Ayam Masak Merah Mudah (Tanpa 4 Sekawan)

Monday, 8 July 2019

Ayam Masak Merah Mudah (Tanpa 4 Sekawan)





Assalamualaikum..

Biasanya kalau kita pergi kenduri kawin, lauk ayam masak merahlah yang menjadi salah satu menu utama.
Ayam masak merah ni menu yang universal, dan sangat sesuai kalau dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan nasi impit.
Untuk cicah dengan roti pun sedap jugak.
Kuah ayam masak merah rasanya pedas-pedas manis.

Biasanya kalau nak sediakan ayam masak merah ni, rempah utama ialah empat sekawan - cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
Bahan lain termasuklah cili kering, sos cili, sos tomato, sos tiram dan bahan-bahan kisar.
Tapi kali ni Lyn buat ayam masak merah tanpa empat sekawan ni.
Dua bulan lepas beli kacang peas yang dalam tin tu dan jugak tomato puri.
Jadi, bila buat ayam masak merah ni Lyn masukkan kacang peas dalam tin tu sementara tomato puri Lyn gunakan untuk buat nasi tomato untuk dimakan bersama ayam masak merah ni.

Dulu, masa zaman bujang Lyn memang rajin beli kacang peas dalam tin tu sebab suka makan gitu je, buat snek sambil tengok tv.
Sampai kuah dia sekali Lyn makan.
Punyalah suka..
Tapi sekarang kegilaan mengunyah kacang peas dalam tin dah memudar.
Tu yang tersimpan je tak berusik dalam almari tu.
Nasib baiklah tiba-tiba muncul pulak idea nak masak ayam masak merah ni.



Lyn masak ayam masak merah ni menggunakan ayam yang bahagian isi.
Sebenarnya, dua hari lepas Lyn ada masak ayam masak merah ni untuk dibawa pulang ke kampung sebab hanar bonda balik rumah.
Bonda Lyn tak boleh tinggal lama kat rumah Lyn sebabnya nanti rindu kat rumah, ayam dan kucing katanya.
Ye lah, ikutkan je la kan.
Lagipun kalau mak ayah dah biasa duduk suasana kampung mana selesa kalau nak ajak tinggal di bandar.
Lebih-lebih lagi kalau rumah yang tak jejak tanah macam rumah Lyn ni.  Hihi..
So, ayam yang bahagian peha dan kepak Lyn dah masakkan untuk bawak balik kampung.
Bakinya Lyn masak untuk kami laki bini ni.  Hehe..

Kepada sesiapa yang nak cuba masak ayam masak merah tanpa empat sekawan ni bolehlah mencuba resepi ni yea.
Walaupun takde empat sekawan, rasanya tetap sedap lebih-lebih lagi bagi yang tak berapa biasa makan spices ni.

Untuk ayam, Lyn goreng menggunakan air fryer je.
Sebenarnya air fryer ni kami dapat as a free gift masa buat kabinet dapur tahun lepas.
Dorang bagi pilihan nak vacum atau air fryer, so Lyn terus pilih air fryer.  Kihkih.
Jimat dah duit tak yah beli sendiri.
Rezeki jugak tu kan...Alhamdulillah...



Resepi Ayam Masak Merah Mudah

Kategori Masakan : Masakan Melayu
Saiz Hidangan : 5 orang

Untuk Penyediaan Ayam:

8 ketul ayam potong kecil
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk kunyit

Gaul rata ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
Boleh goreng menggunakan air fryer atau goreng menggunakan minyak sehingga separuh garing.
Angkat dan ketepikan.


Ayam sebelum digoreng dalam air fryer

Gini la rupenya selepas digoreng.  Hihi

Untuk Penyediaan Kuah Masak Merah:

15 tangkai cili kering *- rebus dan buang biji
3 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 batang serai  - belah dua dan ketuk
1 inci lengkuas - ketuk
1 biji bawang besar - potong bulat
sedikit air
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 tin kecil kacang peas dalam tin - buang airnya
1 sudu besar gula pasir
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan sampingan (untuk tabur):

Hirisan daun sup dan daun bawang

Kisar halus bahan bertanda *.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai dan lengkuas hingga naik bau kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan air, sos, gula dan garam secukupnya.
Biarkan kuah pekat sedikit baru masukkan hirisan bawang besar, ayam yang telah digoreng dan kacang peas.
Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang.
Sedia dihidang.


Makan ayam masak merah dengan nasi tomato..

Kalau nak tau cara-cara menyediakan nasi tomato yang mudah ala kenduri gitu, boleh semak kat link ni yea.

Selamat Mencuba!

0 comments :

Post a Comment