Resepi Inti Atau Jem Nenas Homemade Mudah

Thursday 13 June 2019

Resepi Inti Atau Jem Nenas Homemade Mudah




Assalamualaikum...

Hari ni Lyn buat jem nenas untuk inti tart nenas bagi menyiapkan tempahan open faced tart nenas untuk customer Lyn.
Biasanya Lyn akan buat tart nenas gulung dan jugak open faced untuk customers.
Jem nenas untuk tart nenas gulung biasanya Lyn akan buat pekat sikit inti jem nenas tu.
Maknanya Lyn akan masak sampai jem nenas pekat pakai api kecil supaya tak hangus dan kena kacau sentiasa.
Kalau tart nenas yang open faced , jem nenasnya Lyn buat basah sikit supaya senang nak sumbat kat lubang pada tart tu.
Customer Chinese Lyn ni kebanyakannya suka tart nenas yang open faced.
Dorang lebih suka rupa tart nenas yang nampak filling nenas kat atasnya.


Jem nenas yang Lyn buat ni menggunakan nenas moris muda, yang masih hijau lagi.
Jem nenas yang dibuat menggunakan nenas muda ni air tak banyak sangat dan of course rasa masamnya pun lebih.
Tapi disebabkan customer Lyn request nak jem nenas yang sweet and sourly, nenas muda la yang paling sesuai.
Lagipun kalau pakai nenas yang dah masak, kerja memarut nenas akan lebih sukar sebab isi nenas dah lembut, apatah lagi kalau pakai nenas yang terlebih masak tu.
Lagi susah nak parut.

Lyn takde pemarut untuk parut nenas ni, so Lyn pakai blender je.
Campur sikit air agak-agak blender tu boleh pusing dah okey la.
Tapi kalau anda suka jem nenas yang nampak urat-urat nenas tu sila guna pemarut yea.
Kalau pakai blender macam Lyn ni tekstur nenas akan jadi halus.
Takpe lah asalkan rasa sedap.

[UPDATED ON : 19/11/2020]:

Untuk mendapatkan resepi tart nenas open faced versi tanpa telur, boleh rujuk di blog post Lyn menerusi link ni:
https://thebutterybites.blogspot.com/2020/11/tart-nenas-tanpa-telur-jem-nenas-homemade.html

Untuk menonton video step-by-step tutorialnya beserta dengan cara membuat jem nenas ni, tonton video di bawah ni:




Okey, seperti yang kita sedia maklum, kebiasaannya kalau kita cari resepi jem atau inti nenas ni di Google, kebanyakan resepi jem nenas ni ada mencampurkan kulit kayu manis, sebahagiannya letak cengkih dan daun pandan untuk menambah keenakan rasa jem nenas homemade ni.
Tapi, Lyn pulak bila buat sendiri jem nenas ni, Lyn memang tak letak kulit kayu manis sebab kebanyakan customer Lyn kurang gemar inti nenas yang berbau rempah.
Sebaliknya, Lyn tambah sebiji jus perahan limau nipis sebagai penyedap rasa jem nenas homemade ni.
Inilah petua bonda Lyn kalau nak buat jem nenas ni.
Dengan perahan jus limau nipis ni nescaya jem nenas homemade anda akan lebih sedap.
Hehe...

Apakata kita semak resepi dan cara menyediakan jem nenas homemade yang mudah ni.

Inti Atau Jem Nenas Homemade Mudah

Kategori Masakan: Jem
Masa Penyediaan : 1 jam 30 minit
Menghasilkan : 600 gram jem nenas


2 biji nenas moris muda saiz besar
1 1/2 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
air secukupnya untuk blender nenas
1 biji limau nipis
1 penutup pewarna kuning



Kupas nenas dan buang mata dan empulur nenas.
Potong kecil dan masukkan ke dalam pengisar.
Kisar nenas bersama air sehingga halus.
Masukkan nenas yang dah dikisar bersama gula, garam, pewarna kuning dan perahkan 1 biji limau nipis ke dalam kuali.
Masak sehingga jem nenas mencapai kepekatan yang dikehendaki menggunakan api sederhana.
Jem nenas yang sedang dimasak perlu sentiasa dikacau supaya tak hangus.


Jem nenas yang terhasil dari dua biji nenas moris saiz besar ni tak banyak.
Dalam 600 gram je.
So, kalau nak buat banyak tu kena lebihkan nenas ni.
Penggunaan gula boleh disesuaikan dengan tahap kemanisan yang dikehendaki.
Gula perlu dimasukkan awal untuk menghasilkan warna jem yang lebih gelap disamping penambahan pewarna kuning yang dimasukkan.
Bila masukkan gula awal, gula sempat untuk caramelized, cuma kena sabar sikitlah dengan jem nenas yang agak meletus-letus sewaktu sedang dimasak tu.

Lepas ni bagi peminat tart nenas dan ingin mencuba menyediakan sendiri jem nenas, boleh la cuba resepi jem nenas home made yang mudah ni.

Akhir kata...

Selamat Mencuba!


0 comments :

Post a Comment