Koleksi our JJCM : Claypot Chicken Rice Sedap dan Three Layers Green Tea

Tuesday, 19 March 2019

Koleksi our JJCM : Claypot Chicken Rice Sedap dan Three Layers Green Tea


Assalamualaikum wbt....


Disebabkan Lyn dan hubby suka sangat explore tempat makanan yang best-best, maka timbul lah keinginan nak berkongsi tempat-tempat makan yang menarik dan sedap untuk anda cuba.  Malangnya, kami berdua pulak bukan jenis suka berselfie dan snap gambar sana sini.  Bila kami duduk di meja makan, kami jarang keluarkan phone sebab sejak kami berkahwin 4 tahun lepas, kami dah praktis no phone policy bila together, tak kira lah bila duduk depan tv sama-sama ke atau duduk kat meja makan.  Masing-masing kene simpan elok-elok phone dalam beg atau poket supaya boleh berborak dan berkomunikasi antara satu sama lain.  Dan sebab itu jugak lah kami bukan kaki update post dan gambar kat FB ke, instragram ke atau twitter.  Insya Allah lepas ni kami akan cuba snap gambar lebih banyak untuk penuhkan slot our JJCM di blog Lyn ni.

Sejak dua menjak ni kami kerap berulang alik ke Sungai Buloh untuk membeli pokok bunga untuk mini garden Lyn di rumah.  Waktu cuti Deepavali yang lepas Lyn ada beli 3 pokok bunga yang jenis berdaun (tak tau apa nama pokok tu), tapi akhirnya pokok-pokok tu layu dan mati.  Pokok-pokok tu kami beli di Johor sewaktu kami balik bercuti di kampung Lyn.  Nursery yang biasa kami pergi ialah Hew Garden, kalau exit Paya Jaras dari Highway Guthrie tu belok kiri dan jalan straight je nanti akan nampak nursery ni kat sebelah kiri.  Disebabkan Lyn memang suka sangat pokok-pokok yang jenis berdaun, akhirnya kami membeli pokok yang sama jenis jugak, kira second trial la.  Rupanya pokok yang Lyn beli tu tak boleh siram selalu dan tak boleh terdedah direct bawah cahaya matahari, patut la pokok yang Lyn beli sebelum ni layu dan mati.  Rasanya sebab terlebih siram!  Hehe...ingatkan semua pokok pun kena siram banyak air, ada jugak yang tak perlu siram selalu...Lyn pegi nursery tu dah seminggu lepas.  Masa on the way nak balik ke Shah Alam kami singgah di sebuah gerai menjual tembikai di tepi jalan.  Memang sedap lah tembikai tu, merah menyala, seedless dan sangat manis! 😋😋😋.  Beli sekali je terus ketagih nak lagi tau.  Nak dijadikan cerita, hari Khamis lepas kami pun pergi lagi ke sana kononnya nak beli lagi la tembikai kat gerai kakak tu.  Bila dah sampai, alahai...takde rezeki pulak, kedai kakak tu pulak tak bukak hari tu.  Jadi, dah alang-alang sampai sana hubby terus ajak jalan -jalan ke KL carik makan.  Memang takde plan langsung nak makan kat mana masa tu, hubby pulak bukan jenis yang suka makan kat gerai atau kedai makan, selalunya asal nak makan je mesti carik shopping mall.  Hmm...pusing punya pusing, terjumpa pulak satu shopping mall ni, nama dia MyTown Shopping Centre yang terletak di Maluri,Cheras.  Fuhh, memang jauh mengukur jalan tu kan..Hehhe..

Cenggini la pemandangan dari luar di MyTown Shopping Centre ni.  IKEA kat sebelah betul.
(Image kredit: lipstiq.com)


Dalam MyTown Shopping Centre ni ada banyak food choices menarik yang anda boleh pilih.  Bagi sesiapa yang dah pernah masuk mesti tau.  Kami sampai pun dah pukul 12 tengah hari, memang lunch time pun.  Kebetulan shopping mall tu tak berapa crowded.  Shopping mall ni inter-connected dengan IKEA, sebelah menyebelah je.

Ni la Food Court nya..(Image credit : mytownkl.com)


Ini la claypot chicken rice nya...nampak sedap kan? Hehe

Okay, so claypot yang sedap ni ada di food court shopping mall ni, nama dia Food Empire kat Level 3.  Dah lama kami tak makan claypot hari tu, jadi kami decided untuk try their chicken rice claypot.  Basic ingredients claypot dia tak jauh beza pun dengan claypot chicken rice yang biasa kita makan di food court tempat lain, kuih likat berwarna hitam dipenuhi dengan cendawan shitake dan ketulan ayam.  Apa yang membuatkan claypot chicken rice ni berbeza ialah hidangannya disertakan dengan sayur kubis.  Happy la jugak sebab at least ada sayur kan.  Rasanya pun sedap dan portionnya pun agak banyak sampai Lyn tak mampu nak menghabiskannya.  Harganya pun berpatutan, Memang berbaloi makan claypot di sana.  Tambahan lagi, menu untuk hidangan claypotnya jugak ada pelbagai.  Ada curry claypot jugak tau.  Memang belum pernah jumpa lagi di mana-mana food court sebelum ni.  Maybe next time kami akan cuba pulak claypot curry.

Three layer green tea. (Image credit : niejamuhaimi.com)

Dah order menu makan lunch air pun mesti kena ada, betul tak? Hehe...as for our drink, we chose to try their three layers green tea.  Okay, to be honest, Lyn tak pernah rasa lagi any green tea beverage variation sebelum ni, sebab selalunya Lyn lebih suka plain hot green tea. Harganya a bit pricy, tapi berbaloi jugak sebab memang sedap pun...hehe...the bottom layer is the gula Melaka syrup, the middle layer is the milk layer, Lyn rasa dorang campurkan susu pekat manis dan susu cair dan yang top layer is the green tea water.  Cuaca memang panas waktu tu, bila pekena three layers green tea ni sejuk-sejuk memang nyaman je rasa.  Lyn rasa air green tea kalau buat macam ni sedap jugak sekali sekala minum ok la kan sebab rasanya agak manis.

Overall, Lyn suka makan kat Food Empire ni, susun atur meja dan kerusinya pun kemas dan agak spacious.  Suasana di Food Empire ni pun tenang dan ada cermin besar kat bahagian tepi boleh tengok luar.  Next time pasti kami akan ke sana lagi.

0 comments :

Post a Comment