Sate Ayam dan Tempe

Wednesday, 19 December 2018

Sate Ayam dan Tempe



Hari ni tertunailah hajat di hati nak berkongsi resepi sate homemade saya.  Dah lama kami tak makan sate, last beli sate kira-kira lima bulan lepas.  Saya dan hubby ni boleh la dikatakan pelanggan setia Sate Hj Samuri yang femes tu kan.  Sape tak kenal dengan Sate Hj Samuri ni, cawangan pun banyak.
Dulu masa kerap ulang-alik ke sungai buluh untuk berbekam rajin la singgah tapaw sate Hj Samuri ni di R&R yang sebelum exit Paya Jaras tu, saya lupa pula nama R&R nya.  Sedap sangat sate dia, kami suka juga makan sate ikan dia, memang menjilat jari tau rasanya. 😋😋😋

Sebenarnya sate ni kira-kira dah dua minggu lepas dah saya buat.  Masa tu kami jalan-jalan ke nursery Sungai Buloh untuk mencari pokok bunga dan pasu, rancangan asal balik lepas shopping pokok dan pasu nak ler singgah di restoran Hj Samuri kat R&R yang  kami biasa singgah tu, tapi alih-alih hubby pula gatal nak ikut jalan lain waktu kami balik, tu yang tak jadi singgah tu.  Huhu...

Memang masa tu tengah kemaruk betul kami nak makan sate tau, tapi sejak berpindah ke Shah Alam ni memang tak pernah lagi membeli sate di mana-mana gerai di area rumah kami ni, bukan apa..cuak takut tak sedap kan..nanti rasa tak berbaloi pula.  Pikir punya pikir tak kan lah semata-mata nak makan sate nak pegi R&R tu kan, walaupun dekat PKNS ada je cawangan dia rasanya.  Hehehe...tapi pada saya yang kat R&R tu juga rasanya lebih best.

Lepas dah berjaya buat sate homemade ni, saya rasa lepas ni kami akan buat sate sendiri je sebab bagi saya yang memang suka bereksperimen kat dapur ni penyediaannya takde la susah sangat.  Bila ada masa buat je lebih lepas tu diamkan je sate tu dalam freezer, bila nak makan tinggal panggang je kan senang.  lepas tu kuah kacang pun buat lebih terus lepas tu simpankan je dalam freezer juga, bila nak makan tinggal perangatkan je. Hehe...

Kebetulan pula stok boneless chicken ada lagi dalam freezer, ketumbar, jintan, serai semua pun ada.  Lidi pencucuk sate pun baru je beli sepeket hari tu.  Apa lagi, laju je la projek membuat sate homemade ni dilancarkan. 😆😆😆

Preparation untuk membuat bahan perap untuk sate ni agak renyah sebenarnya.  Kene gigih sikit nak tumbuk ketumbar jintan tu.  Tapi kalau agak-agak tak berapa rajin boleh je pakai ketumbar jintan serbuk.  Cuma rasanya kurang sedaplah berbanding kalau pakai ketumbar jintan biji tu.

Kali ni saya membuat dua jenis sate je, iaitu sate ayam dan sate tempe. Ape? Tempe???Biaw betul ni?? Hihi...Betul la..sedap tau sate tempe ni, bagus juga kalau sesiapa yang nak kurangkan makan carbs boleh la makan tempe ni.  So, nak bagi diet anda menarik, buat la sate tempe, baru la tak boring kan.

Jom kita tengok resepinya dulu.

Resepi Sate Ayam dan Tempe Homemade

Bahan-bahan:

4 ketul ayam boneless (potong kiub)
2 keping tempe dalam plastik (potong kiub)

Bahan perap:

4 sudu besar ketumbar (rendam dulu)
1 1/2 sudu besar jintan manis (rendam dulu)
2 inci kunyit hidup
2 batang serai (hiris nipis)
seketul kecil lengkuas (lebih kurang besar ibu jari) - hiris nipis
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah (kalau saiz kecil boleh tambah lagi)
1 cm halia (hiris nipis)
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam


Langkah Penyediaan:
  1. Tumbuk lumat kesemua bahan perap kecuali garam dan gula.  Gaulkan bahan tumbuk dengan garam dan gula.
  2. Letakkan ketulan ayam dan tempe ke dalam dua bekas yang berasingan.
  3. Gaulkan ketulan ayam dan tempe dengan bahan perap.  Rasa sikit untuk adjust gula dan garamnya. 
  4. Basahkan pencucuk lidi dengan air dan cucukkan ketulan ayam dan tempe memenuhi 1/3 atau 1/4 daripada panjang lidi sate.
  5. Perapkan dulu dalam plastik sekurang-kurangnya 2 jam supaya kesemua aroma bahan perap meresap ke dalam ketulan ayam dan tempe.
  6. Panggang sate dengan menggunakan pemanggang atau kuali non-stick.  Letakkan sedikit minyak.  Balik-balikkan selalu supaya sate masak dengan sempurna.
  7. Hidangkan dengan nasi impit, kuah kacang dan hirisan timun dan bawang besar.

Rasa sate homemade ni memang sedap, tak kalah pun dengan rasa sate yang dibeli di luar sana tu.  Hehehe...Walaupun saya tak menggunakan MSG atau bahan perasa lain, tapi rasa sate homemade ni dah cukup sempurna. 

Ada bonus lagi tau, bagusnya kalau kita buat sate sendiri dan panggang menggunakan kuali non-stick atau magic pan ni, kita boleh mengelakkan dari mengkonsumsi carbon monoxide yang berlebihan tau.  Kalau nak tau, carbon monoxide sangatlah berbahaya untuk kesihatan kita dan boleh menyebabkan kematian akibat keracunan carbon monoxide.  Biasanya bila kita makan makanan yang dipanggang menggunakan arang atau charcoal grill, macam barbecue, sate, steak dan sebagainya, carbon monoxide ni terhasil dan meresap ke dalam makanan yang dipanggang, jadi secara tak langsung kita pun telan sekali carbon monoxide ni.  Yang menjadi masalah ialah carbon monoxide ni dia takkan hilang, sebaliknya dia akan terkumpul je dalam badan, lepas tu dia berebut tapak pula dengan oksigen pada sel darah merah kita, jadi mengumpulan carbon monoxide yang banyak ni akan mengurangkan tapak-tapak atau bahasa medicalnya ialah oxygen binding site untuk oksigen pada sel darah merah.  Ini boleh mengurangkan capasiti sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan.

Jadi, lepas ni kurangkanlah makan makanan yang charcoal grill ni okay.. Kita panggang sendiri je guna kuali kat rumah tu tau.. Hehe...Bukan saja sedap tapi juga lebih sihat.  Yeay!


Untuk nasi impit dan kuah sate pun homemade juga tau. Hehe...Untuk resepi kuah sate saya yang mudah boleh rujuk kat link ni (kuah sate).

Untuk resepi nasi impit homemade pula boleh tengok kat link ni (nasi impit).

TIPS##

Masa perap sate tu letak sikit je garam dan gula dulu pun takpe, nanti bila nak panggang boleh tambah lagi gula dan garam kalau perlu.  Seeloknya sate biar manis sikit baru sedap.

Kalau nak buat sate daging, masa potong daging tu biar melawan arus urat supaya dagingnya lembut dan tak liat.  Bila kita potong melawan arus urat, kita akan leraikan ikatan actin dan myosin pada otot daging tu, jadi otot daging mengendur dan daging pun akan jadi lembut.  Tapi masa nak cucuk ketulan daging pada lidi pencucuk tu kalau payah cucuklah ikut arus urat pada daging tu, baru senang nak cucuk yea.

Selamat mencuba sate homemade yang sedap ni ! 😊😊😉

0 comments :

Post a Comment