Rendang Daging & Perut Lembu Istimewa Lebaran
Assalamualaikum...
Pertama sekali, Lyn ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam di seluruh pelosok dunia.
Raikanlah lebaran dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan, semoga kita memperoleh keberkatan.
Minggu pertama dan kedua raya ni mesti ramai yang buat jamuan rumah terbuka kan?
Tahun ni Lyn tak berkesempatan nak buat open house, kalau buat pun hanya setakat buat makan-makan kecil-kecilan je. InsyaAllah...
Tahun ni hubby Lyn tak bagi Lyn penat-penat dah, sebab biasanya Lyn akan sediakan sendiri semua juadah untuk open house tu.
Dari ke main course sampai lah ke desserts.
Kite pulak jenis kaki masak, so bila ada majlis macam tu suka nak masak macam-macam nak jamu orang makan.
Bak kata orang, berpenat lelah sekali sekala asal dapat menggembirakan orang lain.
Bagi Lyn, menyediakan makanan yang sedap-sedap dengan penuh keikhlasan tu salah satu cara yang paling mudah nak menggembirakan hati orang lain.
Lebih-lebih lagi kalau orang yang kita jamu makan tu suka makan makanan kita.
Penat pun tak terasa sebab tetamu puas hati makan. Hihi..
Seperti tahun-tahun sebelumnya biasanya rumah kami di kampung Lyn akan masak rendang yang kaler hijau tu, iaitu rendang orang Nogori Sembilan.
Tahun ni kami beraya dulu di rumah kami disebabkan hubby masih mempunyai tugasan yang belum selesai.
So, Lyn masak-masak untuk raya kali ni pun tak banyak, cukuplah untuk kami makan hingga hari kedua raya ni.
Cadangnya nak update resepi ni semalam, tapi badan ni pulak dah terlalu letih dan tak terdaya nak duduk depan laptop untuk update entry.
Plan asal Lyn nak buat rendang ayam tua, tapi tak sempat nak carik ayam tua.
Akhirnya Lyn masak rendang daging je, baki perut lembu dari masak lemak hari tu pun masih ada so Lyn campurkan je sekali dalam rendang ni.
Tak sangka sedap jugak rendang perut lembu ni.
At least bila makan tak rasa muak macam makan daging atau ayam.
Rendang daging campur perut lembu ni actually inspirasi dari cerita Kekasih Paksa Rela yang pernah ditayangkan beberapa tahun lepas di kaca TV.
Lyn ni jarang bukak TV, kalau nak layan cerita tengok online je.
Boleh skip iklan-iklan yang memakan masa tu kan kalau tengok online. Hihi..
So, dalam cerita tu pelakon abang Remy Ishak (lupe nama watak abang Remy dalam cerita tu) suka sangat makan rendang nasib.
Rendang nasib dalam cerita tu ialah rendang daging yang dicampur dengan bahan lain seperti hati, paru dan sebagainya.
So nasiblah sape dapat daging, hati atau paru tu kan...
Resepi rendang daging dan perut lembu yang Lyn sediakan ni resepinya tak jauh beza pun dengan resepi-resepi rendang yang biasa kita tengok resepinya.
Bahan-bahan utama rendang ni lebih kurang sama je untuk semua jenis rendang.
Kalau pakai cili kering, maka merah lah kejadian rendang tu.
Kalau pakai cili hijau atau cili padi, maka hijau lah warna rendang tu nanti.
Setakat ni dua jenis rendang ni je yang Lyn tau.
Owh ya, lupa pulak, orang Perak terkenal dengan rendang Tok.
Kaler rendang tu gelap sikit dan daging yang dipotong pun besar-besar.
Kalau rendang Tok ni Lyn pernah merasa je, buatnya belum pernah lagi.
Rendang ni menu wajib tiap kali menjelangnya lebaran.
Selain sedap dimakan bersama lemang, nasi impit, ketupat, rendang jugak sesuai sangat dimakan bersama nasi putih biasa dan pulut kuning.
Daging yang paling baik untuk membuat rendang ni ialah daging batang pinang, sebab bahagian batang pinang ni dagingnya lembut dan berjus.
Tapi kalau dah takde daging batang pinang, pakai je la daging segera macam Lyn ni.
Asalkan cukup bahan sedap lah nanti rendang tu.
Rendang daging bersama perut lembu ni merupakan rendang pertama yang Lyn masak dengan menggunakan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang Lyn tanam sendiri di pasu.
Happy je rasa bila menggunakan bahan-bahan yang ditanam sendiri bila memasak ni.
Feeling dia tak sama tau..😉
Best rasanya bila nak pakai daun itu dan ini hanya perlu petik je di laman rumah.
Disebabkan Lyn masak pun cuma bajet untuk dua orang makan, Lyn cuma masak 500 gram je daging campur sikit dengan lebih kurang 300 gram perut lembu.
Jom semak resepi dulu.
Rendang Daging & Perut Lembu
Kategori Masakan : Masakan Melayu
Saiz Hidangan : 5 ke 6 orang
500 gram daging lembu - potong kecil
300 gram perut lembu - potong kecil
1/2 kotak kecil santan - Lyn pakai KARA
air secukupnya
3 helai daun limau purut - buang urat tengah
2 helai daun kunyit - hiris nipis
sedikit air asam jawa / 1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
15 sudu besar cili kering kisar/ 20 tangkai cili kering
garam secukup rasa
sedikit gula
minyak untuk menumis
Bahan kisar halus :
1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah - kalau saiz kecik letak 7 ke 8 ulas
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit
1 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai - kalau saiz besar letak 2 je (hiris nipis dulu)
Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan cili kering kisar dan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air, daging, perut lembu, garam, sedikit gula dan daun limau purut.
Tutup kuali dan reneh rendang hingga daging lembut menggunakan api kecil. Tambah air jika perlu.
Bila daging dah lembut dan air dah agak surut masukkan kerisik, santan, asam keping/air asam jawa dan daun kunyit.
Gaul rata dan masak sehingga kuah rendang pekat.
#TIPS#
Daun kunyit kalau tak nak hiris nipis boleh siat lebar-lebar kemudian masukkan sekali bersama dengan daun limau purut.
Kalau suka santan banyak boleh lebihkan. Pada Lyn santan banyak tu dah memadai.
Salam Aidilfitri & Selamat Mencuba!
0 comments :
Post a Comment