Mee Rebus Asli Johor
Mee rebus, salah satu menu signature yang popular terutamanya di negeri Johor selain soto, kacang pool dan mee bandung. Mee rebus mempunyai rasa yang unik, dan kuahnya diperbuat dari stok daging, udang kering, bawang, halia, rempah kari dan keledek oren yang direbus dan dikisar halus. Kuah mee rebus ini tidak pedas, atau pedas sedikti saja dan rasanya agak manis dan pekat.
Salah satu bahan rahsia yang membuatkan kuah mee rebus ini semakin sedap ialah dengan menambah taucu manis. Taucu manis akan melengkapkan rasa kuah mee rebus. Resepi mee rebus ini ialah resepi mee rebus asli Johor, tanpa menggunakan sos tomato atau bahan perasa lain seperti kacang tanah dan sebagainya.
Tonton Video Tutorial di Sini :
Untuk menyediakan kuah mee rebus, mula-mula kita perlu sediakan stok dagingnya terlebih dahulu. Stok daging ini boleh disediakan dengan cara merebus daging lembu yang telah dipotong menjadi ketulan lebih kecil bersama sedikit garam dan hirisan halia sehingga daging lembut. Masa merebus daging ini bergantung kepada kualiti daging yang digunakan ya, kalau pakai daging Allana tu perlu lebihkan waktu merebus daging supaya daging tidak liat dan lembut saja ketika dinikmati.
Komponen mee rebus ini terdiri daripada :
- Kuah mee rebus
- Mee kuning yang telah dicelur
- Cucur rangup
- Bawang goreng
- Telur rebus dibelah dua
- Tauhu goreng yang digoreng dan dihiris nipis
- Hirisan cili merah & hijau
- Taugeh yang telah dicelur
- Hirisan daun sup dan daun bawang
- Limau kasturi
- Sayuran yang telah dicelur seperti sawi dan lobak merah jika suka
Cara Penyimpanan Kuah Mee Rebus :
- Kuah mee rebus boleh disediakan terlebih dahulu, dan boleh disimpan di dalam freezer. Masukkan kuah mee rebus ke dalam bekas bertutup, agak-agak untuk sekali hidangan setiap bekas dan simpan di dalam freezer.
- Untuk memanaskan kuah mee rebus, boleh keluarkan kuah dan biarkan di ruangan chiller semalaman supaya kuah perlahan mencair, atau keluarkan dari freezer dan biarkan pada suhu bilik selama 3 ke 4 jam. Setelah cair, panaskan semula di atas dapur seperti biasa.
Mee Rebus Asli Johor
BAHAN-BAHAN
Kuah Mee Rebus :
Cucur Rangup :
Bawang Goreng :
Bahan Sampingan :
CARA MEMBUAT
Kuah Mee Rebus :
- Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan ketulan daging, hirisan halia dan garam. Kacau sebati, tutup periuk dan reneh dengan api sederhana selama 20 minit, atau sehingga daging empuk.
- Sementara itu, siapkan bahan kisar. Kisar halus bawang besar yang telah dihiris kasar, bawang merah, bawang putih ,halia, udang kering yang telah direndam dan air secukupnya.
- Siapkan pes kari dengan mencampur sebati antara serbuk kari dengan air. Ketepikan.
- Kisar halus keledek oren bersama taucu manis dan air secukupnya. Ketepikan.
- Selepas 20 minit, atau setelah daging empuk, keluarkan daging dan hiris nipis. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam periuk. setelah panas, tumis serai dan lengkuas yang telah diketuk sehingga harum.
- Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga airnya susut sedikit.
- Masukkan pes cili kering dan tumis sehingga rempah garing.
- Masukkan pes kari dan tumis lagi sehingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan pes keledek, stok daging dan air. Didihkan kuah.
- Masukkan hirisan daging rebus, gula, garam dan asam gelugor.
- Reneh sebentar supaya sebati, kemudian padamkan api.
- Keluarkan asam gelugor supaya kuah tidak terlalu masam.
Cucur Rangup :
- Di dalam sebuah mangkuk, campur bersama tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, udang kering yang direndam dan ditumbuk halus, serbuk kunyit dan garam.
- Tuang air secara bertahap sehingga adunan tidak berketul. Kepekatan adunan lebih cair dari adunan untuk pisang goreng ya.
- Panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali.
- Setelah minyak cukup panas, renjis-renjiskan adunan cucur menggunakan hujung sudu. Jangan letak terlalu banyak supaya cucur tidak melekat antara satu sama lain.
- Goreng dengan api sederhana sehingga cucur menjadi garing dan rangup.
- Setelah masak, angkat dan toskan.
- Simpan dalam bekas kedap udara setelah sejuk.
Bawang Goreng :
- Gaul bersama hirisan bawang merah dan bawang putih bersama gula, garam dan tepung jagung.
- Panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali.
- Setelah minyak panas, goreng bawang dengan api sederhana sehingga berwarna kecoklatan. Kacau selalu supaya bawang masak dengan sekata dan tidak hangus.
- Setelah garing, angkat dan toskan.
- Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
CARA MENGHIDANG MEE REBUS :
- Letakkan mee kuning yang telah dicelur di dalam pinggan/ mangkuk penghidang.
- Tuang kuah mee rebus sehingga menutupi mee.
- Hias dengan hirisan tauhu goreng, telur rebus yang dibelah dua, limau sambal dan sayuran yang dicelur.
- Tabur hirisan daun sup dan daun bawang, bawang goreng, hirisan cili merah dan hijau.
- Akhir sekali, tabur cucur rangup.
- Mee rebus sedia untuk dihidang.
0 comments :
Post a Comment