Laksa Singapura a.k.a Singaporean Curry Laksa
Assalamualaikum...
Hari ni Lyn akan kongsikan resepi laksa Singapura yang Lyn dan hubby buat petang semalam. Ini lah kali pertama Lyn masak laksa Singapura, sebelum ni selalu Lyn akan masak laksa Johor, which is our favorite laksa of all time and then laksa sardin, ala-ala laksa Kedah tu. Sebab utama yang mendorong Lyn nak cuba sangat memasak laksa Singapura ni ialah lepas Lyn terjumpa Youtube video family Datuk Aaron Aziz memasak. Isteri Datuk menyediakan laksa Singapura manakala anak-anak mereka masing-masing menyediakan spagetti Bolognese muffin blueberry dan jus air. Memang seronok je melihat gelagat mereka anak beranak tu, happy family! Hehe..
Tanpa membuang masa, Lyn pun terus gigih menggoogle resepi laksa Singapura ni. Ada macam-macam variation tentang penggunaan bahan-bahan untuk membuat laksa Singapura ni rupenya. Ada yang tak letak ikan, ada yang letak stok ayam dan macam-macam variasi lagi. Lyn pun confused kejap tak sure nak follow resepi mana. Tapi akhirnya, Lyn cuba ikut resepi dari Datin Diyana Halik, yang menggunakan ikan kembung dan udang sebagai perencah utama. Sebenarnya kalau tengok balik resepi yang dipakai untuk membuat laksa Singapura ni tak jauh beza dengan laksa Johor pun. Cuma kalau laksa Johor, biasanya Lyn tak letak lengkuas dan udang basah dikisar halus seperti isi ikan. Fish cake dan fish balls takde kalau kat laksa Johor. Lepas tu, trademark laksa Johor lagi satu yang takde pada laksa Singapura ialah sambal belacan. Hehe...orang Johor memang suka makan pedas, betul tak? Sambal belacan mesti kena ada!
Dalam video yang Lyn tonton tu, Datin takde la bagi tau spesifik berapa banyak anggaran untuk setiap bahan, jadi Lyn pandai-pandai lah sendiri. Semalam kebetulan my hubby off day, apa lagi terus recruit dia jadik assistant chef kat dapur. Maklum la, penyediaan untuk membuat laksa Singapura ni kan agak renyah, banyak persiapan yang perlu dibuat. Semua bahan-bahan untuk membuat laksa Singapura ni Lyn berjaya dapatkan cuma buah keras pulak yang tertinggal! Anyhow, walaupun takde buah keras, alhamdulillah kami sangat berpuas hati dengan kejadian laksa Singapura kami ni. Jom kita semak resepi.
Resepi Laksa Singapura a.k.a Singaporean Curry Laksa
Bahan -bahan:
1/2 kg ikan kembung (rebus, buang tulang dan kisar halus)
1/2 kg udang putih besar (kepala dan ekor direbus untuk buat stok udang)
1 kuntum bunga kantan (belah 2)
segenggam kecil daun kesum
1 keping asam keping
1 1/2 kotak kecil santan (Lyn pakai KARA)
1 kiub ikan bilis
3 liter air
1 peket fish ball
1 peket fish ball goreng
3 batang fish cake
1 peket kecil tofu puff'
3 sudu besar rempah kari ikan (bancuh dengan air jadikan pes)
garam
gula
3 sudu besar kerisik
5 sudu besar cili kering kisar
minyak untuk menumis
1 peket laksa beras
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit belacan
3 sudu besar membukit udang kering (rendam dulu)
3 batang serai (hiris nipis)
4 cm lengkuas
2 inci kunyit
Bahan sampingan:
taugeh (bersihkan ekor)
timun (hiris nipis memanjang)
telur rebus
limau kasturi
sambal belacan (optional)
daun selasih (optional)
kacang panjang (optional)
Cara Penyediaan:
- Kisar halus bahan kisar. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar dan cili kisar hingga agak garing, kemudian masukkan pes kari ikan dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan air, diikuti dengan bunga kantan, daun kesum, kiub ikan bilis, asam keping, ikan yang dah dikisar halus dan stok udang. Reneh hingga mendidih.
- Bila dah mendidih, masukkan pula kerisik, udang, fish ball, fish cake dan tofu puff. Reneh sebentar dan masukkan santan kotak. Biarkan kuah menggelegak dengan api yang sederhana. Akhir sekali perasakan gula dan garam.
- Untuk laksa beras, rendam dahulu laksa kira-kira 30 minit atau mengikut peraturan yang disediakan di plastik pembungkus, kemudian rebus dalam air yang mendidih dan campurkan sedikit garam. Toskan dan sedia digunakan.
#NOTA#
Kalau rajin boleh tumbukkan segenggam kecil ikan bilis dan campur ke dalam kuah. Lyn pakai kiub ikan bilis je. Kenapa kena letak perasa ikan bilis? Ianya akan menambah rasa lemak pada kuah laksa ni. Ni petua bonda Lyn kalau nak buat laksa Johor. Tapi similar jugak la dengan laksa Singapura ni.
Kalau anda buat mengikut sukatan bahan-bahan seperti yang Lyn tulis di atas ni kejadiannya banyak, boleh hidang untuk 10 ke 12 orang makan. Jadi, kalau nak buat untuk family kecil je, kurangkan la sukatan tu.
Mana-mana kuah laksa makin dipanaskan makin sedap dan pekat. Jadi jangan risau, kuah laksa ni kalau tak habis makan boleh masuk dalam tupperware dan simpan je dalam freezer. Bila nak makan panaskan je balik.
Warna kuah laksa Singapura ni light dan kekuningan sikit berbanding kuah laksa Johor sebab penggunaan rempah kari yang sedikit dan campuran kunyit hidup yang dikisar halus.
0 comments :
Post a Comment