Kung Fu Telur Dadar Mudah & Sihat

Friday, 15 March 2019

Kung Fu Telur Dadar Mudah & Sihat




KUNG FU TELUR DADAR?

Pernah tak dengar menu tu?  Kalau belum pernah maknanya anda dah berjaya melayari ke laman yang betul..Hihi...

Menu ni ciptaan Lyn sendiri..Tapi tak tahu la kalau-kalau menu ni memang betul wujud.  Konsepnya serupa dengan menu kuew teow kung fu yang kita semua biasa makan di kedai makan, bezanya cuma kung fu telur dadar ni, seperti namanya hanya menggunakan telur dadar.  Berbeza dengan kuew teow kung fu yang menggunakan kuew teow yang digoreng bersama telur yang telah dikocok terlebih dahulu.

Resepi ni sangat mudah dah ringkas dengan bonus tambahan "sihat" lagi.  Kenapa Lyn cakap menu ni sihat ialah:

  • Kuahnya penuh dengan sayur-sayuran mengikut pilihan
  • Sangat kurang penggunaan minyak
  • Rendah karbohidrat terutamanya simple carbs seperti kuew teow
Menu ni antara menu favorite Lyn tiap kali berdiet rendah karbohidrat.  Menu ni bebas dari simple carbs seperti kuew teow yang jugak merupakan makanan proses, Sumber karbohidrat adalah berasaskan sayur-sayuran sahaja.So scrambled egg kung fu atau kung fu telur dadar ni is consider as a clean eating menu dan hanya menggunakan sedikit saja bahan perasa iaitu stok ayam. Baru-baru ni masa Lyn shopping barang dapur di Giant ada la terjumpa kiub ayam jenama Knorr yang bebas MSG.  Teruja sebab nampak perkataan bebas MSG je terus Lyn beli.  Tapi memang nampak sikit perbezaannya dengan kiub ayam Knorr yang biasa tu.  Kalau yang biasa tu rasa ayam dia enhanced dan lebih kuat, al maklum la kan ada encik MSG kan.  Tapi yang bebas MSG ni rasanya ala-ala stok ayam homemade yang dibuat guna rangka ayam yang direneh lama pakai slow cooker.  Memang malas nak membuat stok ayam sendiri lebih-lebih lagi memang agak susah nak mencari rangka ayam kecuali kalau kite pergi ke kedai menjual ayam segar atau pun di pasaraya Checkers.

Penggunaan bahan-bahan untuk penyediaan kuahnya adalah tertakhluk kepada citarasa sang tukang masak ok.  Lyn macam biasa la ketulan ayam boneless yang dipotong dadu wajib ada.  Cuma malam ni seafood jer takde.  Kalau ada seafood lagi sedap kuah kung fu tu lebih-lebih lagi udang.  Memandangkan seafood takde, so Lyn ganti dengan fish balls.  Jadik la kan, asal ada sumber makanan laut walaupun fish balls ready made.



Lyn masak kung fu telur dadar ni untuk our late dinner sebab hari ni hubby Lyn bekerja shift petang.  So, pukul 9.00 PM baru keluar dari office.  Dah malam-malam ni kami tak prefer makan makanan tinggi karbohidrat sebab takut perut tak sempat nak habis digest kami dah berdengkur pulak kang!  Hahaha...lepas tu penyakit pulak yang datang...huhu..

Tanpa membuang masa jom kita tengok dulu resepinya.

Resepi Kung Fu Telur Dadar Mudah & Sihat

Bahan-bahan:

2 ulas kecil bawang putih (ketuk dan cincang halus)
1 keping dada ayam (potong dadu)
segenggam kobis bunga (potong kecil)
segenggam brokoli (potong kecil)
1/5 batang lobak merah (hiris nipis)
3 batang cili padi (ketuk)
1/2 peket kecil fish balls
700 ml air
1/2 kiub ayam
garam 
sedikit minyak untuk menumis
1 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air)
2 biji telur (untuk didadar)

Bahan tabur:

bawang goreng
hirisan daun sup
hirisan daun bawang
hirisan cili besar merah
perahan jus limau

Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak dalam wok, tumiskan bawang putih sebentar hingga keperangan dan masukkan ketulan ayam.  Tumis sebentar dan masukkan air.
  2. Masukkan kiub ayam, diikuti dengan cili padi ketuk, lobak merah dan fish balls.  Reneh sebentar hingga lobak agak lembut.
  3. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan reneh hingga sayur-sayuran lembut.(Hati-hati jangan terlebih masak pulak sayur tu).
  4. Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung dan perasakan dengan garam.
  5. Untuk telur dadar, pecahkan telur sebiji dan kocok bersama secubit garam.  Goreng telur dengan menggunakan non-stick pan.  Ulang langkah ni untuk telur yang seterusnya.
#NOTA#

Resepi ni Lyn sediakan untuk 2 orang makan.  Macam yang Lyn cakap tadi, bahan kuah boleh sesuaikan mengikut citarasa.

Kalau suka boleh tambah 1 sudu besar sos tiram sewaktu dan masukkan air.

* tak nampak telur sebab dah terendam ke dalam 😅😅😅


0 comments :

Post a Comment