Biskut Semperit Coklat Rangup
Assalamualaikum semua....
Kali ni Lyn nak kongsikan satu lagi biskut yang boleh katakan setiap tahun tak pernah missed iaitu biskut semperit coklat.
Dulu masa kecik, bonda selalu beli biskut semperit yang kaler merah belang kuning tu kat kawan dia. Sedap betul biskut semperitnya, rangup dan lemak.
Tapi sejak kawan bonda tu kembali ke pangkuan Sang Pencipta, sejak tu rumah kami dah tak berseri dengan kehadiran biskut semperit lagi setiap kali menjelang raya.
Sampai lah bila Lyn dah mula bekerja dan ada masa nak mencuba untuk buat sendiri biskut semperit ni.
Beberapa tahun lepas, Lyn memang ada ambik tempahan biskut semperit belang coklat dan kuning.
Tapi lepas tu dah tak buat lagi dah sebab banyak doh yang terbuang kalau buat semperit belang ni.
Ye la, bila dua kaler ni dah bercampur takkan la nak masuk sekali dalam balang untuk dijual kepada customers kan.
Mesti lah kena bagi yang cantik dan perfecto je. Hihi..
So apa Lyn buat dengan baki doh semperit yang dah bercampur tu?
Bulat-bulatkan je dan golek dengan coklat rice pastu bubuh dalam papercup.
Yang ni la jadik biskut raya kat rumah Lyn.
Satu balang besar dapat tau.
Tapi family Lyn pulak bukan kaki makan semperit.
Kalau hubby lebih suka munching biskut kacang dengan kuih tart.
Jadik cara cepat nak menghabiskan biskut-biskut ni ialah dengan membawa ke pejabat untuk dikongsi beramai-ramai. Barulah seronok nak makan kan.
Kejap lagi sorang bawak biskut tu, sorang bawak biskut ni, longgok je kat satu corner kat dalam office tu, sape nak makan tinggal ambik je.
Tapi tak sangka pulak yang versi salut dengan coklat rice ni pun laku jugak sampai bila bawak ke pejabat kawan pulak nak order. 😂
Kasi showcase sikit semperit coklat belang yang Lyn jual dulu-dulu 😘 |
Lepas dah berhenti buat semperit dua kaler ni, Lyn fokus pulak buat semperit satu kaler je; iaitu semperit coklat.
Setiap tahun ada sorang kawan tempat kerja bonda di JKR dulu selalu order dengan Lyn.
Tu yang buat tu.
Dulu masa mula-mula Acik ni order semperit coklat kat Lyn, dia order satu balang je.
Alih-alih bila hidang je kat tetamu, baru first day dah licin.
Lepas tu yang sedihnya, sampai anak Acik ni nak merasa pun tak berkesempatan.
Sejak tu la tiap-tiap tahun Lyn gigih jugak siapkan tempahan biskut semperit coklat untuk Acik ni.
Jom kita intai-intai resepi dulu.
Biskut Semperit Coklat Rangup
Kategori : Biskut Raya
Jumlah Biskut : 150 keping
200 gram mentega
140 gram gula halus / gula castor
secubit garam halus
30 gram susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar serbuk badam
30 gram serbuk koko
100 gram tepung kastard
100 gram tepung jagung
120 gram tepung gandum
Coklat rice secukupnya untuk tabur atas biskut
Ayak tepung kastard, tepung jagung, tepung gandum dan serbuk koko. Ketepikan.
Masukkan mentega, garam halus, gula dan susu pekat manis dalam mangkuk pengadun dan putar hingga adunan ringan dan kembang.
Masukkan kuning telur, esen vanilla dan serbuk badam. Putar sebentar saja sekadar nak sebatikan adunan.
Akhir sekali masukkan bahan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata menggunakan tangan atau spatula.
Masukkan adunan yang telah siap uli ke dalam mangkuk lain dan tutup mangkuk menggunakan cling wrap dan rehatkan doh dalam peti ais sekurang-kurangnya 30 minit.
Boleh jugak kalau nak bungkus adunan dalam cling wrap. Biasa Lyn bungkus adunan dengan cling wrap je supaya tak makan space dalam fridge.
Oleskan loyang pembakar dengan mentega atau alas dengan baking paper.
Bentukkan adunan menggunakan acuan semperit.
Kemaskan kedua hujungnya supaya sama saiz dan kemas.
Tabur dengan coklat urai atau topping yang digemari.
Bakar pada suhu 180℃ selama 15 minit menggunakan api atas bawah.
Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Baru siap bakar ni. Panas-panas lagi |
Mudah je kan nak buat biskut semperit coklat ni. Sedap pulak tu.
Buat banyak-banyak budak-budak mesti suka makan.
Asal ada coklat je mesti budak-budak suka kan?
#NOTA#
Biskut semperit ni walaupun Lyn pukul mentega dan gula hingga kembang, tapi disebabkan takde baking powder atau serbuk penaik biskut semperit ni kembang sikit je waktu dibakar. Tambahan pulak adunan dah kita rehatkan dulu dalam peti sejuk.
Biskut semperit coklat ni kalau ikut resepi ni rasanya tak manis sangat. Sedang-sedang je. Maklum lah, sekarang ni kebanyakan customers request less sugar so kite kenalah patuh kan. Lagi pun kalau makan biskut kurang manis ni takde lah rasa bersalah sangat kan bagi sesiapa yang on diet low carbs tu. Hehe...
Badam serbuk tu Lyn selalu guna dalam kebanyakan biskut untuk menyedapkan lagi rasanya. Tak percaya cuba la lepas tu bandingkan. Hehe..
Pastikan guna gula halus yer, kalau pakai gula biasa pun boleh tapi make sure kisar halus dulu sebelum guna dalam biskut.
Salam Ramadhan & Selamat Membaking!
0 comments :
Post a Comment