Biskut Mama Carries @ Mama Carey Comel
Assalamualaikum...
Tahun 2019 baru la Lyn nak try buat biskut Mama Carries ni.
Sebenarnya nama biskut ni ape? MAMA CARRIES KE MAMA CAREY?
Hehe..keliru kejap.
Entah-entah biskut ni diberi nama bersempena dengan penyanyi bersuara serak-serak basah Mariah Carey tu kot. Eceh..buat andaian sendiri pulak kan.
Tak kisah la kan asal sebut je Mama Carries semua orang pun dah kenal dan dah boleh bayangkan biskut yang rasa lemak susu dengan topping berwarna putih dengan hiasan corak yang pelbagai kat atasnya.
Sebenarnya dah lama bebenor Lyn teringin nak buat biskut ni.
Sejak masih bekerja di PJ lagi sampai officemates pun dok menanya "mana Mama Carries nya? Kata nak buat?" Hehe...
Memang tak la nak buat Mama Carries masa tu dengan balik kerja tak tentu masa sebab kena tunggu waktu hubby habis kerja baru boleh balik. Nak buat macam mana dah pegi balik kerja kongsi satu kereta sebab masing-masing kerja satu office.
Cuma lain department je.
Tapi sekarang dah banyak masa dan boleh eksperimen biskut macam-macam. Hihi..
Okies, Banyak kejadian dan disaster yang berlaku masak Lyn buat Mama Carries ni malam kelmarin. Kononnya nak siapkan cepat so dengan gigihnya memalam buta sibuk membakar dan menghias biskut Mama Carries ni.
Sudahnya, biskut a little bit underbaked sebab masih putih lagi dan bila dipegang dohnya melekat sikit kat tangan. Tak Suka!
Itu disaster pertama.
Disaster kedua pulak berlaku apabila icing putih yang Lyn buat terlebih kental dan terlebih putih telur.
Patutnya putih telur pakai dari sebiji telur je tapi Lyn main agak je masa nak buat icing putih tu.
Lyn pakai balance putih telur yang Lyn simpan dalam satu bekas; lebihan buat biskut tu yang tak dapat nak agak sebiji putih telur tu banyak mana.
So, main lebur je la kan.
Senang cerita icing putih kat atas biskut Mama Carries Lyn tu pun tak menjadi dengan jayanya. Huhu...
Disebabkan malam kian sunyi dan memang dah waktu sepatutnya kena memejamkan mata, unless esok pagi kalut pulak kalau lewat bangun sahur, Lyn pejamkan je mata simpan je dulu biskut Mama Carries Lyn yang tak menjadi tu dalam balang.
Kebetulan hari ni habis buat biskut peanut butter pun awal so Lyn decided untuk alter biskut Mama Carries tu.
It was a tidious job indeed...firstly, Lyn kena umpil dan buang bahagian icing tu perlahan-lahan, smooth and steady je guna pisau kecik.
Proses boring ni Lyn buat sambil layan lagu raya, baru semangat sikit nak buat kerja kan.
Takpe lah, berpenat sikit demi raya! Kihkih..
Umpil punya umpil, akhirnya siap jugak! Ade la dalam 10 biji bila Lyn umpil icingnya dengan bahagian atas biskut sekali tertanggal. Huhu...
Lepas dah siap Lyn susun elok-elok dalam dulang pembakar dan bake lagi sekali hingga biskut bertukar warna coklat sikit. As usual, Lyn lebih suka biskut yang a bit overbaked sebab rasanya wangi sangat, rangup dan rasa manis gula pun berkurang.
Kiranya, Lyn masakkan terus biskut Mama Carries ni sebelum Lyn hias dengan icing baru.
First trial buat icing tak menjadi. Icing terlebih keras sampai bila bake jadi tak kemas. Terbonjol sana sini. Nak hias ngan coklat emulco pun susah. Sakit je mata bila tengok.
Sebenarnya ini lah kali pertama Lyn buat icing macam ni.
Tak pernah buat so teknik ni memang kurang mahir.
Bila buat pertama kali putih telur Lyn terlebih pukul hingga jadi terlalu kental, macam maringue.
So, bila buat kali kedua, telur putih Lyn timbang betul-betul bagi tepat, iaitu sebiji telur anggaran ada 30 gram putih telur. So, Lyn pakai 30 gram putih telur.
Waktu memukul putih telur dengan kelajuan tinggi bila putih telur dah mula kembang dan banyak buih-buih kecil terus je masukkan sedikit demi sedikit gula dan putar hingga adunan menjadi licin dan kilat. Kemudian baru tambah tepung jagung.
Macam tu lar..ingat tau licin dan kilat bukan kental macam maringue bila terbalikkan bekas adunan tak jatuh.
Resepi asal Lyn rujuk kat blog Kak Ita yang menyediakan biskut Mama Carries yang sangat comel berbentuk rama-rama. Siapa tak kenal Kak Ita kan, beliau memang terkenal dengan hasil kerja tangannya yang kemas dan kreatif. Hehe..Lyn ni dah jadik silent reader blog Kak Ita dah bertahun-tahun.
Jom semak resepinya.
Biskut Mama Carries Comel
Kategori : Biskut Raya
Jumlah Biskut : Anggaran 50 ke 60 keping
200 gram mentega
100 gram gula halus/castor/icing - Lyn kurangkan ke 80 gram
secubit garam halus - Lyn tambah
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Bahan ayak:
260 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
50 gram susu tepung
Pukul gula, mentega dan garam halus hingga gebu dan kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan teruskan memutar hingga sebati.
Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan uli menggunakan tangan sehingga adunan tak melekat di tangan.
Balut adunan dalam cling wrap atau plastik kedap udara dan rehatkan doh selama 30 minit.
Oles dulang pembakar dengan mentega atau alas dengan baking paper.
Canai dan terap doh menggunakan acuan pilihan. Untuk memudahkan proses mencanai supaya doh tak melekat pada rolling pin dan papan pencanai, lapik doh dengan plastik atas dan bawahnya sebelum mencanai.
Susun dalam dulang pembakar, jarakkan sedikit dan bakar pada suhu 180℃ selama 10 minit (untuk separuh masak) atau 20 ke 25 minit (sehingga masak).
Untuk icing:
Putih telur dari sebiji telur /30 gram
90 gram gula icing
1 sudu besar tepung jagung
Pukul putih telur sehingga kembang. (jangan sampai kental)
Agak-agak dah mula kembang dan banyak buih-buih kecil masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan tepung jagung dan pukul adunan dengan kelajuan tinggi hingga adunan licin dan likat.
Sudukan icing ke atas biskut / masukkan dalam piping bag dan paipkan ke atas biskut.
Lorekkan corak yang disukai/ tabur dengan manik hiasan atas icing menggunakan coklat emulco.
Bakar semula selama 10 minit lagi (untuk biskut yang separuh masak).
Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Ni gambar baru letak icing dan hias. Nampak okey dan cute je kan? Hihi |
Ni la rupenya selepas keluar dari oven. Membukit tinggi plak icing nye tu. Huhu.. |
#NOTA#
OK, tadi Lyn cakap teknik bakar biskut Mama Carries ni ada dua cara kan.
Pertama - bakar separuh masak je. Kemudian letakkan icing dan bakar semula sampai biskut dan icing masak dan keras. Kalau cara ni Lyn tak jamin icing tu akan kekal putih. Kalau nak ikut cara ni lepas dah letak icing tu boleh turunkan suhu oven kepada 160℃ supaya icing tak terlebih masak dan bertukar warna jadik coklat.
Cara kedua ni Lyn suka - iaitu bakar biskut sampai masak. Kemudian letak icing dan bakar guna api atas je pada suhu 140℃ sampai icing mengeras.
Cara nak tau icing tu dah ok ke belum cuba sentuh sikit kalau dah keras dah boleh angkat la. Biarkan sejuk dan icing akan mengeras bila dah betul-betul sejuk.
Lagi satu nak pesan, icing ni akan mengembang sikit bila dibakar. Jadi jangan banyak sangat bila letak icing tu supaya bila lepas bakar tak membonjol tinggi sangat (macam Lyn punya Mama Carries 😅😅).
Macam biasa kalau takde gula icing, jangan gelabah...kisar je sampai halus gula biasa tu okey. Tapi bab icing tu seeloknya gula icing la supaya tekstur icing tu halus dan licin.
Akhir kata...
Selamat Mencuba & Membaking!
0 comments :
Post a Comment