3-4 ulas bawang putih (tumbuk halus/cincang)

1/3 batang lobak merah

1/2 kiub pati ayam

1 cawan kobis bunga (potong kecil)

7-8 biji kacang peas manis

1 cawan brokoli (potong kecil)

1/2 biji bawang Holland (hiris)

1-1.5 sudu besar lada hitam tumbuk kasar

Cili padi merah dan hijau

1 biji tomato (belah 6)

Sedikit garam jika perlu



Cara Penyediaan :

  1. Gaul ayam yang dipotong kecil bersama bahan perapan.  Biarkan seketika sementara kita siapkan bahan lain.
  2. Campur bersama bahan untuk sos. Kacau sebati dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali.
  4. Setelah minyak panas, goreng sebentar ayam sehingga permukaan ayam berwarna keputihan, tidak perlu lama.  Tolak ayam ketepi kuali.
  5. Tumis bawang putih sehingga harum dan sedikit keperangan, gaul sekali bersama ayam.
  6. Masukkan lobak merah dan kiub pati ayam, tumis sebentar sehingga lobak agak lembut.
  7. Masukkan kobis bunga, kacang peas, brokoli dan bawang Holland, tumis sebentar dalam 1-2 minit.
  8. Masukkan sos campuran dan serbuk lada hitam. Reneh sehingga mendidih.
  9. Masukkan cili padi, tomato dan tambah sedikit garam jika perlu.  Kacau sebentar.
  10. Siap untuk dihidangkan.


Saturday, 27 March 2021

Tumis Sawi Jepun (Pak Choy) Sos Tiram Bersama Tauhu Telur Menu Sahur Ringkas





Ramadhan is fast approaching.

Have you prepared your menu planner for your pre-dawn meal (sahur) and Iftar meal?

As for me, I'm not the type to decide at the last minute on what I want to cook for our pre-dawn and Iftar meals even though I might change the menu afterwards.

Moreover, I have to shoot videos on making those meals, to be posted in my cooking channel, which means, I have to organize my work and the arrangement for video shooting since I have to do the shooting alone without an assistant.


Some people prefer to eat light menu such as overnight oats and egg bread but we usually have rice with simple dish for our pre-dawn meal.

If let say I cooked heavy menu for our today's Iftar, like tomato rice or chicken rice, we'll eat the same dish for our next day's pre-dawn meal.

If otherwise, I'll wake up earlier to prepare one or two simple dishes to be eaten with rice.






We prefer simple, vegetable-based dishes for our pre-dawn meal.

In this post, I'm going to share with you one of our favorite pre-dawn meal dish - stir fry bok choy in oyster sauce with egg tofu.

A pre-dawn meal must meet my criteria when making meals for my family.

So, it should be nutritious and satiating in order to provide sufficient energy for our body during fasting.

So, normally I 'll prepare a dish which contains all the basic nutrients needed - protein ,vitamins, starch and fiber.

Tofu, egg tofu, egg and soybean cake are among my favorite protein-based ingredients to be added in the dish.


I like my dish to be colorful, so this dish, besides it's simplicity, it is flavorful and has variety of colors and textures from the Bok choy itself, red chilies, fried egg tofu and small white shrimps.

This is a Chinese-style dish, so it is important to add oyster sauce into the dish.

It's sweetness, saltiness with a hint of barbecue flavor of the oyster sauce, when combined with overall flavors in the dish, makes this dish very tempting.

It is best to be enjoyed immediately after cooked, as it 'll not be as good after it is left for a few hours as the gravy will gets thicker when the corn flour, which coating the egg tofu is dissolved in the gravy after soaked for a long hours.









To watch step-by-step tutorial, please watch the video here :






Serve the dish with warm rice and you are not going to crave for any other dishes.


Trust me.


Let's have a look on how to make my version of stir fry Bok choy in oyster sauce with egg tofu recipe.


Happy cooking!











TUMIS SAWI JEPUN SOS TIRAM BERSAMA TAUHU TELUR
(Stir Fry Bok Choy In Oyster Sauce With Egg Tofu)






Category : Lauk Pauk, Menu Sahur

Preparation Time : 10 minutes

Cooking Time : 10 minutes

Serving Size : 4 to 5 people





Ingredients :






6 to 7 Bok Choy - cut in half or four if the size is bigger

20 small white shrimps  - head and tail removed

2 tablespoons of oyster sauce

1 & 1/4 cups of water

1 red chili - sliced

1 red bird's eye chili - sliced

1 teaspoon of anchovies stock powder / 1/4 anchovies stock cube

Salt to taste

1 shallot - thinly sliced

2 cloves of garlic - thinly sliced

1 cm of ginger - minced

About 1/3 cup of cooking oil for frying egg tofu

About 2 tablespoons of oil from frying egg tofu





2 tubes of egg tofu - sliced into 1 to 2 cm thick

About 2 tablespoons of corn flour for coating sliced egg tofu






Instructions :









Heat 1/3 cup of cooking oil in a pan over medium heat.  When the oil is hot, coat each piece of egg tofu with corn flour and fry over medium heat until light brown on each sides.  




Gently flip the egg tofu pieces as they are delicate and easily break.  Fry for about 2 minutes on each side.




Remove from the pan and place in a strainer or colander to drain excess oil.  Set aside for later use.




Leave about 2 tablespoons of the oil in the pan.  Add in sliced shallot, garlic and minced ginger.  Stir fry over medium high heat for about 30 seconds, until fragrant.




Add in sliced chilies and stir fry for a while.




Add in water, anchovies stock powder or cube and oyster sauce.  Stir and bring the gravy to boil.





Add in small white shrimps and Bok choy, stir for a while.




 Cover and cook over high heat for 2 to 3 minutes minutes, until the leaf part are withered.




Open the lid and lower the heat, add in fried egg tofu, stir and season with salt.  Stir for a few seconds then turn off the heat.





Stir fried Bok choy is ready to be served with warm rice.  

Enjoy!



Thursday, 30 April 2020

Resepi Berasaskan Telur Untuk Dicuba Sepanjang Ramadhan





After 5th day of Ramadhan only I managed to publish this post (supposed to be published on the first day of Ramadhan, I sincerely apologized for the lateness 😅).
Celebrating Ramadhan this year is totally different from the previous years - no bazar Ramadhan and no Tarawih prayer in the mosques.
This is a perfect time for everyone to do self-reflection, meditate, learning and developing new skills in order to become a better person. 

Today, I will share four of my delicious egg-based recipes for you to try for sahur (Islamic term to describe pre-dawn meal).

Click to watch the video for visual instructions👇👇



These recipes are special to me because I specifically design the recipes to resemble the culture of four different races - Malay, Indian, Chinese and also European.
Recipes will be written in English and Malay for easy reference.

Enjoy!




1. TELUR MASAK KICAP PEDAS | SPICY FRIED HARD-BOILED EGG IN SAUCE SAUCE


Bahan-bahan:

4 biji telur rebus (goreng dahulu)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
4 sudu besar cili kering kisar/ pes cili kering
1 labu bawang besar (hiris)
1 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap manis
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

Panaskan minyak di dalam kuali.
Setelah panas, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan bawang besar hiris, sos tomato dan sedikit air.
Masukkan telur rebus yang telah digoreng dan masak hingga kuah pekat.
Hiaskan telur dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Sedia dihidang.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingredients:

4 fried hard-boiled eggs
3 cloves of garlic (minced)
1 cm of ginger (minced)
4 tablespoons of dried chili paste
1 onion (sliced)
1 tablespoon of tomato ketchup
4 tablespoons of sweet soy sauce
Water as needed
Salt to taste
Sugar to taste
 Oil for cooking

Methods:

Heat oil in a pan.
Stir fry garlic and ginger until fragrant then add in dried chili paste and cook until oil is separating.
Add sliced onion, tomato ketchup, water and sweet soy sauce.
Add in the fried hard-boiled eggs and cook until the gravy thickens.
Garnish with chopped chinese celery, chopped green onion and fried shallots.
Enjoy!




========================================================================




2. PIZZA TELUR | EGG PIZZA


Bahan-bahan untuk Topping:

1/2 keping dada ayam (potong kecil)
2 ulas bawang putih (cincang)
1/2 biji bawang besar (cincang)
4 sudu besar cili kering kisar/pes cili kering
2 batang sosej - hiris
1/2 capsicum - didadu
4-5 cendawan butang/cendawan straw - potong kecil
1/4 - 1/3 cawan sos pasta
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

4 biji telur Gred B
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
Sedkit oregano/mix herbs

Keju Mozzarella parut


Cara-cara:

Sediakan topping pizza telur dahulu.  Mula-mula panaskan minyak, dalam 2 hingga 4 sudu besar untuk menumis. Kemudian masukkan dada ayam dan goreng hingga warnanya bertukar menjadi putih.

Ketepikan dada ayam dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.  Masukkan cili kering kisar/pes cili kering dan tumis hingga garing.

Masukkan sosej, capsicum dan cendawan butang/straw dan gaul rata.  Kemudian masukkan sos pasta dan perasakan dengan garam dan gula.

Untuk membuat base pizza telur, pecahkan 4 biji telur ke dalam sebuah mangkuk, letak sedikit garam halus, serbuk lada hitam dan oregano/mix herbs kalau ada.  Kacau ringan sahaja hingga sebati.

Panaskan pan dan lenser sedikit minyak.  Tuang adunan telur, tutup pan dengan penutup dan biarkan hingga telur masak menggunakan api kecil supaya bahagian bawahnya tidak hangus.

Sudukan topping di atas base telur bila bahagian atas telur sudah kering dan tabur keju Mozzarella parut.  Tutup semula pan dan masak dengan api kecil hingga keju cair.

Pindahkan serta-merta ke atas pinggan dan potong kepada beberapa bahagian.  Sedia dihidang!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Topping's Ingredients:

1/2 chicken breast (cut into bite size)
2 cloves of garlic (minced)
1/2 onion (diced)
4 tablespoons of dried chili paste
2 sausages - sliced
1/2 capsicum - diced
4 to 5 button/straw mushrooms - cut into small size
1/4 to 1/3 cup of pasta sauce
Salt to taste
Sugar to taste
Oil for cooking

4 Grade B eggs
Salt to taste
Black pepper powder
Oregano/Mix herbs

Shredded Mozzarella cheese


Methods:

First, we need to prepare the topping.  Heat oil in a pan, once hot, add in chunked chicken and cook until the chicken color turns opaque.

Push to one side and saute garlic and onion until fragrant on the other side of the pan.  Then add in dried chili paste and cook until the spices turned dark red.

Add sliced sausages, capsicum and button/straw mushroom and cook for another few minutes.  Add pasta sauce and season with sugar and salt.  Set aside.

To prepare the egg pizza base, crack in 4 eggs in a bowl and season with salt, black pepper powder and oregano/mix herbs.  Whisk until just combined.

Grease oil in a pan and pour in egg mixture, cover and cook over low heat until egg is completely cooked (it's surface is dry).

Spread topping on top and sprinkle with shredded Mozzarella cheese.  Cover and continue to cook the egg pizza over low heat until cheese has melted.

Transfer egg pizza on a serving plate immediately.  Egg pizza is ready to be enjoyed!




========================================================================




3. TELUR BUNGKUS AYAM TANDOORI | TANDOORI CHICKEN EGG WRAP


Bahan-bahan perapan ayam:

1 1/2 keping dada ayam - potong kecil
1 sudu teh jintan manis - rendam sekejap dan tumbuk
1/2 sudu besar ketumbar biji - rendam sekejap dan tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
4 biji bawang merah - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu teh garam masala
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh gula pasir
Garam secukup rasa
1/3 cawan buttermilk / Yogurt

4 biji telur Gred B
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk lada hitam

1 tangkai daun kari
1/2 biji capsicum - didadu
1/3 batang lobak merah - didadu
Minyak secukupnya untuk memasak ayam Tandoori

Cara-cara:

Untuk menyediakan buttermilk, tuang 1 sudu kecil cuka makan atau jus lemon di dalam mangkuk dan tuang 1/3 cawan susu segar/susu cair.  Biarkan seketika.

Perap ayam dengan kesemua bahan perap dan perap sebentar sementara menyediakan telur dadar.  Kalau nak lebih sedap, perap selama 1 jam di dalam peti sejuk. 

Kocok perlahan telur bersama garam halus dan serbuk lada hitam.  Panaskan kuali non-stick dan lenser sedikit minyak.  Apabila telah panas, tuang separuh bancuhan telur dan dadarkan supaya telur nipis.  Masak dengan api kecil hingga bahagian atas telur kering.  Tak perlu balikkan.  Angkat dan ketepikan.  Ulang langkah sama untuk baki telur.

Untuk memasak ayam Tandoori, panaskan minyak, dalam 3 sudu besar di dalam kuali.  Tumis sebentar daun kari, kemudian masukkan ayam perap.  Masak hingga ayam bertukar warna putih dan kuah agak kering.  Kemudian, masukkan lobak merah dan capsicum.  Gaul rata dan masak lagi beberapa minit.  Tambah garam atau gula jika perlu.  Padamkan api.

Untuk membuat telur bungkus, letak beberapa sudu ayam Tandoori di tengah-tengah telur dadar kemudian lipat menjadi bentuk segi empat sama.  Sedia dihidang!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Chicken Marinade:

1 1/2 chicken breasts - cut into bite size
1 teaspoon of fennel seeds - soaked 5 minutes and ground
1/2 tablespoon of coriander seeds - soaked 5 minutes and ground
4 cloves of garlic - ground
4 shallots - ground
1 cm of ginger - ground
1 tablespoon of lemon juice
1 tablespoon of meat curry powder
1 teaspoon of garam masala
1/2 teaspoon of chili powder
1/2 teaspoon of turmeric powder
1/2 teaspoon of granulated sugar
Salt to taste
1/3 cup of buttermilk/Yogurt

4 Grade B eggs
A pinch of salt
Black pepper powder as needed

1 stalk of curry leaves
1/2 capsicum - diced
1/3 carrot - diced
Oil for cooking


Methods:

To prepare buttermilk (if using), drop a teaspoon of white vinegar /lemon juice in a bowl and pour in fresh/evaporated milk.  Let the mixture sit for a few minutes.

Marinade chicken chunks with the marinade ingredients and set aside.  For best result, pop the marinated chicken in the fridge for 1 hour.

To prepare egg omelette, lightly beat the eggs with a pinch of salt and black pepper powder.  Grease a non-stick pan with oil.  Once hot, pour half of egg mixture and swirl the pan to make a thin omelette.  Let it cook until its dry on the surface over low heat.  Transfer cooked omelette on a board or plate and repeat for the second omelette.

To cook the Tandoori chicken, heat about 3 tablespoons of oil in a pan and fry curry leaves for a few seconds until fragrant, then add in the chicken marinade and cook untuk chicken turn opaque and the gravy is thickened.  Lastly, add diced carrot and capsicum, stir and cook for another few minutes until veges are tender crisp.

To assemble Tandoori chicken egg wrap, place a few tablespoons of Tandoori chicken at the center of each omelette, fold to form square shaped wrap.  Ready to be served.




=======================================================================




4. TELUR KUKUS ALA CINA | CHINESE-STYLE STEAMED EGG


Bahan Kastad Telur:

4 biji telur gred B
Garam secukupnya
Serbuk lada putih secukupnya
Serbuk bawang putih secukupnya
1/2 sudu besar tepung jagung
1 cawan / 250 ml air

6 ulas bawang putih - cincang
1/4 cawan daging kisar/ udang kering kisar / udang basah cincang
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah


Cara-cara:

Panaskan pengukus dan sediakan satu mangkuk atau 3 cawan ramekin dan lenser dengan minyak.

Mula-mula sediakan kastad telur.  Kacau telur bersama garam, serbuk lada putih, serbuk bawang putih dan tepung jagung hingga sebati.  Tak perlu pukul hingga kembang.  Masukkan air dan kacau rata.  Tapis adunan dan tuang adunan ke dalam mangkuk atau ramekin yang telah disediakan.

Kukus menggunakan api sederhana hingga telur masak, kira-kira 20 minit.

Sementara mengukus telur, boleh sedikan toppingnya.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Kemudian, goreng bawang putih cincang hingga agak garing dan masukkan daging cincang/udang kering kisar/udang basah cincang.  Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada putih.  Masak hingga daging masak. 

Tuang bawang putih bersama daging cincang goreng beserta minyak gorengan di atas telur kukus.  Kemudian, boleh tabur dengan daun sup dan daun bawang dan titikkan beberapa titis kicap cair.  Sedia dihidang bersama nasi panas.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingredients for Egg Custard:

4 grade B eggs
Salt to taste
White pepper powder
Garlic powder
1/2 tablespoon of corn flour
1 cup/ 250 ml of water

6 cloves of garlic - minced
1/4 cup of minced beef/minced fresh shrimp/ ground dried shrimp
A pinch of salt
White pepper powder
Oil for cooking


Methods:

Prepare the steamer and oiled a shallow bowl or three ramekin cups.

To prepare egg custard, whisk eggs with salt, white pepper powder, garlic powder and corn flour until ingredients are incorporated.  No need to whisk until fluffy.  Pour in water and whisk to combine.  Strain the egg mixture for smooth-textured steamed egg.  Pour in the mixture into the prepared bowl or ramekin.

Steam for 20 minutes, or until steamed egg is set over medium heat.

Meanwhile, you can prepare the topping.  Heat oil in a pan and fry chopped garlic until golden, then add in minced beef/minced fresh shrimp or ground dried shrimp.  Season with salt and white pepper powder and cook until the meat is set.

Top steamed egg with garlic topping together with the oil and garnish with chopped green onion, chopped Chinese celery and add a few drops of thin soy sauce.  Enjoy!






SALAM RAMADHAN...



Tuesday, 28 May 2019

Ikan Keli Berlada Mudah




Assalamualaikum...

Rindunya nak menulis walaupun baru tiga hari je tak berdating dengan blog dan laptop kesayangan Lyn.
Apa khabar semua hari ni?
Yang mana menyediakan sendiri juadah berbuka puasa mesti dah mula sibuk-sibuk di dapur sekarang ni.
Hari ni Lyn off day.  Hari ni mood malas nak masak.
So, beli je makanan untuk buka puasa hari ni.  Hehe...

Semalam Lyn masak ikan keli berlada ni untuk juadah buka puasa dan sahur sekali.
Dua dalam satu je.  Al-maklum di rumah ni cuma kami berdua saja.  Jadik, kalau masak tu mesti akan ada leftover untuk carry forward to the next day.
Sejak dua tiga hari ni angin bertiup begitu kencang.  Nyaman je rasa walaupun cuaca agak panas.
Itu lah dia nikmat berpuasa kan Allah bagi sedikit keselesaan kepada kita untuk menjalaninya dengan penuh ikhlas.  InsyaAllah..
Ok, nak sambung balik cerita pasal ikan keli ni.
Ikan keli ni kalau pada Lyn ada tiga jenis menu je yang Lyn paling suka.
Pertama tentulah ikan keli masak lemak Negeri Sembilan
Kedua ikan keli berlada ni
Ketiga ikan keli goreng kunyit atau ikan keli penyet.
Adui, ketiga-tiga ni kalau hidang kat depan Lyn sudah tentu dua pinggan nasik bila makan.  😝😝😝.


Hari tu belanja barang dapur ternampak pulak ikan keli segar-segar je lagi tu yang terus je Lyn nak beli.  Murah je empat ekor baru RM5 saiz sedang.
Memang dah plan pun nak masak ikan keli berlada ni sebab pertama; sedap. Kedua, tahan lama dan tak cepat basi dan ketiga; ada sambal dia sekali sebagai pembuka selera bila nak makan sahur.
Jujur Lyn cakap, sebenarnya Lyn memang susah nak selera makan tau kalau waktu sahur.
Kalau asyik makan lauk telur je memang tertutup terus dah selera ni nak makan. 
Silap hari bulan baru je makan dah keluar balik dah semua sekali tau.  Huhu...Sedih!😓

Baiklah, tanpa membuang masa lagi jom kita semak dulu resepi ikan beli berlada yang sedap ni.

Ikan Keli Berlada Mudah

Menu : Lauk masakan Melayu
Saiz hidangan : 4 orang

Bahan untuk ikan keli goreng:

4 ekor ikan keli
2 cm kunyit hidup*
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
2 ulas bawang putih*

Maaf, gambar tak bape jelas.

Tumbuk bahan bertanda *.
Basuh bersih ikan keli, kelar-kelar badannya dan gaul rata dengan bahan-bahan di atas.
Goreng hingga garing.
Angkat dan letak dalam pinggan leper.

Dah siap goreng.  Goreng garing macam ni tau baru best

Bahan untuk sambal berlada:

5 biji cili merah *
12 biji cili padi hijau *
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
sedikit belacan *
air asam jawa
garam
gula
minyak untuk menumis

Tumbuk bahan bertanda *. Jangan tumbuk terlalu halus.  
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

Cara menghidang:

Tuang kuah sambal berlada di atas ikan keli atau boleh jugak gaul rata ikan keli yang dah digoreng ke dalam sambal berlada yang dah siap diperasakan.



#NOTA#

Sedikit tips untuk menghilangkan bau hanyir ikan.  Boleh cuci dengan sedikit air asam atau air perahan limau atau boleh jugak menggunakan air kapur makan.  Selalunya Lyn suka pakai CNI food wash kerana ianya bukan saja menghilangkan bau hanyir ikan malah meyegarkan balik ikan tersebut.  Tapi kalau takde biasanya Lyn pakai air kapur makan tu.  Hilang segala hanyir ikan.

Cili padi hijau tu memang agak banyak sebab Lyn pakai cili padi siam, jadik walaupun banyak tapi tak terasa pedas pun.  Kalau pakai cili padi kampung yang gemuk-gemuk tu memang pedas, tukang masak kena pandai-pandai adjust la yer.

Ikan keli ni sedia maklum memang suka sangat meletup-letupkan dirinya ketika digoreng.  Hihi...kalau nak kurangkan letupan yang terhasil, tabur tepung (tak kisah la tepung apa) ke dalam minyak yang telah panas sebelum menggoreng ikan keli.  Tepung hendaklah selalu letak.  Kalau dah agak meletup-letup balik je cepat-cepat tabur tepung dalam minyak tu yer.

Minyak untuk menumis sambal berlada kena banyak sebab nak bagi semua bahan rempah garing betul (bukan hangus yer).  Lepas dah garing rempah kalau nak cedok keluar sikit minyak pun takpe.

SALAM RAMADHAN & SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 15 May 2019

Kari Telur Istimewa Mudah




Assalamualaikum...

Bila tiba je bulan Ramadhan ni, stok rempah kari mesti kena ada sebab time puasa je mula lah datang mood extra rajin nak menguli dan menggentel tepung membuat karipap la, donat la, samosa la dan jugak mee kari untuk juadah berbuka puasa.  Kami di rumah agak jarang berbuka puasa makan nasi campur.  Kengkadang je.  Biasanya mesti masak mee goreng ke, laksa ke atau pun soto dan bihun sup.  Jenis menu ala Carte gitu. 

Kari telur ni Lyn masak tiga hari lepas sebenarnya, untuk dipadankan dengan nasi minyak.  Sebelum ni, resepi kari telur yang pernah Lyn kongsikan ianya sedikit berbeza dengan resepi kari telur yang akan Lyn kongsikan kejap lagi.  Boleh rujuk resepi kari telur Lyn versi lagi satu di sini : kari telur 1.  

Bahan asas sama je cuma Lyn tambah lengkuas dan serai saja.  Sama seperti tips yang pernah Lyn kongsikan sebelum ni, kalau nak kari telur anda lebih lemak dan sedap boleh tambah sedikit ikan bilis tumbuk atau pun kiub pati ikan bilis kalau nak mudah.  Kuah kari tu jangan terlalu cair, agak-agak je kepekatannya.  Kalau rasa terlebih air kecilkan api dan reneh kuah kari tu lama sikit kemudian baru masukkan santan.  Telur rebus yang dah dikelar kalau direneh lama dalam kuah kari akan jadi lebih sedap dan berperisa.

Untuk mendapatkan telur rebus yang mudah dikupas kulitnya dan licin, sebelum merebus telur, pastikan telur berada pada suhu bilik dulu.  Kalau simpan telur kat fridge make sure keluarkan telur awal-awal.  Lepas tu baru didihkan air dalam periuk dan masukkan telur satu per satu dengan menggunakan senduk.  Hati-hati jangan sampai telur terhempas atau terhentak di dasar periuk.  Sukatan air untuk merebus telur perlu banyak dan menutupi seluruh permukaan telur tu.  Rebus telur dengan api sederhana selama 10 minit atau secukupnya bergantung kepada kuantiti telur yang direbus.  Kemudian, setelah masak, pindahkan telur rebus ke dalam mangkuk berisi air biasa dan biarkan telur rebus terendam seketika.

Lyn masak lebih kari telur ni untuk buat menu sahur keesokan harinya.  Biasanya kalau Lyn masak untuk sahur, paling kurang mesti kena ada satu menu berasaskan protein.  Contohnya, kari telur ni la.  Kalau bagi yang takde masa dan nak cepat, telur goreng curah kicap pun boleh dah..hehe..Sayur-sayuran jangan lupa, waktu berpuasa ni kalau boleh untuk elak kurang nutrisi pemakanan waktu sahur perlulah seimbang supaya badan lebih bertenaga dan tak mudah letih.  Kalau agak-agak tak berapa rajin nak masak sayur, boleh banyakkan makan ulam-ulaman seperti salad, timun, tomato dan kacang botor.  Bila dah makan ulam ni kenalah ada sambal kan.  So, stok sambal lebih sikit simpan je dalam fridge tu. 

Hidangan kari telur ni bukan saja sesuai dijadikan lauk untuk santapan bersama nasi, ianya pun sangat sesuai untuk dimakan bersama roti, lempeng, roti canai dan sebagainya sama seperti kari daging atau kari ayam jugak.  Even kari kentang kosong je pun dah sedap, cuma kena lah letak kiub pati ikan bilis atau kiub pati ayam bila memasak.  Baiklah, jom kita tengok resepi kari telur istimewa Ramadhan ni.

Kari Telur Istimewa Mudah

Bahan-bahan:

4 biji telur (rebus, kupas kulit dan kelar di bahagian permukaannya)
2 biji kentang (potong kecil)
1 biji tomato (belah 4)
1/2 biji lobak merah (potong wedges)
1 keping asam keping
1/2 kotak kecil santan (Lyn pakai santan KARA)
1/2 kiub pati ikan bilis
1 liter air
garam
gula

Bahan tumis:

5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 batang serai *
sedikit kulit kayu manis
3 biji cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 sudu besar serbuk kari daging (campur dengan sedikit air jadikan pes)
3 sudu besar cili kisar
1 batang daun kari
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
minyak untuk menumis

Langkah Penyediaan:

Kisar halus bahan bertanda *.

Panaskan minyak dalam periuk.  Tumis bawang besar hiris, daun kari, cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sebentar hingga bawang besar layu.  Kemudian masukkan cili kisar diikuti dengan bahan kisar.  Tumis hingga agak garing.

Masukkan pes rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.

Masukkan air, kentang, telur rebus, lobak merah, kiub pati ikan bilis.  Masukkan sedikit garam dan gula.  Reneh hingga kentang dan lobak lembut dan kuah agak pekat.

Akhir sekali, masukkan santan, asam keping dan tomato.  Reneh sebentar hingga kuah mendidih.

Sedia dihidang.  Boleh tabur bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang dan hirisan lada merah kalau suka.



Seperti yang Lyn bagitau tadi, kari telur ni Lyn padankan dengan nasi minyak yang ringkas dan amat mudah disediakan.  Untuk resepi nasi minyak boleh rujuk di sini ya : nasi minyak simple

Monday, 6 May 2019

Sayur Bayam Tumis Dengan Mee Kuning Menu Sahur RIngkas & Menyelerakan



Assalamualaikum...

Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum tibanya bulan yang dinanti-nantikan oleh sekalian umat Islam iaitu bulan Ramadhan.  Mudah-mudahan di bulan yang mulia ni kita sama-sama berjaya meningkatkan amal ibadah dan diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah.  Amin..

Baiklah, hari ni tak nak cerita panjang lebar, sempena datangnya bulan Ramadhan, seperti yang Lyn janjikan sebelum ni Lyn akan kongsikan menu-menu sahur dan jugak hidangan berbuka puasa yang boleh para pembaca cuba di rumah.  Dan InsyaAllah, Lyn jugak akan kongsikan resepi-resepi biskut raya yang biasa Lyn sediakan untuk Hari Lebaran.  Resepi biskut-biskut raya yang Lyn akan kongsikan nanti kebanyakan resepi bonda Lyn yang diperturunkan kepada anak perempuan beliau yang sorang ni dan jugak resepi-resepi biskut raya olahan Lyn sendiri.

Okay, kali ni menu yang Lyn nak kongsikan ialah salah satu menu untuk hidangan sahur yang serba ringkas, untuk dipadankan bersama nasi putih, telur dadar atau pun ikan masin.  Uihh...rasa lapar pulak tetiba ni.  Hehe..Lauk sayur bayam tumis bersama mee kuning ni secara tak sengaja kami pernah masak satu ketika dulu.  Pada waktu tu, kebetulan kat rumah masih ada saki baki mee kuning lebihan membuat mee goreng.  Tu yang Lyn campurkan je ke dalam sayur bayam tumis ni.  Alih-alih tak sangka pulak sedap.  Kuahnya buat banyak sikit dan mee kuning jangan letak banyak sangat melebihi sayur bayam.  Sayur ni sesuai untuk dihidang panas-panas.  Jadi kalau nak buat lauk untuk sahur, sebelah malam siang semua sayur bayam dulu, kupas bawang siap-siap supaya esok pagi tak kelam kabut nak masak untuk sahur.

Sayur Bayam Tumis Dengan Mee Kuning Ringkas

Bahan-bahan:

1 ikat kecil bayam (asingkan batang dan daunnya)
1 genggam mee kuning
4 biji cili padi (ketuk /potong kecil)
1 ulas bawang merah (hiris nipis)
1 ulas bawang putih (hiris nipis)
1/2 kiub pati ikan bilis
2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dalam kuali.  Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga nak bau.

Masukkan air, kiub pati ikan bilis, cili padi hiris/ketuk dan batang bayam.  Masak hingga batang bayam lembut.

Perasakan dengan garam, masukkan daun bayam dan mee kuning.  Tutup kuali sebentar dan angkat setelah daun bayam layu.

Hidang serta-merta.



Saiz hidangan untuk sebanyak ini ialah untuk maximum tiga orang makan.  Lyn makan berdua je dengan incik hubby.  Kami berdua memang suka meratah sayur banyak-banyak.

Kalau beli bayam yang seikat besar, kalau nak masak sekaligus boleh gandakan kuantiti bahan yang digunakan.

Kami padankan lauk bayam tumis dengan siakap kukus.  Yum!


Selamat mencuba!