Biskut Double Chocolate Chips

Sunday, 2 June 2019

Biskut Double Chocolate Chips




Assalamualaikum....

Seharian ni dok meng'update' entry biskut je kerjanya.
Sementara tangan ni masih laju nak menaip baik teruskan je niat nak tulis entry sebelum jari jemari ni mogok tak mau menaip.  Hehe..macam-macam ragam yea kalau jadik writer ni.
Kadang mood rajin, terlebih rajin, mood biasa, mood agak tak rajin dan mood sangat tak rajin.
Dah boleh buat survey dah.
So, para penulis di luar sana hari ni mood menulis anda yang mana satu?
Hehe...sila bagi jawapan (kalau rajin) kat ruangan komen..😉

Hari tu dah request nak kamera baru kat Incik Hubby untuk ambik gambar.
Bersempena tibanya hari lebaran ni kan.
Boleh kenen-kenen sikit angpow dengan kamera baru.  😝😝
Kamera yang Lyn ada ni dah usang dah, nak focus dan zoom pun gambar tak cantik dah.
Sebab tu ade beberapa gambar yang Lyn upload kat blog pun tak bape cantik.
Ye la, kalau jadik blogger ni kenalah cukup kelengkapan kan baru best je nak buat kerja.
Pastu kalau in future nak jadik Youtuber pun senang la.  InsyaAllah...



Sape yang tak kenal dengan biskut yang satu ni kan?
Tersangat famous dah...
Yang mula-mula memperkenalkan biskut ni ialah Famous Amos la.
Biskut chocolate chips yang Lyn suka ada dua jenis:
Pertama - yang biasa je
Kedua - yang riched dengan rasa chocolate atau DOUBLE CHOCOLATE CHIPS

Kenapa disebut double chocolate chips?
Sebab rasa kecoklatan biskut ni berganda-ganda.
Pertama - rasa coklat yang datang dari chocolate chips tu sendiri.
Kedua - rasa coklat dari coco powder yang kita tambah pada adunan tu.

Biskut double chocolate chips ni tiap-tiap tahun ada customer dan kengkawan Lyn order.
Kata dorang, biskut Lyn ni rangup, sedap dan tak berapa manis.  Ada rasa pahit sikit.
Macam tu la..entahlah, Lyn yang dah selalu ngadap biskut ni dah susah nak kenalpasti rasa dia camne.
Kalau nak tau kenalah cuba dulu yea.
Tak mesti hari raya je baru buat, hari-hari lain pun kalau terasa nak mengunyah double chocolate chips ni boleh je buat.
Tak susah pun.



Seperti sedia maklum, kalau biskut chocolate chips ni biasanya teksturnya ada dua jenis:

Pertama - rangup ala-ala chips more
Kedua - chewy ala-ala Subway

So, anda suka yang mana??

Apa sebenarnya beza antara rangup dan chewy ni?

Seperti sedia maklum, biskut yang chewy ni sebenarnya mempunyai kelembapan yang lebih tinggi.
Kalau anda suka biskut yang chewy, masa membakar kurangkan sikit dan suhu yang digunakan tak lebih dari 170℃. Okey, itu tentang cara bakar.
Selain itu, biasanya resepi biskut chocolate chips menggunakan gula perang atau brown sugar kan?
Gula perang ni tinggi kandungan Molases dan kelembapannya berbanding gula putih biasa untuk menghasilkan biskut chocolate chips yang sedikit chewy.

So, kalau nak rangup tak yah ubah bahan pun boleh, cuma tinggikan sikit suhu oven ke 180℃ dan panjangkan sikit masa membakar.

Mudah je kan?

Jujur, Lyn lebih suka biskut chocolate chips yang rangup sebab rasanya akan kurang manis berbanding biskut yang chewy atau tak cukup garing ni.
Tapi itu pendapat peribadi Lyn je la, lain orang lain citarasa, betul tak?
Hehe..
Tapi so far, customers Lyn semua suka biskut double chocolate chips yang rangup so kite kenalah penuhi permintaan untuk "merangupkan" biskut tu kan..

Lyn kalau buat double chocolate chips ni suka yang kecik-kecik, bite sized je supaya senang nak makan terutama kalau nak bagi bebudak kecik makan.
Kang kalau besar sangat saiz cookies tu dorang makan separuh je pastu separuh lagi mak ayah lak kena habiskan.
Silap haribulan separuh biskut tu letak tepi gelas atau sepah atas karpet je...Dah membazir kan..
So, kite buat cookies yang comel-comel je yea.


Jom intai resepi dulu.

Biskut Double Chocolate Chips

Kategori : Biskut raya
Jumlah Biskut : Anggaran 200 keping

250 gram mentega
140 gram gula castor
1/4 sudu teh garam halus
20 gram susu pekat manis
100 gram gula perang
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
50 gram serbuk koko } ayak
100 gram tepung jagung } ayak
220 gram tepung gandum } ayak
1 1/2 sudu teh baking soda } ayak
200 gram coklat chips
30 gram badam cincang - bakar/sangai sekejap
1 sudu besar serbuk badam

Ayak serbuk koko, tepung jagung, tepung gandum dan baking soda.
Pukul mentega, garam halus, susu manis, gula perang dan gula castor hingga kembang.
Masukkan telur, serbuk badam dan esen vanilla dan pukul lagi sebentar.
Masukkan badam cincang dan coklat chips dan gaul rata menggunakan senduk/spatula.
Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga kesemua bahan bercampur rata.
Tutup mangkuk dengan cling wrap dan rehatkan adunan selama 30 minit.
Oles dulang pembakar dengan mentega/ alas dengan baking paper.
Ambil adunan sebesar 1 sudu teh/setengah sudu teh dan susun dalam dulang pembakar.
Kalau suka boleh tekan dengan belakang garfu untuk membuat pattern di atas biskut.
Bakar pada suhu 180℃ selama 15 minit atau sehingga garing.
Selepas masak biarkan sebentar biskut dalam loyang sehingga keras sedikit kemudian baru pindahkan ke atas redai.
Setelah biskut sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

#NOTA#

Susu pekat manis tu Lyn tambah sendiri.
Kalau tak letak pun takpe, abaikan je dan tambah 20 gram lagi pada sukatan gula perang.
Penggunaan badam serbuk tu akan mewangikan lagi biskut anda.
Kenapa kena pukul mentega dan gula sampai kembang?  Supaya takde rasa muak mentega yang tak cukup pukul (tak suke!) dan supaya biskut jadi lebih ringan teksturnya.



Salam Ramadhan & Selamat Membaking!

0 comments :

Post a Comment