Puding Roti Bersama Sos Kastard

Saturday, 25 May 2019

Puding Roti Bersama Sos Kastard



Assalamualaikum...

Intai-intai dapur sambil memikir nak buat dessert apa untuk bukak puasa hari ni.  Empat hari lepas masa kami shopping groceries sibuk sakan ambik itu dan ini, termasuklah roti Massimo kaler hijau ni.  Lupa pulak kalau bulan puasa ni roti memang tak berapa jalan kalau kat rumah Lyn ni.  Sudahnya, roti yang berbaki separuh bungkus tu terbiar je kat atas meja hingga dah nak dekat sampai tarikh luput dia.  Tu yang terfikir nak buat je puding roti ni untuk menghabiskan roti yang dah nak expired tu dari membazir.  Kebetulan pulak stok susu Carnation ada lagi dua tin.  Disebabkan di Giant ada promotion 1 tin Carnation harganya RM2.27, which is lagi murah dari hari market biasa iaitu RM3 dan kalau nak murah sikit beli kat Hero, Mydin atau Speedmart harga dalam RM2.85.

Puding roti ni kalau nak tau bukan saja terkenal di Malaysia je tau bahkan diseluruh dunia.  Kalau di Malaysia, puding roti biasanya boleh dimakan begitu saja atau pun dipadankan bersama sos kastad.  Lain pulak ceritanya kalau di Hong Kong dimana puding roti dimakan bersama kuah krim vanilla.  (rujukan :Wikipedia).  Kalau di negara-negara Barat, puding roti dibuat dengan mencampurkan rempah ratus dan buah-buahan kering.  Lyn pernah terjumpa beberapa resepi bread pudding di Pinterest yang mana puding roti disediakan dengan menggunakan Croissant.  Cara membuatnya sama je cuma kite pakai roti keping dorang pakai Croissant dan fresh blueberry.  InsyaAllah akan kubuat suatu hari nanti.



Kali ni nak try resepi puding roti Nur Qaseh resepi dari famous food blogger kite iaitu Puan Azie.  Selalunya kalau buat puding roti ni, Lyn akan sapu butter kat roti tu dulu then siat-siat kecil atau potong kiub roti tu dan campak masuk dalam loyang yang dah diglis dengan butter.  Bahan-bahan lain kacau sebati guna whisk dan tuang je ke dalam loyang berisi roti tadi.  Tapi yang ni lain sikit caranya.  Instead of sapu mentega pada roti, Puan Azie campurkan sekali mentega ke dalam adunan susu dan roti yang telah dipanaskan sekejap diikuti dengan bahan-bahan lain seperti gula, telur, garam dan esen vanilla.  Mana-mana cara pun tak kisah lah kan janji sedap! Hehe...asalkan bahan-bahan sama jadik lah tu.

Cara untuk memasak puding roti ni ada dua je yang Lyn tau.  Bakar dan kukus.  So, agak-agak sape yang takde oven dan teringin bebenor nak buat puding roti ni boleh la kukus ye.  Tapi Lyn lebih suka puding roti yang dibakar sebab baunya lebih wangi dan ada crust yang garing-garing kat permukaan puding tu.  Tambahan pulak kalau ada kismis dan coklat chips lepas tu dibanjiri pulak dengan sos kastad yang lemak manis tu.  Huih...memang bertambah-tambah la.  Favorite hubby Lyn ni.  Tapi kali ni Lyn buat cuma letak kismis hitam je sebab coklat chips nak reserve untuk buat coklat chips cookies nak buat raya.

Resepi asal puding roti ni dibakar menggunakan cara water bath atau Bain Marie technique; iaitu loyang yang berisi puding roti tu diletak dalam dulang kemudian curahkan air panas ke dalam dulang tu.  Macam teknik membakar Japanese cotton cake la lebih kurang.  Tapi Lyn tak pakai cara ni.  Lyn bakar cara biasa je sebab nak bagi bahagian bawah tu garing sikit.  Senang nak sodok keluar puding ni nanti.  Hehe..Biasa lah kan, kalau ikut resepi ni mesti kadang-kadang mau derhaka sikit ikut style sendiri.  Kalau anda rajin boleh la buat cara ni okey.

Sos kastad dalam resepi asal tak disediakan so Lyn buat sos kastad sendiri.  Mudah je bahan-bahan dia.  Cara membuat sos kastad ni lebih kurang sama dengan cara membuat sos kastad untuk puding kastad tu.

Jom semak resepi dulu.

Puding Roti

Rujukan : Azie Kitchen
Jenis masakan : Pencuci mulut

Bahan-bahan:

Separuh bungkus atau 8 ke 6 keping roti - siat atau potong kiub
1 tin susu cair / 2 cawan susu segar
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar membukit marjerin / mentega
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur Gred A
1/3 cawan kismis hitam - optional
1/4 cawan coklat chips - optional
sedikit serbuk kayu manis - Lyn tak letak


Cara Penyediaan:

Panaskan sebentar susu.  Hati-hati jangan sampai susu mendidih.  Bila dah mula nampak asap terus je padamkan api.


Masukkan mentega/marjerin, gula dan garam.  Kacau sebati.  Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan telur.

Bila adunan susu dah suam, masukkan telur yang dah dipukul ringan ke dalam adunan dan kacau rata.


Sementara itu, glis loyang 8 x 8 inch dengan sedikit mentega/marjerin dan masukkan separuh roti yang dah dipotong kiub/disiat tadi.

Kemudian tabur separuh kismis hitam dan coklat chips (jika ada.  Kalau takde sila abaikan)


Selepas tu masukkan semua sekali baki roti tadi dan tabur baki kismis hitam dan coklat chips.



Tuang adunan susu ke dalam loyang dan biarkan sebentar supaya roti kembang dan adunan susu meresap ke dalam roti.  Tekan-tekan dan padatkan menggunakan belakang sudu/senduk.



Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah Celcius yang telah dipanaskan selama 5 minit selama 1 jam minit atau sehingga masak menggunakan api atas bawah.

Puding roti baru siap bakar.  Yum!


Sos Kastard

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 1/2 sudu besar tepung kastard/tepung jagung
sedikit pewarna kuning - optional (Lyn tak letak)


Cara Penyediaan:

Campur semua sekali bahan-bahan sos kastard ni kemudian masak atas api sederhana dan kacau selalu hingga sos kastard likat.  Siap!

Kacau selalu guna whisk supaya adunan tak berketul dan hangus bahagian bawah.
Masak hingga likat dan buih pada permukaan dah berkurangan.
Gambar close -up puding roti ni siram ngan sos kastard.  Terliur kan? Heheh


#NOTA#

Jangan potong puding roti sebelum puding roti betul-betul sejuk supaya tak pecah dan potongan cantik dan kemas je.

Kalau kuah kastard anda pekat sangat boleh tambah air panas sedikit dan kacau rata.

Puding roti ni sangat sedap kalau dimakan sejuk-sejuk.  Nyaman je tekak. 😋😋😋

SELAMAT MENCUBA!

0 comments :

Post a Comment