Nasi Kunyit Dengan Ayam Percik Kelantan

Tuesday, 23 July 2019

Nasi Kunyit Dengan Ayam Percik Kelantan





Assalamualaikum...

Bangun je pangi tadi terus bersemangat je nak siapkan breakfast dan menu untuk makan tengahari dan menu lunch box Mister Hubby.
Sejak semalam dah terfikir nak masak nasi kunyit untuk tengah hari ni.
Pada asalnya Lyn plan nak masak nasi kerabu tapi ulam-ulaman seperti taugeh, bunga kantan, kobis putih dan kacang panjang lupa pulak nak beli.
Alih-alih tukar rancangan...tu yang masak nasi kunyit tu.

Nasi kunyit ni lain dari pulut kuning tau walaupun penggunaan bahan-bahan hampir sama.
Pertama - penggunaan beras tu sendiri.
Pulut kuning, seperti sedia maklum menggunakan beras pulut yang direndam semalaman atau paling kurang 2 jam dengan air kunyit kemudian baru dicampur dengan santan, garam dan daun pandan.
Manakala, nasi kunyit ni hanya menggunakan beras biasa, kalau suka nak pakai beras wangi atau beras basmathi pun boleh.

Mula-mula Lyn ingatkan nak masak nasi kunyit yang cuma letak serbuk kunyit sikit, garam dan daun pandan.
Selepas mengGoogle resepi, rupanya banyak resepi nasi kunyit.
Lepas belek-belek sikit, intai-intai resepi mana yang berkenan, akhirnya Lyn terpikat dengan resepi nasi kunyit dari Kak Azlita Masam Manis.
Resepinya nampak sedap ditambah pulak dengan kemahiran fotografinya yang hebat tu.
Lagi la buat kita yang melihat ni terliur kan...hehe

Nasi kunyit ni dimasak bersama santan, daun pandan, serai, halia, dan sudah semestinya jus kunyit.
Rasanya yang lemak amat sesuai dimakan dengan pelbagai juadah seperti ayam percik, ayam masak merah, kari, sambal udang dan sebagainya.
Dan Lyn padankan nasi kunyit ni dengan ayam percik.
Suka sangat makan ayam percik ni dan penyediaannya pun tak susah.
Ayam tu kalau nak lebih sedap perap dulu semalaman dengan halia dan bawang putih.
Lyn tak letak bawang merah kalau memerap ayam.
Garam jangan letak dulu takut kering pulak jus dalam daging ayam tu nanti.
Bila dah ready nak panggang baru letak garam.



Jom kita semak resepi.

Nasi Kunyit

Rujukan : Kak Azlita Masam Manis
Jenis Hidangan : Masakan Melayu
Saiz Hidangan : 4 ke 5 orang

Untuk bahagian nasi kunyit bahan-bahan dan cara penyediaan adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

2 cawan beras biasa - cuci
2 helai daun pandan - simpul
1 batang serai - titik
1 inci halia - hiris nipis
2 inci kunyit hidup 
3 cawan air
1/2 cawan santan - Lyn pakai KARA
1 sudu teh garam

Kisar halus kunyit hidup dengan 3 cawan air.  Tapis dan ambil jusnya saja.
Campurkan kesemua bahan dalam periuk nasi. Kacau rata dan masak nasi seperti biasa.





Ayam Percik 

Jenis Hidangan : Masakan Kelantan/ Melayu
Saiz Hidangan : 4 orang

Bahan perap ayam:

4 ketul ayam
2 ulas bawang putih
1 cm halia

Tumbuk halus bawang putih dan halia.
Gaul rata bersama ayam.
Perap ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam di dalam bekas kedap udara.




Kuah percik:

5 ulas bawang merah *
1 inci halia *
2 ulas bawang putih *
10 batang cili kering - rebus dan buang biji *
2 batang serai - hiris nipis*
Anggaran 2 cawan air
1/2 kotak kecil santan
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 keping asam keping


Kisar halus kesemua bahan bertanda *.
Masukkan bahan kisar dalam periuk/kuali.
Tambah air, garam, gula dan reneh hingga mendidih.
Masukkan santan dan asam keping dan reneh dengan api perlahan hingga kuah agak pekat.


Cara Memanggang Ayam Percik:

Campur kuah percik ke dalam ayam perap

Lyn panggang guna double sided pan


Defrost ayam yang diperap dalam freezer dulu.
Kemudian campurkan dengan dua senduk kuah percik dan sedikit garam.
Panggang menggunakan pemanggang atau non-stick pan sehingga bahagian luar kelihatan garing menggunakan api sederhana.  Tutup non-stick pan untuk memerangkap wap supaya ayam mudah lembut.  Kalau ada double-sided pan lagi bagus.
Bila ayam dah siap dipanggang, gaul rata dengan kuah percik.






0 comments :

Post a Comment