Fillet Ikan Dori Goreng Bersama Kuah Sweet Sour
Assalamualaikum....
Masak apa untuk dinner malam ni?
Hari ni Lyn masak fillet ikan dori yang digoreng bersama rempah dan Lyn padankan dengan kuah sweet sour.
Hari ni tak masak banyak sebab lauk semalam campur dengan lauk yang bonda bekalkan dari kampung pun masih ada.
Hubby Lyn jenis yang tak cerewet tentang makan ni.
Lauk semalam pun dia boleh telan lagi asal kita panaskan nak la dia makan.
Peminat ikan dori fillet di luar sana yang belum pernah mencuba menu ikan dori goreng cicah kuah sweet sour ni boleh la mencuba resepi ni.
Untuk adunan tepung goreng fillet ikan dori ni Lyn tambahkan sedikit rempah ratus sebagai penambah perisa dah juga khasiat. Hehe..
Untuk kuah sweet sour tu macam sweet sour yang biasa kita masak tu cuma Lyn tak letak sos ikan sebab memang tak pernah simpan sos ikan kat rumah.
Entah la..setiap kali shopping, bila Lyn nak ambik botol sos ikan hubby Lyn macam kurang suka pulak.
Katanya, tak payahla pakai sos ikan semua tu, I lagi suka you masak yang biasa je.
Haih...okey bos! Turutkan je la kan.
Tu yang tak pernah beli tu.
Tapi sewaktu Lyn masih anak dara dan tinggal dengan bonda pun, kami memang tak biasa masak pakai sos ikan.
Sos yang biasa kami pakai ialah sos tiram, sos cili dan sos tomato.
Tu je tiga jenis sos yang kami pakai.
Untuk fillet ikan dori ni Lyn pakai sepeket yang ada dua keping fillet. Satu fillet saiz besar dan satu lagi saiz sedang.
Sementara untuk kuah sweet sour pulak, bahan-bahan campurannya hanya sekadar apa yang ada saja di rumah.
Sebenarnya kuah sweet sour ni sangat sempurna kalau ada nenas.
Betul tak?
Tapi Lyn takde nenas kat rumah semua dah habis dibuat jem nenas untuk tart tempoh hari.
Nasib baik ada capsicum, lobak merah dan timun.
Boleh la kan daripada kosong je kuah tu.
Hehe...
Fillet Ikan Dori Goreng Bersama Kuah Sweet Sour
Bahan Untuk Adunan Tepung Salut Ikan Dori
2 keping fillet ikan dori - bersihkan dan potong kecil
5 sudu besar membukit tepung gandum
1 sudu besar membukit tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh paprika
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kunyit
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 sudu teh baking powder
Anggaran 1/2 cawan air
Satukan kesemua bahan kering di atas kecuali fillet ikan dori dan gaul rata.
Tambah air sedikit demi sedikit supaya adunan tak menjadi terlalu cair.
Sebaiknya biarkan adunan sedikit pekat.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
Celup fillet ikan dori satu per satu ke dalam adunan tepung dan goreng apabila minyak telah betul-betul panas.
Goreng sehingga warna kuning keemasan.
Angkat dan toskan.
Bahan Untuk Kuah Sweet Sour
1/2 bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 inci halia - cincang halus
3 sudu besar cili kering kisar
1/2 cawan air
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1/2 biji capsicum - potong kecil
1 batang timun jepun - belah 4 dan potong kecil
1 batang kecil lobak merah - potong kiub
minyak untuk menumis
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga rempah garing dan pecah minyak.
Masukkan air, sos tiram, sos cili, sos tomato, capsicum, lobak merah dan timun.
Perasakan dengan garam dan gula dan reneh sebentar sehingga sayur campuran agak lembut.
Jemput makan...yum! |
0 comments :
Post a Comment