Sotong Sumbat Inti Karipap Mudah

Wednesday, 20 February 2019

Sotong Sumbat Inti Karipap Mudah


Assalamualaikum wbt...

Salam sejahtera kepada para pembaca dan chef-chef amateur seperti Lyn di luar sana. Hehe..


Hari ni Lyn nak menyudahkan entry semalam yang tertunggak yang belum jua siap.  Sebenarnya tangan Lyn masih lagi lenguh dan lebam kerana insiden jatuh di bilik air semalam...Tu la, sape suruh berangan je kan waktu mandi kan dah terpijak buih sabun kat lantai tu kan..Kihkih..

Kali ni, resepi yang Lyn nak kongsikan ialah resepi yang berasaskan sotong.  Ha..sesiapa yang suka makan sotong tu boleh la cuba resepi yang Lyn nak kongsikan kejap lagi tau.  Hari tu masa Lyn pergi pasar nampaklah sotong yang bersaiz agak besar ni.  Teruja sangat nak makan sotong sebab kami berdua pun dah agak lama tak makan sotong ni.  Maklumlah, seafood memang kami jarang beli sebenarnya.  Kalau beli pun selalunya kami akan beli udang je. 

Sebenarnya niat asal beli sotong ni ialah untuk dimasak tom yam seafood.  Bila waktu memalam meratah tom yam seafood sambil layan movie depan tv..uihhh!! memang heaven betol tu..hehe..Tapi akhirnya hajat nak buat tom yam ke laut dah, tak jadik terus disebabkan faktor-faktor yang tak dapat dielakkan 😝😝😝  Tu yang sotong masak lain, udang pun masak lain.

Idea nak buat sotong sumbat ni timbul bila mengenangkan inti karipap lebihan Lyn buat karipap tempoh hari.  Hari tu Lyn ada try buat karipap pusing tapi tak berapa nak pusing pulak bentuknya.  Kihkih..Mungkin sebab Lyn letak sikit je margerin pada doh margerin tu dan selebihnya Lyn campurkan dengan air.  Kononnya tak nak la karipap pusing Lyn tu terlalu bermargerin dan rapuh sangat, tapi last-last, jadik macam karipap biasa je kejadiannya.. Huhu...takpe, nanti Lyn akan try lagi sekali cubaan membuat karipap pusing paling best pastuh Lyn akan upload dalam entry okeh.

Dulu masa Lyn masih anak dara dan belum bekerja lagi, Lyn selalu je masak sotong sumbat ni kat kampung.  Memang licin ler tiap kali masak sotong ni.  Memang selalunya kalau Lyn buat Lyn pakai kentang yang didadu kecil dan dimasak ala-ala inti karipap, lepas tu sumbatkan aje dalam perut sotong tu dan kemaskan dengan lidi pencucuk atau lidi sate.  Tapi dulu pernah sekali Lyn dan hubby beli lauk sotong sumbat ni di medan selera Seksyen 2 yang ramai student UITM dan UNISEL tu, sotong sumbatnya disumbat dengan tauhu je..tapi Lyn kurang suka pulak sotong sumbat tauhu.  Sebenarnya apa-apa yang sesuai pun boleh je disumbat dalam perut sotong tu asalkan kena dengan selera memasing. 

Untuk kuah sotong sumbat ni, Lyn masak ala-ala sambal sotong biasa dan tambahkan sedikit belacan.  Kalau suka kuah sambal yang banyak boleh lebihkan sambal tu tapi kalau sekadar nak membanjiri sotong sumbat je, boleh ikut sukatan resepi untuk sambal yang akan Lyn kongsikan kat bawah ni yea.


Jom kita semak dulu resepi sotong sumbat ni.

Sotong Sumbat Inti Karipap Mudah

Untuk sotong sumbat:

7 ekor sotong besaiz besar 
Inti karipap secukupnya
lidi sate yang dipotong 3 dan ditajamkan hujungnya

Untuk sambal sotong:

1/2 cawan minyak masak
7 sudu besar lada kering kisar
1/2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
sedikit belacan *
1/3 cawan air asam jawa
gula
garam
sedikit bahan perasa (optional)

Cenggini ler rupanya sotong yang telah bersumbat. kihkih

Cara Penyediaan:


  1. Mula-mula kena sediakan sotong sumbat dulu.  Tarik kepala sotong dengan cermat dan keluarkan isi dalam sotong dan tulang sotong tanpa membelah badan sotong ya.  Buang punat di tengah kepala sotong tu.  basuh bersih dan sumbat inti karipap dalam perut sotong hingga kira-kira 3/4 penuh.  Letakkan semula kepala sotong di atas inti karipap dan sematkan dengan lidi pencucuk.
  2. Untuk sambal, kisar halus kesemua bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili kering kisar sebentar.  Kemudian masukkan bahan kisar dan gula dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sotong sumbat dan biarkan sebentar.
  5. Kemudian masukkan air asam jawa dan perasakan garamnya.  Kalau perlu boleh tambah sedikit bahan perasa ya.
Sambal sotong sumbat sedap rasanya kalau manis-manis pedas sikit.  Lepas tu, aroma inti karipap  yang mengalir keluar sewaktu sotong sumbat ni sedang dimasak menambah lagi perisa sambal sotong ni

#NOTA#

Sila gunakan sotong yang segar supaya tak pecah bila dicucuk dengan lidi pencucuk.

Kalau suka, boleh tambahkan halia dalam sambal sotong tu.  Sedap jugak rasanya.

Sotong sumbat sebagai lunch box hubby 😍😍😍


Akhir kata, selamat mencuba!

0 comments :

Post a Comment