Kek Mentega aka Butter Cake Dengan Blackcurrant

Wednesday, 3 July 2019

Kek Mentega aka Butter Cake Dengan Blackcurrant





Assalamualaikum...

Sihat ke semua hari ni?
Sejak dua menjak ni ramai yang diseran penyakit batuk, demam dan selsema.
Begitu jugaklah dengan di sini..huhu...
Sejak dua hari lepas suhu badan Lyn dah mula turun naik, badan seram sejuk je..
Bila bangun pagi kerongkong ni rasa perit betul.
Alahai..ingatkan nak bertahan tak mau makan ubat tapi akhirnya kecundang jua.
Terpaksa jugak ambil ubat sebab tau mau sakit lama-lama.
Bila badan tak sihat mulalah asyik letih dan lesu je.
Nak tulis entry pun otak ni tepu je tak leh nak absord info lebih-lebih lagi bila buat entry untuk health blog Lyn.

Owh ya...kengkawan kalau rajin sudi-sudikanlah singgah di blog kesihatan Lyn di link ni yea 😉
https://wordpress.com/view/myhealthhypothesis.wordpress.com
Nanti Lyn bagi hadiah dengan berkongsi lebih banyak resepi menarik yea.. Hihi..

Petang tadi Lyn buat kek mentega atas permintaan bonda Lyn yang on the way ke rumah kami petang ni.
Dah lama tak datang rumah rindu nak ke rumah kami katanya.
Sambil tu anak dia yang kaki masak ni pun busy seharian siapkan kuih muih dan makanan kegemaran bonda.
Lenguh-lenguh bahu dan kejang-kejang kaki ni tunggang langgang kat dapur, tapi bila terbayang riak wajah gembira bonda yang happy makan makanan favorite dia terus jadi semangat.
Setakat sediakan makanan apa yang susah, sebab tu la Lyn suka masak sebab Lyn rasa happy kalau orang yang Lyn jamu makan tu suka dengan juadah yang Lyn sediakan.
Dulu pernah bercita-cita nak ambik kos culinary lepas habis SPM, pastu alih-alih sambung aliran sains jugak.
Takde rezeki nak jadi chef bertauliah so jadik chef amateur je la nampak gayanya,

Baiklah, berbalik pada topik kek mentega tadi.
Bonda Lyn ni suka kek mentega yang kosong je tanpa susu atau jus lemon.
Just mentega/marjerin, gula, telur, vanilla, tepung dan baking powder.
Tapi disebabkan Lyn ada stok blackcurrant kering, Lyn campurkan sekali dalam kek mentega tu.
Selalunya kalau buat Lyn suka pakai mentega SCS atau Anchor, tapi kali ni bonda pulak request nak kek mentega yang pakai marjerin jenama Adela.
Okay, request fullfilled.
Lyn sebelum ni belum pernah lagi beli marjerin Adela.
Ni baru pertama kali nak cuba.




Basic untuk kek mentega atau butter cake ni ialah untuk setiap sebiji telur Gred A, jumlah mentega, gula dan tepungnya ialah 50 gram.
Macam tu je.
So, kalau nak buat kek pakai 5 biji telur jumlah mentega, gula dan tepung yang diperlukan ialah 250 gram.
Okay, tersangat mudahkan macam ABC.
Kalau nak letak perisa oren ke, strawberry ke letak je esen.
Tapi kalau buat kek coklat tak boleh pakai formula ni tau.
Sebab kek coklat tu serbuk koko, jadi sukatan gula kena lebihkan kalau tak pahit pulak kek tu nanti.
Tambahan pula kek coklat biasanya memerlukan baking soda untuk menghitamkan warna kek tu.
Baking soda rasanya pahit sebab tu lah jangan sampai terlebih letak.



Tanpa membuang masa jom kita semak semula resepi.

Kek Mentega @ Butter Cake Dengan Blackcurrant

250 gram mentega/marjerin
250 gram gula halus - Lyn kurangkan sukatan ke 210 gram je
secubit gatam halus
5 biji telur Gred A
1 sudu teh esen Vanilla
1 1/2 sudu teh baking powder
250 gram tepung gandum
1/2 cawan blackcurrant kering


Butter cake - sebelum masuk oven


Panaskan oven bersuhu 180℃ selama 5 hingga 10 minit.

Alas loyang segiempat bersaiz 8x8 inch dengan baking paper dan sapukan sedikit mentega/marjerin.

Ayak tepung gandum dan baking powder.  Masukkan blackcurrant dan gaul rata.  Ketepikan.

Pukul mentega/marjerin dengan gula dengan kelajuan maximum sehingga kembang dan berkrim.

Perlahankan kelajuan mixer dan tuangkan esen Vanilla dan masukkan telur sebiji demi sebiji.

Pukul lagi dengan kelajuan maximum dalam 1 hingga 2 minit.

Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik adunan menggunakan spatula.

Tak perlu gaul terlalu lama cukup sekadar kesemua bahan bercampur rata.

Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan menggunakan spatula.

Hentak perlahan sebanyak 3 kali untuk memadatkan adunan.

Taburkan baki blackcurrant di atas kek.

Bakar selama 1 jam 30 minit api atas bawah atau sehingga kek tak melekat bila dicucuk dengan lidi pencucuk.

Terbalikkan kek di atas redai dan tunggu sehingga kek sejuk baru dipotong.




#NOTA#

Untuk menghilangkan bau hanyir telur, seeloknya gunakan telur baru dan buang lendir yang melekat pada kuning telur.  Itulah punca bau hanyir tu.

Jangan buka tutup pintu oven sewaktu kek sedang dibakar.
Kalau nak check sama ada kek dah masak atau belum perlu tunggu selepas 30 minit baru boleh buka pintu oven.

Lepas tabur blackcurrant di atas kek, jangan hentak loyang kek lagi supaya blackcurrant tak mendap ke bawah sewaktu sedang dibakar.




Selamat Mencuba!

0 comments :

Post a Comment