Biskut Kacang Mazola Menggamit Kenangan

Saturday, 25 May 2019

Biskut Kacang Mazola Menggamit Kenangan




Assalamualaikum..

Apa khabar para pembaca?
Dah masuk minggu-minggu akhir bulan puasa ni mesti ramai yang dah mula tercari-cari resepi biskut raya.  Betul tak?
Tahun ni Lyn agak kurang membuat biskut raya, hanya cukup sekadar buat syarat aje sudah.
Asal berisi balang-balang kuih dalam 5 ke 6 botol jadik la.
Sekarang ni kebanyakan tetamu yang kunjung beraya dah agak kurang menjamah biskut raya.
Mereka lebih suka mengunyah kerepek pisang, kerepek ubi, kerepek bawang dan pelbagai kerepek lain.
Dah jemu makan biskut raya katanya.  Hehe...

DAN yang paling penting kalau kat rumah bonda Lyn di kampung yang wajib ada tiap-tiap tahun ialah DODOL!  Menu legend yang tak boleh missed.
Dulu Lyn suka sangat makan dodol yang dorang bungkus dalam daun upih yang hujung dia diikat dengan tali rafia tu.  Best je tengok dodol tu berbungkus macam tu.
Tapi sekarang susah dah nak jumpa dodol bungkus daun upih, kebanyakan sekarang dodol di packaging dalam tupperware atau plastik jernih yang tebal tu je.
Tekstur dodolnya pun lebih lembut berbanding dodol daun upih.  Yang malas tu bila nak makan melekat-lekat pulak kat lelangit la, celah gigi la, celah gusi pun ade.  Hadoi!

Lyn dah mula tolong bonda Lyn buat biskut raya sejak umur 8 tahun lagi.
Masa tu rumah kami akan buat biskut coklat gula melaka dengan banyak sebab budak-budak suka makan.  Masa tu biskut Almond London belum popular lagi.
 Jadi Lyn tolong bab gentel adunan, bakar, susun biskut yang dah masak dalam papercup, taruk coklat atas biskut dan tabur badam cincang bakar atas coklat.
Yang bab bakar biskut tu Lyn curik-curik tolong bonda waktu dia away je.
Sebenarnya bonda Lyn tak bagi Lyn usik oven tu sebab budak kecik kan cuai.
Memang dah dapat penangan pun, kesan lecur akibat terkena dulang panas masih lagi meninggalkan bekas kat jari telunjuk kiri ni ha.  Degil tak nak hilang sampai la sekarang.  Huhu..



Biskut kacang mazola ni antara salah satu favorite Lyn mase kecik-kecik dulu.
Tapi bonda Lyn jarang buat, so bila nak makan tunggu lah bila datang beraya rumah sedara dan kengkawan.  Tu pun nasib la kan kalau ada.
Biskut ni orang panggil biskut mazola sebab adunan untuk membuat biskut ni pakai minyak mazola asalnya.
Minyak jagung jenama mazola ni kira pioneer la sebelum minyak jagung jenama lain keluar.
Tapi sekarang semenjak ada minyak jagung jenama Daisy ramai je yang pakai minyak Daisy disebabkan harganya yang lebih murah dah rasanya pun takde la jauh beza.

Dah beberapa tahun Lyn ambik order untuk biskut kacang mazola ni.
So, disebabkan sebahagian besarnya Lyn buat untuk jual kepada customer setia Lyn , maka Lyn pakai minyak mazola la.  Kalau buat untuk kite-kite je makan Lyn pakai je minyak Daisy.

Biskut kacang Mazola ni biskut pertama Lyn buat untuk raya tahun ni.  Resepi yang Lyn nak kongsikan ni ada dua versi ya.
 Pertama - versi biasa  dan Kedua - letak peanut butter sikit.
Sebelum ni tiap kali buat biskut kacang mazola Lyn memang campurkan sedikit peanut butter kat dalam adunan tu.  Rasanya lebih lemak.
Tapi kalau nak jimat kos buat je versi biasa tanpa peanut butter pun dah sangat sedap dah.  Asal cukup bahan dan cukup bakar (penting tu) jadik lah.

[UPDATED: 17/5/2020]

Untuk resepi biskut kacang mazola ni, Lyn selitkan videonya untuk visual instructions.
Lyn tambah lagi 10 gram untuk kuantiti gula icing untuk resepi dalam video.
Di dalam video description, Lyn sediakan resepi dalam sukatan gram dan juga cawan.
Klik link di bawah ni untuk tonton video ya 👇




Disebabkan ni kali pertama Lyn share resepi biskut raya, Lyn nak bagitau dulu.
Lyn kalau bakar biskut suka lebihkan sikit masa membakar supaya biskut lebih garing dan wangi.
Memang pantang kalau biskut underbaked!
So far, customers Lyn tak pernah complaint pun dan dorang semua suka biskut-biskut Lyn sebab cukup rasa dah cukup masak.
So homebakers, jangan takut bereksperimen sampai biskut yang anda buat menjadi dengan sempurna yea.

Biskut kacang mazola versi 1 ni yang bestnya adunanya tak menggunakan telur.

Jom intai-intai resepinya.

Biskut Kacang Mazola (Versi 1)

Kategori : Biskut Raya
Menghasilkan : 100 - 120 keping

250 gram kacang tanah
185 ml minyak jagung
140 gram gula icing
200 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
kacang tanah tanpa kulit - hiasan (optional) - 
kuning telur - hiasan
sedikit pewarna kuning

Goreng kacang tanah tanpa minyak dengan api sederhana hingga kacang masak.
Sejukkan sebentar dan buang kulitnya (jika suka) dan kisar halus.
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder.
Campurkan kacang tanah kisar, gula, garam dan campuran tepung dan kacau rata menggunakan senduk.
Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan uli menggunakan tangan.
Uli hingga doh lembut dan boleh dibentukkan menjadi bebola.
Balut doh dengan menggunakan cling wrap dan rehatkan sebentar selama 20 minit dalam peti sejuk.
Bila dah sedia untuk dibentuk, terap menggunakan acuan yang disukai (atau boleh jugak nak bulat-bulatkan je), hiaskan dengan kacang dan glis dengan kuning telur dicampur dengan sedikit pewarna kuning.
Susun dalam dulang pembakar yang dah dialas baking paper/diglis dengan mentega dan jarakkan sedikit untuk bagi ruang biskut mengembang.
Bakar pada suhu 180℃ selama 20 minit atau sehingga biskut masak.
Sejukkan biskut atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.


#NOTA#

Kalau takut kacang untuk hiasan kat atas biskut tu tak cukup masak, boleh goreng tanpa minyak atau bakar sekejap sebelum diletak sebagai hiasan kat atas biskut.
Dulu Lyn tak bakar dulu, sudahnya kacang kat atas biskut tu macam masih terasa mentah lagi.

Kalau nak warna biskut cantik dan ada corak-corak kecil kat permukaan, tak perlu buang kulit kacang tu, terus kisar je.  Lyn tak pernah pun buang kulit kacang tu sebelum ni.  Barulah nampak patterns dot-dot kaler coklat gelap dari kulit kacang kat atas biskut tu.
Tapi kalau suka yang warna putih bersih je dan kalau extra rajin boleh la buang kulit kacang tu ye.

Sekarang kalau nak lebih mudah, rasanya di kedai bakery ada menjual kacang tumbuk dalam peket.  
Lyn sendiri belum pernah beli tapi pernah terbaca di blog mana Lyn pun tak ingat katanya kacang tumbuk readymade tu tak sesedap kacang tumbuk home made.
Kalau nak sure kena try dulu.

Dalam resepi Lyn tulis pakai gula icing.  Tapi sebenarnya boleh je pakai gula pasir biasa.  Make sure kisar halus dulu gula tu supaya gula betul-betul hancur dan tak terasa bila makan biskut tu nanti.
Lyn even pakai gula castor pun Lyn kisar halus jugak sebab biskut ni tempoh membakar dia sekejap je tak sama macam bakar kek.  Kalau buat kek pakai gula pasir kasar pun boleh je sebab gula akan sempat hancur sebab tempoh masa untuk bakar kek lebih panjang.

Kenapa perlu rehatkan doh? Supaya biskut tak terlalu mengembang bila dibakar dan rupanya akan lebih cantik dan kemas terutamanya biskut yang ada baking powder.

Untuk biskut kacang mazola versi 2 Lyn akan share kat next entry ya.

Sekian...

SALAM RAMADHAN & HAPPY BAKING!

(editted on 26/5/2019 at 0053 AM)

0 comments :

Post a Comment