Ikan Keli Berlada Mudah

Tuesday, 28 May 2019

Ikan Keli Berlada Mudah




Assalamualaikum...

Rindunya nak menulis walaupun baru tiga hari je tak berdating dengan blog dan laptop kesayangan Lyn.
Apa khabar semua hari ni?
Yang mana menyediakan sendiri juadah berbuka puasa mesti dah mula sibuk-sibuk di dapur sekarang ni.
Hari ni Lyn off day.  Hari ni mood malas nak masak.
So, beli je makanan untuk buka puasa hari ni.  Hehe...

Semalam Lyn masak ikan keli berlada ni untuk juadah buka puasa dan sahur sekali.
Dua dalam satu je.  Al-maklum di rumah ni cuma kami berdua saja.  Jadik, kalau masak tu mesti akan ada leftover untuk carry forward to the next day.
Sejak dua tiga hari ni angin bertiup begitu kencang.  Nyaman je rasa walaupun cuaca agak panas.
Itu lah dia nikmat berpuasa kan Allah bagi sedikit keselesaan kepada kita untuk menjalaninya dengan penuh ikhlas.  InsyaAllah..
Ok, nak sambung balik cerita pasal ikan keli ni.
Ikan keli ni kalau pada Lyn ada tiga jenis menu je yang Lyn paling suka.
Pertama tentulah ikan keli masak lemak Negeri Sembilan
Kedua ikan keli berlada ni
Ketiga ikan keli goreng kunyit atau ikan keli penyet.
Adui, ketiga-tiga ni kalau hidang kat depan Lyn sudah tentu dua pinggan nasik bila makan.  😝😝😝.


Hari tu belanja barang dapur ternampak pulak ikan keli segar-segar je lagi tu yang terus je Lyn nak beli.  Murah je empat ekor baru RM5 saiz sedang.
Memang dah plan pun nak masak ikan keli berlada ni sebab pertama; sedap. Kedua, tahan lama dan tak cepat basi dan ketiga; ada sambal dia sekali sebagai pembuka selera bila nak makan sahur.
Jujur Lyn cakap, sebenarnya Lyn memang susah nak selera makan tau kalau waktu sahur.
Kalau asyik makan lauk telur je memang tertutup terus dah selera ni nak makan. 
Silap hari bulan baru je makan dah keluar balik dah semua sekali tau.  Huhu...Sedih!😓

Baiklah, tanpa membuang masa lagi jom kita semak dulu resepi ikan beli berlada yang sedap ni.

Ikan Keli Berlada Mudah

Menu : Lauk masakan Melayu
Saiz hidangan : 4 orang

Bahan untuk ikan keli goreng:

4 ekor ikan keli
2 cm kunyit hidup*
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
2 ulas bawang putih*

Maaf, gambar tak bape jelas.

Tumbuk bahan bertanda *.
Basuh bersih ikan keli, kelar-kelar badannya dan gaul rata dengan bahan-bahan di atas.
Goreng hingga garing.
Angkat dan letak dalam pinggan leper.

Dah siap goreng.  Goreng garing macam ni tau baru best

Bahan untuk sambal berlada:

5 biji cili merah *
12 biji cili padi hijau *
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
sedikit belacan *
air asam jawa
garam
gula
minyak untuk menumis

Tumbuk bahan bertanda *. Jangan tumbuk terlalu halus.  
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

Cara menghidang:

Tuang kuah sambal berlada di atas ikan keli atau boleh jugak gaul rata ikan keli yang dah digoreng ke dalam sambal berlada yang dah siap diperasakan.



#NOTA#

Sedikit tips untuk menghilangkan bau hanyir ikan.  Boleh cuci dengan sedikit air asam atau air perahan limau atau boleh jugak menggunakan air kapur makan.  Selalunya Lyn suka pakai CNI food wash kerana ianya bukan saja menghilangkan bau hanyir ikan malah meyegarkan balik ikan tersebut.  Tapi kalau takde biasanya Lyn pakai air kapur makan tu.  Hilang segala hanyir ikan.

Cili padi hijau tu memang agak banyak sebab Lyn pakai cili padi siam, jadik walaupun banyak tapi tak terasa pedas pun.  Kalau pakai cili padi kampung yang gemuk-gemuk tu memang pedas, tukang masak kena pandai-pandai adjust la yer.

Ikan keli ni sedia maklum memang suka sangat meletup-letupkan dirinya ketika digoreng.  Hihi...kalau nak kurangkan letupan yang terhasil, tabur tepung (tak kisah la tepung apa) ke dalam minyak yang telah panas sebelum menggoreng ikan keli.  Tepung hendaklah selalu letak.  Kalau dah agak meletup-letup balik je cepat-cepat tabur tepung dalam minyak tu yer.

Minyak untuk menumis sambal berlada kena banyak sebab nak bagi semua bahan rempah garing betul (bukan hangus yer).  Lepas dah garing rempah kalau nak cedok keluar sikit minyak pun takpe.

SALAM RAMADHAN & SELAMAT MENCUBA!

0 comments :

Post a Comment