Cara-cara Membuat Bawang Goreng Rangup

Thursday, 13 September 2018

Cara-cara Membuat Bawang Goreng Rangup






Ape jua makanan, terutama sup, mee, soto, nasi goreng dan macam-macam lagi memang tak terangkat kalau takde bawang goreng. Betul tak?

Kebanyakannya malas nak sediakan bawang goreng sendiri dan end up beli bawang goreng ready made je di pasaraya. Mudah dan cepat, tapi rasanya pulak?? Hmmm..

Saya pernah sekali beli je bawang goreng di pasaraya sepeket, kononnya malas nak bazir bawang merah untuk buat bawang goreng ni. Last-last memang hampa, rasanya sedikit hapak. Mungkin bawang goreng tu dah lama tapi masih belum capai tarikh luput lagi tau.

Jadi, apa kata kita buat je stok bawang goreng sendiri di rumah, lagi sedap dan lagi puas hati. Buat banyak lepas tu simpan dalam bekas kedap udara dan masuk dalam peti ais. Bila nak guna tinggal tabur je. Hehehe..

Saya memang selalu buat stok bawang goreng ni sebab selalu masak menu berasaskan sup. Tu yang kene simpan stok tu. Leceh la kalau setiap kali nak buat bawang goreng. Memang berendam air mata tak sudah la setiap kali kupas dan hiris bawang merah tatkala nak menyediakan bawang goreng ni
>.<

Saya nak kongsikan macam mana nak hasilkan bawang goreng yang rangup dan sedap ni.

Jom semak bahan-bahannya:

Bahan-bahan Bawang Goreng Rangup:

Bawang merah secukupnya
Tepung jagung secukupnya untuk menyalut
Garam
Gula
Minyak yang banyak untuk menggoreng bawang

Lepas digaul dengan tepung jagung 



So, nak buat apa lepas tu?

Hiris nipis bawang merah. Pastikan bawang kering dan tiada air.
Panaskan minyak.
Gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Jangan masukkan gula dulu.
Bila minyak dah betul-betul panas, bila dah nak gorengkan bawang baru masukkan gula, agak-agak la..jangan sikit sangat dan jangan banyak sangat!
Goreng bawang dengan api sederhana dan selalu kacau supaya bawang masak dengan rata dan sempurna.
Angkat dan toskan.
Bila dah betul-betul sejuk simpan dalam bekas kedap udara.



Sedia digunakan bila-bila masa..Yeay!

Mudah je penyediaannya kan? Bawang goreng saya ni selalu dapat pujian keluarga dan saudara mara sebab kerangupan dan kelazatannya. Hehehe (masuk bakul angkat sendiri  >.<)




0 comments :

Post a Comment