Kari Telur Confirm Sedap

Tuesday, 29 January 2019

Kari Telur Confirm Sedap


Assalamualaikum.....


Setelah sekian lama saya tak mengupdate blog saya ni.  Rindu betul nak berceloteh dan berkongsi resepi.  Akhirnya di awal pagi yang sunyi dan sepi ni (actually feeling seram pun ade...coz memang dasar penakut sejak kecik!), berkesempatan jugak nak meluangkan masa untuk menulis.

Kari telur memang merupakan menu kegemaran saya sejak kecik lagi.  Dulu, asal musim kenduri kawin je kat kampung yang biasanya bulan Disember sebab cuti sekolah, mesti dapat banyak telur rebus.  Makanya, kalau zaman anak dara sunti saya dulu, kalau kami pegi 10 majlis kawin, maka 20 biji telur rebus la yang akan kami bawak balik umah tau.  Ye la..bonda dapat 1, saya pun dapat 1 untuk setiap rumah. Telur rebus tu pulak dibungkus rapi dalam kertas tisu yang kaler merah tu. Sekarang dah tak jumpa lagi dah orang bungkus telur rebus pakai kertas tisu.. Hehehe...nostalgia betul.  So,  supaya tak membazir, kami dua beranak ni pun mengkreatifkan diri la untuk mempelbagaikan menu yang berasaskan telur rebus yang kami dapat tu.  Dari telur sambal, telur masak kurma hinggalah ke kari telur.  Semua kami dah try.  Heheh..

Sejak dua menjak musim membaking biskut terutamanya tart nenas untuk tempahan musim Tahun Baru Cina tahun ni,  saya memang teramatlah sibuk hinggakan nak masak pun terasa sangat malas.  Lebih-lebih lagi bila tangan dah menggentel doh, menyusun kuih bagai, memang tak lah eden nak pegang sudip dengan kuali kan!  Sebab itulah bonda saya selalu pesan supaya masak dulu sebelum buat biskut.  Alasannya, nanti kalau dah penat buat kuih, memang confirm takkan masak punya.  Lepas tu, mulalah buat ayat-ayat manja kat incik hubby nak bodek untuk tapaw kat luar.  Hahaha...Kari telur ni saya masak tengahari, untuk padankan dengan nasi lemak dan sambal ikan bilis yang saya masak sebelah paginya.  Saya sengaja masak lebih supaya boleh carry forward lak untuk esok.  Kari ni makin dipanaskan makin sedap tau.  Jadik, kalau hangpa rasa malas sangat nak masak banyak kali, masak je kari ni.  Lepas tu perangat je.  Mudah keje 😆😆😆

Resepi Kari Telur Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:

5 biji telur (tak kesahlah gred apa pun) - Rebus dulu dan kupas kulit
3 biji kentang (potong macam nak buat sup)
1/2 kotak kecil santan (saya pakai santan KARA)
5 sudu besar cili kisar
1 1/2 liter air (boleh adjust ikut kepekatan)
1 keping asam keping
garam
gula
minyak yang agak banyak untuk menumis
3 sudu besar membukit rempah kari (saya pengguna setia rempah kari Mak Siti)
1/3 kiub ikan bilis (saya pakai Knorr)

Bahan tumbuk/kisar:

4 ulas bawang kecil (kalau saiz bawang kecik sangat boleh lebihkan jadik 6 ulas)
2 ulas bawang putih
1 cm halia

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk/kisar halus bahan tumbuk.
  2. Campurkan rempah kari dengan air secukupnya untuk dijadikan pes.
  3. Panaskan minyak.  Masukkan cili kisar dan tumis sebentar.  Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga agak garing.  Bila dah agak garing, masukkan pulak pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, kentang, telur rebus dan kiub ikan bilis.  Reneh hingga kentang lembut.
  5. Masukkan asam keping diikuti dengan santan.  Perasakan dengan garam dan gula.

Memang kena betul lauk kari telur ni dengan sambal tumis ikan bilis.  Tambahan pulak ada ulam timun.  Memang tak toleh kiri kanan dah oii.  Tapi, harus diingat, jangan teroverdose makan telur pulak sudah la...limitkan sehari kalau boleh jangan makan lebih dari 2 biji telur okeh..

#TIPS PENTING#

Kari telur ni tak sama macam kari ayam, ikan atau daging.  So, ikan bilis WAJIB letak sebagai bahan perasa. Kalau hangpa rajin boleh la tumbukkan ikan bilis dan campurkan waktu mereneh telur dan kentang.  Kalau malas macam saya ni boleh pakai kiub je.

Lepas tu kalau nak lagi best, sebelum masukkan cili kisar tu, boleh tumiskan daun kari kalau ada.  4 sekawan optional, nak letak boleh tak nak pun dah cukup sedap dah.  Saya tak letak 4 sekawan kecuali kalau masak kari ayam dan daging, baru saya letak.

Ada lagi....lepas tu, kalau nak lagi bagus dan sehat boleh la campurkan lobak merah ngan tomato ya.  Saya tak de stok tu pasal tak letak tu.  Hehe..

Gambar ambik tak berapa cantik coz ambik waktu malam..


Akhir kata, selamat mencuba!

0 comments :

Post a Comment