Daging Masak Halia Dengan Daun Bawang

Tuesday 11 June 2019

Daging Masak Halia Dengan Daun Bawang




Assalamualaikum...

Kali ni Lyn nak story sikit pasal kisah macam mana bermulanya jatuh cinta dengan menu yang satu ni.
Kalau dulu masa zaman Lyn masih bekerja pejabat, bila balik kerja kami suka singgah makan malam di Kopitiam di Tesco dekat The Curve tu.
Biasanya menu yang Lyn akan order ialah Ginger Beef Kuew Teow.
Suka sangat makan makan daging masak halia dengan kuew teow tu.

Sebenarnya menu daging masak halia dengan daun bawang ni memang sesuai dimakan dengan nasi putih atau pun kuew teow.
Kalau rasa nak makan kuew teow celur je kuew teow kejap dan kuah daging masak halia ni lebihkan sikit baru sedap.
Tapi untuk kali ni Lyn masak daging masak halia dengan daun bawang ni untuk dipadankan bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Daging masak halia ni boleh jugak kalau nak gantikan dengan ayam tapi Lyn tak jamin rasanya akan sama sedap macam kalau menggunakan daging lembu.
Sebabnya rasa ayam dan lembu tu jauh beza...
Sebaiknya gunakan daging lembu.
Tapi kalau pantang dengan daging lembu nak buat macam mana lagi kan...guna je lah daging ayam.


Masakan ni berkonsepkan masakan kaum Cina yang mana bahan-bahan utamanya ialah halia muda, sedikit bawang putih, kicap dan sos tiram.
Daun bawang jangan tinggal.  Mesti kena ada jugak.
Kalau ikutkan resepi asal daging masak halia dengan daun bawang ni dorang biasanya pakai xiaoxing wine, tapi kite mane lah boleh letak wine dalam masakan kan...so kite gantikan je wine tu dengan sedikit kicap cair.
Walau pun takde wine dan rasanya mungkin sedikit berbeza dari resepi asal,tapi rasanya...Walla..kalau hubby Lyn makan habis semangkuk tu maknanya ape??
Hihi....OKEY LA KAN..😆

Lyn masak daging masak halia ni petang semalam, untuk menu makan malam.
Saje masak menu ni lagipun daging baki buat rendang untuk raya hari tu pun masih ada.
Ingat ya..kena pakai halia muda tau jangan pakai halia tua.
Rasanya lain dan halia muda rasanya tak kuat sangat sampai halia tu pun boleh dimakan sekali.



Kalau Google resepi ni, biasanya entry yang berkaitan bertajuk "ginger beef stir fry with scallion" sebab cara memasaknya sebenarnya hanya stir fry kan beef dan kesemua bahan tu.
Stir fry tu macam masak dengan api kuat selama beberapa minit saja.
Kalau anda pakai daging sirloin atau daging batang pinang kalau tak silap atau daging lembu premium..wagyu!...boleh la stir fry aje daging ni untuk beberapa minit je, tak perlu masak lama.
Tapi kalau setakat pakai daging lembu frozen macam Lyn ni kene lah reneh daging tu sampai lembut.


Jom kite tengok resepi.

Daging Masak Halia Dengan Daun Bawang

Kategori Masakan : Masakan Cina
Saiz Hidangan : 3 orang

Daging lembu 300 gram - potong nipis
1 tangkai daun bawang - potong panjang
1/2 batang lobak merah - hiris serong (optional)
1/2 biji bawang Holland - hiris tebal (optional)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar kicap manis
air secukupnya
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
2 inci halia - hiris nipis
2 ulas bawang putih - ketuk
garam secukup rasa
2 biji cili padi - ketuk (optional)
1/2 sudu teh lada hitam tumbuk
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan masukkan bawang putih ketuk.
Goreng sebentar hingga bawang putih keperangan kemudian masukkan hirisan halia dan tumis hingga naik bau.
Seterusnya, masukkan daging, diikuti dengan air secukupnya untuk melembutkan daging, kicap cair, kicap manis, sos tiram, cili padi ketuk, lada hitam dan sedikit garam.  Tutup kuali dan reneh hingga daging lembut.
Masukkan hirisan lobak merah, bawang Holland dan bancuhan tepung jagung.
Akhir sekali masukkan daun bawang dan kacau rata.  Jangan terlalu lama.
Siap untuk dihidang.



Menu daging masak halia dengan daun bawang ni kena hidang panas-panas baru sedap dan jangan masak lama sangat bila dah masukkan daun bawang supaya daun bawang tak layu.

Selamat Mencuba!

0 comments :

Post a Comment