Bihun Goreng Singapore Ringkas Dan Menyelerakan

Tuesday, 19 March 2019

Bihun Goreng Singapore Ringkas Dan Menyelerakan


Assalamualaikum wbt...


Buntu mencari idea untuk sarapan pagi dan jugak bekal anak dan suami ke sekolah dan pejabat?  Takde masa nak diperuntukkan untuk menyediakan menu masakan yang renyah dan ingin mencuba menu yang ringkas tapi sungguh menyelerakan?  Apa kata kita cuba masak bihun goreng Singapore yang ringkas dan menyelerakan ni.

Semenjak kali pertama Lyn makan bihun Singapore ni hati terus tertarik dan teruja nak makan lagi dan lagi.  Pertama - sebab kurang pedas kerana tak menggunakan cili kering.  Yang ni berita baik untuk pesakit gastrik atau yang jenis tak makan pedas.  Kedua - penyediaannya ringkas saja dan ketiga - walaupun dimakan waktu bihun ni dah sejuk rasanya masih jua maintain sedap.  Iye..betul..Hehe...Bihun goreng Singapore ni lebih kurang macam bihun sup versi kering la.  Bahan-bahan lebih kurang sama je cuma udang kering je takde kat bihun sup.

Bihun goreng Singapore ni keunikannya ialah penggunaan lada sulah atau sesetengah orang suka pakai lada hitam sebagai pelengkap rasa.  Bihun goreng Singapore ni jugak amat sesuai digunakan sebagai hidangan untuk majlis rumah terbuka, majlis hari jadi, jamuan makan-makan di pejabat, sebagai bekal dan jugak sebagai hidangan untuk berkelah. 


Kalau nak tau bihun goreng Singapore ni ada nama lain dia jugak tau.  Nama dia bihun putih, sebab warna dia yang putih..Hehehe..dah lama tak makan bihun goreng Singapore ni, so kejadian menggoreng bihun goreng Singapore ni berlaku hari Sabtu lepas..punye lah tamak kan, habis sepeket bihun tu Lyn lebur semua dalam kuali.  Lepas dah bekalkan hubby dengan 2 tupperware penuh dengan bihun goreng Singapore ni untuk bekalnya ke pejabat, masih berbaki banyak lagi di kuali.  Sudahnya sampai ke malam bayang bihun goreng Singapore ni masih kelihatan atas meja makan..Kihkih...😅😅😅

Rencah untuk bihun goreng Singapore ni bebas, boleh letak apa je sayur, daging atau seafoods yang sesuai.  Kalau boleh biarlah berwarna-warni sikit kan baru bebudak tertarik nak makan.  Kalau nak lebih sedap lagi tambah kiub ayam, confirm makan sepinggan nak lagi!  Jom semak resepi..

Bihun Goreng Singapore Ringkas Dan Menyelerakan

Bahan-bahan:

1 peket bihun (rendam)
1 kiub ayam
sedikit air
minyak untuk menumis
garam
gula

Bahan kisar/tumbuk:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 sudu kecil lada sulah biji/lada hitam
3 sudu besar udang kering (rendam dulu)

Bahan rencah:

1 keping dada ayam (potong dadu)
1/4 batang lobak merah - potong nipis memanjang
sawi - tak letak
udang  - tak letak
fish ball - tak letak
fish cake - tak letak
daun kucai - tak letak
taugeh - tak letak
kobis - tak letak

Bahan sampingan:

bawang goreng
hirisan daun sup dan daun bawang
hirisan lada besar merah
hirisan tauhu goreng
hirisan telur dadar
sambal kicap

Langkah Membuat:

  1. Rendam dulu bihun dalam air biasa.  Sementara tu boleh kisar atau tumbuk halus kesemua bahan kisar/tumbuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.  Masukkan sedikit air, kiub ayam, hirisan dada ayam, hirisan lobak merah dan batang sawi (kalau ada).  Reneh hingga ayam dan lobak lembut.  Lepas tu kalau ada udang, fish ball dan fish cake boleh masuk masa ni.
  3. Bila dah lembut semuanya baru perasakan dengan garam dan sedikit gula jika perlu.
  4. Masukkan bihun dan gaul rata hingga bihun lembut.  Kalau kurang air boleh tambah sedikit air.  
  5. Akhir sekali masukkan sayur lain seperti daun sawi, daun kuchai, kobis dan taugeh.

#TIPS#

Kalau nak cantik warna bihun goreng Singapore tu pakai lah bawang merah yang warna cerah bukan bawang ros sebab warnanya agak gelap dan boleh mencacatkan warna bihun goreng Singapore anda yang putih berseri tu.  Bawang merah atau bawang kecil ni yang akan bagi rasa sebenarnya bukannya bawang besar.  Bawang besar pelengkap saja.  Kalau tak nak letak bawang besar pun takpe.

Untuk bawang goreng, Lyn sediakan sendiri yang homemade, tak pakai yang ready made punya.  Kalau nak rujuk cara-cara membuat bawang goreng home made yang rangup dan sedap boleh rujuk di entry ni (bawang goreng rangup).

Bihun goreng Singapore ni jugak amat sesuai jika dihidangkan bersama sambal kicap atau kicap cair letak cili padi hiris.  Tai kami lagi suka sambal kicap yang likat dan ori.  Kalau nak cuba resepi sambal kicap Lyn boleh tengok kat sini (sambal kicap).  Bahan basic yang kena ada kalau buat sambal kicap ni mestilah cili padi, bawang putih, kicap, gula, garam dan sedikit air.  Kalau nak tahan lama boleh masak sebentar.  Kalau nak sambal kicap anda likat, gula dan kicap kena letak banyak lepas tu masak kejap atas api bagi gula betul-betul larut dan caramelized. 



Perhatian!  Kejadian bihun goreng Singapore kalau mengikut resepi di atas memang banyak, boleh hidang untuk 5 ke 6 orang makan.  Jadi, sila adjust bahan-bahan yea.

Selamat mencuba!




0 comments :

Post a Comment