Kuew Teow Kung Fu Seafood Mudah

Tuesday 9 July 2019

Kuew Teow Kung Fu Seafood Mudah




Assalamualaikum...

Dah lama tak masak menu berasaskan kuew teow ni.
Malam semalam tiba-tiba tekak ni teringin pulak nak makan kuew teow kung fu.
Dulu masa zaman study memang rajin betul beli kuew teow kung fu kat restoran depan rumah kedai yang Lyn sewa di Seksyen 13 tu.
Sedap kuew teow kung fu abang tu buat.  Hihi..
Sampai ketagih!

Kuew teow kung fu ni jangan keliru dengan kuew teow ladna.
Kuahnya hampir sama je tapi cara goreng kew teow tu yang lain sikit.
Kuew teow kung fu menggunakan telur yang digoreng bersama kuew teow sementara kuew teow ladna pulak kuew teownya digaul dengan sedikit kicap dan digoreng.
Itu je bezanya.
Jadi kalau agak-agak tak mau makan telur buat kuew teow ladna okey.

Lyn masak kuew teow kung fu untuk dinner kami malam tadi.
Memang masak lebih kuahnya untuk di carry forward untuk breakfast hubby pagi tadi.
Sebelum pergi kerja memang Lyn paksa hubby Lyn isi perut dulu.
Kemudian bawakkan snek ringan dan jugak lunch box.
Snek ringan tu boleh buat makan masa on the way balik rumah, duduk dalam kereta bila rasa boring boleh mengunyah sambil isi perut sekali sebelum sampai rumah.
Haih...bonda Lyn siap cakap lagi cara Lyn jaga suami dah macam jaga anak dah.
Hmm...ape-ape je lah asal bahagia! 😆
Nak buat macam mana dah jadik tabiat Lyn suka jaga perut keluarga, bila perut kenyang kan hati pun senang.  Hihi..
Lagipun Lyn pun pernah merasa camne bila dalam kereta on the way balik rumah perut berkeroncong lapar, tu yang bila bawak kereta ganas semacam je kat highway tu.
Bak kata pepatah, " A hungry man is an angry man."  😆😆

Sebelum ni Lyn pernah kongsikan resepi kung fu telur dadar yang menggunakan dada ayam sebagai rencah utama.
Kalau tak salah Lyn takde letak seafood dalam resepi kung fu yang pernah Lyn kongsikan sebelum ni.
Tapi kali ni memandangkan Lyn buat kuew teow kung fu seafood, maka udang dan sotong lah yang menjadi bahan rencah utama.
Sebenarnya, dalam apa jua resepi ala carte macam mee goreng ke, nasi goreng ke memang sedap kalau ada dua bahan ni - udang dan jugak sotong.
Tapi kalau agak-agak kerap sangat makan udang dan sotong ni kena limitkan yea, sebab dua seafoods ni antara yang tertinggi kandungan sodium, cholesterol dan purine.
Sebab tu la di rumah kami ni jarang-jarang beli seafoods kecuali ikan.
Lagipun kalau makan seafoods hari-hari belum sampai hujung bulan poket dah nipis pulak kang.  Huhu..

Tanpa membuang masa jom kita semak resepi kuew teow kung fu yang mudah dan sedap ni.


Kuew Teow Kung Fu Seafood Mudah

Kategori Masakan : Ala Carte
Saiz Hidangan : 5 orang

Untuk Kuew Teow:

1 bungkus kuew teow 500 gram - bahagi 5 bahagian
4 biji telur Gred A 
1 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh garam halus
minyak masak secukupnya


Kuew teow selepas digaul rata dengan adunan telur
Tekan sedikit menggunakan spatula tahan panas atau sudip kayu untuk meleperkan kuew teow supaya nipis.
Ni la rupenya kuew teow yang telah masak


Pecahkan telur dalam mangkuk.
Masukkan serbuk lada sulah dan garam halus.  Pukul ringan.
Di dalam mangkuk lain, ambil 1 bahagian kuew teow dan tuang adunan telur sedikit, cukup sekadar menyalut kuew teow.  Gaul rata.
Panaskan kuali non- stick dan tuang sedikit minyak.
Masukkan campuran kuew teow dan telur tadi dan goreng hingga sedikit garing.
Buat macam goreng telur dadar atau murtabak telur tu.
Angkat dan letak dalam pinggan.
Ulangi langkah untuk bahagian kuew teow yang lain.
Buat sampai habis.

Untuk Kung Fu:

20 ekor udang saiz sederhana - asingkan kepala dan kulit di bahagian badan
10 ekor sotong saiz sederhana - potong tiga dan rebus sebentar dengan sedikit air
1/2 kiub ayam
1/4 batang lobak merah - belah dua dan hiris serong
1/4 cauliflower - potong kecil
1 peket (dalam 10 batang) jagung muda- belah dua
1 liter stok udang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar membukit tepung jagung - bancuh dengan air
garam secukupnya
6 batang cili padi hijau - ketuk
1 batang fish cake - hiris nipis - optional
4 ulas bawang putih - ketuk
sedikit minyak untuk menumis

Ambil kepala dan kulit udang.  Cuci bersih dan rebus dengan 1 liter air.
Tapis dan buang kulit dan kepalanya.
Panaskan minyak dalam periuk.  Tumis bawang putih hingga keperangan kemudian masukkan stok udang dan kiub ayam.  Bairkan mendidih.
Masukkan lobak merah, fish cake, sos tiram, cili padi, cauliflower, jagung muda, sotong yang dah direbus sebentar dan udang.
Perasakan dengan garam.
Bila sayur dah lembut baru masukkan bancuhan air tepung jagung.
Kacau sebentar dan boleh dihidang.


Kuah kung fu yang baru masak

Cara Menghidang:

Tuang kuah kung fu ke atas kuew teow yang dah digoreng bersama telur.
Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang.
Kalau suka boleh perahkan sedikit limau sambal.




0 comments :

Post a Comment