Donat Coklat Leleh Yang Gebu
Assalamualaikum wbt...
Hari ni nak update entry yang tertangguh sejak minggu lepas untuk resepi donat coklat gebu gebas dengan inti coklat yang meleleh-leleh..Ahaks! Sebenarnya Lyn buat donat coklat ni 3 hari lepas, saje je buat sebab nak menghabiskan stok tepung roti yang dah lama terperap dalam almari tu. Mula-mula Lyn nak buat donat gula biasa je tapi teringat pulak ada stok coklat masakan yang masih banyak dalam peti ais. Tu yang terus laju je membuat donat coklat ni.
Dulu, Lyn memang peminat setia donat coklat custard Dunkin Donut tu. Asal nampak je Dunkin Donut mesti singgah nak beli donut coklat custard tu. Memang sedap dengan isi krim coklat yang banyak kat dalam donat tu. Cuma sekarang ni je dah sangat kurang membeli sebab pastry donat mereka dah kurang memuaskan...Tapi tu pada pendapat Lyn je tau, sebab setiap orang ada citarasa masing-masing. Hehhe..
Donat coklat yang Lyn buat hari tu bersaiz sederhana je, tak besar sangat dan tak kecik sangat..Lyn pakai 3 cawan tepung dapat la dalam 16 biji donat coklat ni. Yang lebihnya Lyn frozenkan je. Tapi next time rasanya kalau nak buat lagi, Lyn akan bahagikan doh donat ni menjadi lebih kecil supaya dapat makan donat yang comel-comel je gitew!
Untuk pengetahuan, donat coklat yang Lyn buat kali ni memang tanpa menggunakan telur tau. Jadi kepada sesiapa kat luar sana tu yang allergy ngan bau hanyir telur sebab donat ni eggless ya. So, boleh dikatakan donat ni sesuai jugak untuk vegan.
Lyn guna mesin breadmaker untuk menguli adunan donat. maka kerja lebih mudah lah. Tapi kalau takde breadmaker atau mesin menguli tu, boleh uli guna tangan ya.
Donat Coklat Leleh Yang Gebu Tanpa Telur
1 cawan susu cair/ susu segar
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar gula
1 sudu besar margerin (saya pakai Planta)
2 sudu besar minyak sayuran
2 cawan tepung roti *
1 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
2 sudu teh yis
minyak secukupnya untuk menggoreng
gula icing untuk menyalut donat yang dah digoreng
Bahan inti:
coklat Beryl's (potong kecil)
- Ayak bahan bertanda * dan letak ke dalam mangkuk pengadun dan campurkan garam. Gaul sebati.
- Dalam mangkuk lain, satukan susu cair/susu segar, minyak, margerin,yis dan gula.
- Buatkan lubang di tengah mangkuk yang berisi campuran tepung dan tuang adunan cecair di tengah lubang sedikit demi sedikit sambil uli perlahan dengan sudip kayu atau tangan.
- Uli hingga doh menjadi licin dan lembut,kira-kira 15 minit.
- Tutup doh dengan kain lembap atau cling wrap dan rehatkan doh selama 40 minit hingga doh mengembang 2 kali ganda.
- Bila doh dah mengembang, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
- Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan bahagikan setiap bahagian kepada 8 bahagian kecil. So, total doh kecil ialah 16.
- Ambil satu doh kecil, leperkan dengan menggunakan penggelek dan letakkan ketulan coklat Beryl's di tengah doh. Tutup doh dengan kemas dan letakkan di atas dulang yang dah ditabur tepung. Susun donat coklat dengan jarak yg agak jauh dari satu sama lain supaya tak melekat bila mengembang.
- Setelah selesai, tutup donat coklat dengan plastik dan rehatkan lagi selama 15 ke 20 minit.
Langkah 1 |
Langkah 2 |
Langkah 3 |
Langkah 4 |
Langkah 5 |
Untuk Menggoreng:
# Gunakan api sederhana ketika menggoreng supaya donat tak hangus dan masak dengan sempurna.
# Untuk membuat donat coklat frozen, goreng sebentar sahaja untuk matikan yis, sejukkan dan simpan dalam bekas/plastik kedap udara. Bila nak goreng, keluarkan dahulu dalam 10 minit kemudian boleh terus goreng.
# Golekkan donat coklat yang dah siap digoreng pada gula icing dan letakkan atas tisu dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan.
Siap untuk difrozen... |
Kasi promote coklat Beryl's sikit. Hehhe |
Selamat mencuba!
0 comments :
Post a Comment