Bubur Lambuk Daging Mudah

Tuesday, 7 May 2019

Bubur Lambuk Daging Mudah



Assalamualaikum..

Entry kali ni Lyn akan kongsikan resepi bubur lambuk daging yang sangat mudah dan sungguh menyelerakan.  Bubur lambuk daging ni asalnya Lyn nak bagi nama Bubur soto daging sebab kali ni bubur lambuk daging ni Lyn menggunakan sedikit rempah sup dan bahan-bahan seperti soto.  Cuma diletak santan seperti bubur lambuk. 

Bubur lambuk daging ni seperti yang Lyn janjikan penyediaannya tak pun rumit dengan bahan-bahan yang tak begitu banyak.  Sebelum ni Lyn pernah kongsikan resepi bubur Asyura (rujuk sini : bubur Asyura)  dan jugak bubur lambuk udang (rujuk sini : bubur lambuk udang).  Kalau anda bandingkan kedua-dua resepi ni, dalam resepi bubur lambuk udang Lyn tak letak udang kering dan ikan bilis seperti dalam resepi bubur Asyura.  Lyn jugak menggunakan rempah sup dalam bubur lambuk udang yang Lyn pernah kongsikan sebelum ni.  Jadi, bubur lambuk daging ni lebih kurang sama je dengan resepi bubur lambuk udang cuma instead of guna udang Lyn pakai daging.

Bubur lambuk kalau di rumah kami memang Lyn agak kerap membuatnya selain daripada bubur nasi berlauk sebab my hubby sangat suka makan bubur.  Boleh makan 2 ke 3 mangkuk kalau dengan bubur ni.  Laju je makannya.  Lebih-lebih lagi kalau dipadankan dengan sambal kicap.  Memang cukup lengkap rasanya.



Bagi yang gemar makan bubur lambuk, boleh jugak dijadikan hidangan buka puasa.  Untuk bahan sampingan, kalau suka boleh padankan dengan kangkung goreng belacan ke atau ikan bilis goreng pedas bersama kentang, ala-ala resepi Datin Eina Azman di Youtube.  Hihi...Lepas tu boleh jugak taburkan dengan ikan kurau masin untuk menambah rasa. 

Resepi bubur lambuk daging yang akan Lyn kongsikan ni agak banyak, boleh dijadikan hidangan untuk 6 ke 7 orang makan ya.  Bubur ni makin dipanaskan makin sedap dan makin halus teksturnya.

Bubur Lambuk Daging Mudah

500 gram daging lembu (potong kiub)
2 cawan beras
2 helai daun pandan (simpul)
2 biji kentang (potong kiub)
1/2 cawan mix vege (boleh ganti dengan lobak merah)
1/2 kotak kecil santan (Lyn pakai KARA)
air secukupnya
garam
1 bunjut rempah sup bunjut
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 sudu besar rempah sup *
2 sudu besar ketumbar (rendam dan tumbuk halus)
1 sudu kecil jintan manis (rendam dan tumbuk halus)
1/2 sudu besar lada hitam tumbuk
minyak untuk menumis

Bahan Sampingan:

Telur dadar hiris nipis
Lada merah hiris
Daun sup dan daun bawang hiris
Bawang goreng
Sambal Kicap

Langkah Penyediaan:

  1. Kisar halus kesemua bahan bertanda * dengan air.
  2. Panaskan minyak dalam periuk.  Tumis bahan kisar sebentar dan masukkan air, daging, rempah sup bunjut, daun pandan,garam dan beras yang dah dibasuh bersih.  
  3. Masak hingga beras kembang dan daging lembut.  Selalu kacau supaya tak berkerak dan tambah air sekiranya perlu.
  4. Masukkan kentang dan mix vege, diikuti dengan lada hitam tumbuk dan masak hingga bubur lembut dan hancur dan kentang lembut.
  5. Akhir sekali masukkan santan dan perasakan lagi sekali garamnya.

Bubur lambuk daging ni keistimewaannya ialah ianya berasa seakan-akan soto tetapi jugak kaya dengan rasa lemak santan.  Santan tak perlu letak banyak cukup sekadar melengkapkan rasa saja.  Wajib letak daun pandan untuk menimbulkan aroma wangi.  Rasa bubur tak akan sama kalau tak letak daun pandan kecuali kalau anda menggunakan beras wangi untuk membuat bubur lambuk daging ni.  

Tips untuk memotong daging supaya lembut dan tak liat:

Sewaktu hendak memotong daging, kenalpasti dulu arus urat daging tu ke mana.  Pastikan bila anda memotong daging, potong melawan arus urat daging tu, jangan potong selari dengan arus urat pada daging tu nanti daging akan jadi liat.  Urat yang kelihatan tu ialah jaringan otot pada daging lembu tu.  Bila kita potong lawan arus urat daging, secara tak langsung kita akan leraikan ikatan actin dan myosin (protein yang berperanan untuk mengetat dan menggerakkan otot).  Lebih kurang macam tu la kalau dari sudut saintifiknya.  Hehe...lepas ni tengok betul-betul ke mana arus urat kat daging tu tau, senang je nak nampak tak yah pakai microscope pun.  Kihkih..

Jemput makan semua...Yum!

Selamat mencuba!

0 comments :

Post a Comment