Perut Lembu Masak Lemak Cili Api Dengan Kentang

Wednesday, 5 June 2019

Perut Lembu Masak Lemak Cili Api Dengan Kentang




Assalamualaikum...

Masak lemak merupakan salah satu menu kegemaran Lyn.
Tak kisah la masak lemak nangka muda ke, masak lemak labu ke, masak lemak ayam, udang, ikan atau daging.
pada Lyn asal masak lemak je semua sedap!
Masak lemak biasanya ada dua jenis:
Pertama - masak lemak putih (tanpa kunyit dan biasanya untuk masak lemak sayur seperti labu, taugeh dengan tauhu ke atau masak lemak kobis putih)
Kedua - masak lemak kuning (dicampur kunyit dan merupakan masak lemak yang biasa kita tengok.  Masak lemak kuning ni amatlah sesuai untuk kesemua jenis sayuran dan daging selain warnanya yang kuning keemasan memikat mata yang memandang).

Dah lama tak buat masak lemak perut lembu ni.
Kalau kami kat kampung biasanya perut lembu ni kami panggil sebagai BABAT.
Kalau dulu sewaktu di kampung, setiap kali ada korban lembu je mesti berebut masing-masing nakkan babat ni.
Tapi kami pulak agak malas sebab bab nak bersihkan babat ni satu hal.
Lepas tu bila rebus je babat atau perut lembu ni bau satu rumah.  Hadoi..Pening
Tapi bab makan suka sangat!
Sekarang senang...kalau nak masak perut lembu je beli yang dah bersih.
Balik tinggal cuci sikit-sikit, potong dan dah boleh lebur dalam masak lemak ni.
Selalunya kalau di pasaraya dorang jual perut lembu yang dah bersih ni secara frozen.
Sepeket tu adalah dalam 1 kg perut lembu.
Banyak jugak la boleh dapat kalau masak guna sekilo perut lembu ni.

Untuk masak lemak cili api perut lembu ni, Lyn cuma pakai separuh je iaitu 500 gram.
Kalau nak lagi sedap masak la dengan nangka muda, memang sedap berganda-ganda sebab kena gandingannya.
Tapi Lyn takde pulak beli nangka muda, jadik Lyn letak kentang je yang dihiris seperti wedges tu.
Masak lemak ni Lyn tak tumis bahan kisarnya, reneh saja sampai kesemua bahan lembut.


Jom semak resepi dulu.

Perut Lembu Masak Lemak Cili Api Dengan Kentang

Kategori : Masakan Melayu
Saiz Hidangan : 4 orang

500 gram perut lembu - bersihkan dan potong kecil
2 biji kentang saiz sederhana - belah wedges
1 batang serai - ketuk
2 helai daun limau purut 
1 keping asam keping  (kalau besar belah dua)
garam secukup rasa
sedikit gula
1/2 kotak kecil santan  - Lyn pakai KARA
1/2 liter air

Bahan kisar halus :

4 ulas bawang merah - kalau saiz kecil pakai 6 ulas
2 ulas bawang putih
12 biji cili padi
1 inci kunyit
1 inci halia


Didihkan air dalam periuk.
Masukkan bahan kisar, serai, perut lembu, kentang, daun limau purut.
Reneh hingga perut lembu dan kentang lembut.
Masukkan asam keping, santan dan perasakan garam dan gulanya.
Reneh sebentar lagi (hati-hati jangan sampai kuah menggelegak).
Siap!

#NOTA#

Air jangan masukkan terlalu banyak sebab kuah akan cair.  Kalau nak didihkan air sikit je dulu, lepas masukkan bahan kisar, perut lembu dan kentang baru tambah air secukupnya pun boleh.

Untuk elakkan rasa pahit, buang urat tengah pada daun limau purut sebelum masukkan ke dalam masak lemak.

Perut lembu akan mengecut setelah ianya masak.  Jadi jangan potong perut lembu terlalu kecil.



Selamat Mencuba!

1 comment :