Nasi Impit Homemade Mudah
Assalamualaikum wbt...
Apa khabar para pembaca?
Lama rasanya tak kemaskini blog saya ni. Banyak juga resepi-resepi yang saya ingin kongsikan di sini cuma akhir-akhir ni masa pula yang kurang mengizinkan. Sejak dua menjak ni berat badan pun dah bertambah. Bila tinggal saja diet dan senaman, berat pun mendadak je naik ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Tu la yang berlaku bila penyakit malas nak bersenam dan selera makan pula makin menjadi-jadi..Tapi syukurlah, sejak 3 tahun kebelakangan ni kami dah sangat jarang makan fast foods. Kalau tak dulu seminggu hampir 3 kali tau cheq take away. Hahaha..
Jadi bila weighing scale dah bagi signal tu, kenelah kurangkan sikit tabiat membaking dan kene tukar cara masak yang lebih sihat lagi. Tapi buat masa ni belum lah 100% takde gula, lemak dan simple carbs, memandangkan stok makanan lama masih ada dan perlu dihabiskan dulu. Jadi buat masa ni saya masih juga masak nasi putih di rumah, tapi saya makan sikit aje tau, hehe..masak tu pun untuk bekal hubby ke pejabat macam biasa. Lepas tu bila dah kurang pengambilan karbohidrat kenelah ambil protein, sayur dan buah-buahan lebih sikit untuk dapatkan tenaga.
Adui..termelarat pula citer pasal diet ni. Sebenarnya kali ni saya nak kongsikan resepi nasi impit home made yang tersangatlah mudah untuk membuatnya dengan menggunakan plastik yang TAHAN PANAS tau. Yang pasal plastik untuk dipakai ni mesti kene ambil berat untuk mengelakkan mara bahaya kepada kesihatan kita. Saya menggunakan plastik dengan kod no 2 iaitu plastik yang diperbuat daripada HDPE (high density polyethylene). Plastik ni dianggarkan selamat dan mempunyai risiko leaching yang rendah. Itu yang saya baca serba sedikit tentang plastic code ni. Tapi tak pula dijelaskan jika terkena suhu tinggi adakah ianya berbahaya? Wallahualam...Tawakal saja lah ya.
Saya membuat nasi impit ni untuk dipadankan dengan sate ayam dan tempe yang saya buat semalam. Kebetulan pula stok nasi impit segera takde di rumah, lepas tu malas pula nak ke kedai, itu yang buat sendiri ni. Sebenarnya ini kali pertama saya membuat nasi impit sendiri menggunakan plastik ni. Tapi hasilnya..Alhamdulillah..memang tak mengecewakan. Nasi impit ni lembut dan halus, tak terlalu lembik dan tak terlalu keras teksturnya.
Dulu pernah juga try buat nasi impit guna loyang. Agak leceh kerjanya tapi nasi impit saya langsung tak mampat dan masih berbiji padahal saya sentiasa kacau sewaktu nasinya dimasak dalam periuk dan saya tekan-tekan nasi tu betul-betul..Tapi tak juga menjadi nasi impit saya! Sejak tu memang seriklah nak buat nasi impit pakai loyang ni walaupun cara ni lah sepatutnya yang paling selamat dari segi kesihatan kan.
Tanpa membuang masa lagi, jom kita semak resepinya dulu.
Resepi Nasi Impit Homemade Mudah
Bahan-bahan:
3 Plastik yang sesuai untuk letak makanan (saya pakai yang 6 x 9 inch)
Beras secukupnya
Lidi pencucuk
Sealer
Garam
2 helai daun pandan (disimpul)
Air secukupnya untuk merebus nasi impit
Cara Penyediaan:
- Sukat beras ke dalam plastik memenuhi 1/3 daripada paras plastik yang akan di seal nanti.
- Seal atau bakar sedikit dengan lilin hujung plastik hingga beras tak boleh keluar.
- Cucuk-cucuk plastik yang berisi beras dengan lidi pencucuk.
- Basuh beras dalam plastik tu hingga bersih.
- Rebus nasi impit dalam periuk yang besar. Tambah sedikit garam dan daun pandan untuk menambah perisa dan kelazatan nasi impit anda.
- Rebus kira-kira 2 jam, bergantung kepada saiz dan jumlah nasi impit anda dan balik-balikkan nasi impit, tambah air jika perlu.
- Apabila nasi impit telahpun masak, angkat dan sejukkan dahulu sebelum dipotong.
Halus dan lembut je kan kejadiannya tu 💓💓💓 |
Dalam resepi nasi impit ni saya menggunakan beras Merbok dan hasilnya sangat awesome tau! Disebabkan saiz plastik yang saya gunakan agak besar, jadi walaupun cuma 3 ketul nasi impit, tapi hasilnya banyak. Lain kali kalau saya nak buat nasi impit lagi saya cuma perlu buat dua ketul saja. 😅😅😅
Kalau takde sealer dan malas nak seal hujung plastik tu dengan lilin, boleh juga kalau nak guna stapler. Ramai yang tak letak garam bila merebus nasi impit atau ketupat, tapi bagi saya, saya lebih suka kalau nasi impit atau ketupat saya tu ada rasa lemak garam, sebab walaupun di makan dengan lauk, nasi impit yang tak bergaram terasa tawar juga. Tapi soal letak garam ni terserah pada citarasa masing-masing okay. No harm ya..hehe
0 comments :
Post a Comment