Mini Chicken Pot Pie Mudah

Sunday 23 June 2019

Mini Chicken Pot Pie Mudah




Assalamualaikum...

Lama rasanya tak update resepi baru.
Kali ni Lyn nak kongsikan resepi mini chicken pot pie yang Lyn buat tiga hari lepas untuk breakfast dan bekalan hubby Lyn ke pejabat.

Apa tu chicken pot pie?

Chicken pot pie adalah salah satu sajian popular di negara Barat dan Eropah.
Pie crust untuk menyediakan chicken pot pie ni biasanya menggunakan flaky atau pun puff pastry dan bahagian dalam pie ni diisi dengan filling daging atau ayam yang telah dimasak terlebih dahulu.
Chicken pot pie yang disediakan menggunakan flaky atau puff pastry akan rangup bila dibakar dengan sempurna.
Itu lah serba sedikit pengenalan tentang chicken pot pie ni.

Chicken pot pie yang Lyn akan kongsikan ni sebaliknya tak menggunakan flaky ataupun puff pastry.
Lyn menggunakan bisquick mix yang Lyn buat sendiri.
Adunan bisquick ni amat sesuai digunakan untuk membuat instant pie kalau takde pastry sheet dan jugak pan cake untuk breakfast.
Memandangkan chicken pot pie Lyn menggunakan bisquick mix, pie yang dihasilkan tidaklah rangup tetapi lembut saje.

TAPI.....
Jangan sedih dulu yea kalau chicken pot pie ni tak rangup.
Sebab...ianya sangat sedap tau lebih-lebih lagi kalau dimakan bersama sos atau pun taburkan je dengan chilli flakes.
Sebelum makan reheat sekejap dalam oven atau pun microwave supaya chicken pot pie menjadi gebu terutamanya selepas disimpan di dalam peti sejuk.


Resepi chicken pot pie ni Lyn rujuk di dua blog - Blog Puan Azie dan jugak blog Betty Crocker.
Puan Azie memang sangat recommend pembaca dia untuk mencuba resepi chicken pot pie yang dikongsikan.
Ternyata memang betul pun sedap tau pot pie ni.
Penyediaan chicken pot pie di kedua-dua blog ni sama je cuma untuk chicken pot pie yang Lyn sediakan dan yang akan Lyn kongsikan resepinya nanti ialah yang dah Lyn ubah suai sikit dengan menggunakan bahan-bahan yang Lyn ada di rumah.

Resepi asal chicken pot pie yang Lyn refer ni menggunakan cheddar cheese yang diparut.
Kebetulan Lyn memang takde stok cheddar cheese.
Yang ada cuma sliced Mozarella cheese yang dah Lyn beli few weeks ago.
So, resepi ni Lyn pakai je Mozarella cheese tu.
Potong je nipis-nipis pastu tabur kat filling pie yang dah masak tu.
Walaupun Lyn pakai Mozarella cheese instead of cheddar cheese, namun rasanya tetap sedap.
Cuma kalau pakai Mozarella cheese ni, rasa la effect tarik-tarik macam makan pizza waktu panas-panas tu kan. 😆😆


Lagi satu..Lyn tambah kentang dalam chicken pot pie ni sebab kebetulan mix vege Lyn cuma cukup 1/2 cawan je. 
Resepi asal menggunakan dua cawan mix vege sebenarnya.
Mana-mana pun boleh yea.
Italian herbs stok macam thyme dan oregano pun Lyn dah kehabisan, so Lyn tak letak bahan ni ke dalam chicken pot pie.
Lyn taburkan sedikit parsley flakes je di atas pie ni.

Jom kita tengok resepi.

Mini Chicken Pot Pie
Rujukan :Azie Kitchen & Betty Crocker
Menu Masakan : Western
Jumlah Pie : 12

Bahan untuk Inti:


1 keping dada ayam - potong kecil
1/2 cawan mix vege
2 biji kentang - potong dadu 
1/2 kiub ayam
1/3 cawan air
1/2 sudu teh lada hitam tumbuk
1/2 sudu teh garam
1 biji bawang Holland/bawang besar - potong dadu
minyak secukupnya untuk menumis
1 cawan parutan Mozarella/Cheddar cheese



Rebus kentang sebentar bersama sedikit garam hingga kentang lembut.  Angkat dan toskan.


Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bawang besar dadu sehingga layu kemudian masukkan ayam, air, kiub ayam, kentang, mix vege, garam dan lada hitam.
Reneh sehingga ayam lembut dan kuah kering.
Tutup api dan sejukkan sebentar inti dalam 5 hingga 8 minit.


Kemudian, tabur parutan Mozarella/Cheddar cheese ke atas inti dan gaul rata.

Bahan untuk bisquick:


1 cawan tepung gandum
1 sudu besar mentega
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu segar/susu cair
2 biji telur


Gaul rata tepung gandum, baking powder, garam dan mentega sehingga menjadi serbuk. Ramas dengan tangan sehingga semua bahan bergaul rata.  (Kalau ada food processor boleh guna yea).


Pecahkan telur dalam sebuah mangkuk dan pukul ringan menggunakan garfu.
Masukkan telur dan susu ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan whisk.
Kalau rajin boleh tapis supaya adunan bisquick ni halus.

Bahan sampingan (optional):

Parsley flakes - untuk tabur
Chilli flakes - untuk dihidang bersama
Sos pilihan - untuk dihidang bersama

Cara Penyediaan Mini Chicken Pot Pie:

Panaskan oven pada suhu 180℃ selama 5 minit.
Glis loyang muffin non-stick dengan mentega atau minyak.


Sudukan dua sudu besar adunan bisquick ke dalam loyang.


Kemudian sudukan dua/tiga sudu besar inti ke dalam loyang muffin.


Letak lagi satu sudu di atas inti dan tabur parsley flakes di atasnya.


Bakar selama 30 hingga 40 minit atau sehingga bahagian atas pie kelihatan garing dan sisi pie merenggang dari loyang muffin.
Sejukkan dahulu dalam 15 ke 20 minit dan keluarkan pie dari loyang muffin.
Hidang serta merta bersama bahan sampingan pilihan.

#NOTA#

Lyn syorkan untuk letak adunan bisquick tebal sikit untuk bahagian base pot pie ni supaya pie mudah untuk dikeluarkan dan tak pecah di bahagian tengahnya.

Pastikan loyang diglis dengan sempurna dan secukupnya untuk elak pie dari melekat dan susah untuk dikeluarkan.  Walaupun pakai non-stick muffin pan pie akan tetap melekat kalau tak diglis dengan cukup.

Untuk penyimpanan letak chicken pot pie yang tak habis makan di dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.  Bila nak makan, panaskan semula selama 2 hingga 5 minit menggunakan oven atau microwave.


Bon Appetite!


0 comments :

Post a Comment