Daging Masak Black Pepper Marvelous!
Bersua lagi kite kali ni untuk Lyn kongsikan satu lagi resepi under kategori lauk pauk iaitu daging masak black pepper yang sangat marvelous!
Daging masak black pepper ni merupakan salah satu menu lauk yang agak common dalam masyarakat kite. Semenjak popularnya sos black pepper, black pepper gravy yang dimakan bersama steak dan chicken chop, ala...hidangan ala-ala Barat gitew kan, hehe...maka, hidangan daging masak black pepper ni pun melonjak nama dan mendapat tempat di hati food lovers di luar sana seiringan dengan komersialnya hidangan- hidangan barat yang Lyn sebutkan tadi.
Cara memasaknya pun sangat mudah dan tak memerlukan bahan yang banyak macam nak masak rendang. Jadi, hidangan daging masak black pepper ni merupakan pilihan terbaik untuk wanita-wanita di luar sana yang sibuk dan tak mempunyai banyak masak untuk dibazirkan di dapur yea. Hihi...
Actually, daging ni Lyn masak hari Jumaat minggu lepas untuk bekalan hubby ke pejabatnya seperti biasa. Semenjak shift kerjanya beranjak menjadi semakin awal, iaitu pukul 7.45 pagi dah kene ada di pejabat. Kalau sebelum ni shift paling awal ialah pukul 8 pagi. Beza waktu cuma 15 minit je tapi trafic perjalanan dari Shah Alam ke PJ kalau lewat sikit je keluar rumah, alamatnya akan lambatlah sampai ke office. Kebetulan minggu lepas Lyn pulak jatuh sakit, jadi memang agak malas nak masak yang susah-susah, tu yang masak daging masak black pepper je ni. Daging lembu yang Lyn guna ni ialah daging Allana, yang sejuk beku punya yang dibeli di kampung sewaktu Lyn beraya Tahun Baru di kampung halaman Lyn tempoh hari. Kononnya Lyn beli daging lembu masa bercuti di kampung Lyn hari tu ialah untuk dijadikan rencah untuk mee hailam, alih-alih kakak ipar Lyn tukar plan nak masak mee goreng. Tu yang daging tu tak berusik lagi sampailah Lyn dah nak balik semula ke Shah Alam. Bonda Lyn suruh kami bawak balik sini je sebab kat sana dorang dah selalu makan daging sebab abang Lyn pembekal daging dan ayam. Kira tokey daging la..hehehe..
Resepi Daging Masak Black Pepper Marvelous
Bahan daging perap:
500 gm daging (potong kiub)
1 sudu besar biji lada hitam (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk )
1 sudu besar sos tiram
8 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung
Bahan tumis:
1/2 biji bawang Holland/bawang besar (potong dadu)
air secukupnya
garam
gula
minyak untuk menumis
- Basuh bersih daging dengan menggunakan tepung gandum untuk menghilangkan bau hamis.
- Gaul rata daging dengan kesemua bahan perap dan biarkan sekurang-kurangnya 15 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang Holland hingga sedikit layu dan naik bau dan terus masukkan daging yang dah diperap tadi. Masukkan air dan garam dan reneh daging hingga empuk.
- Bila daging dah empuk, perasakan garam dan gula.
Resepi daging masak black pepper ni anggarannya untuk 4 orang makan. Tapi depends jugak lah kan, kalau sorang dok melantak daging ni tak hengat dunia makanya hidangan banyak ni boleh cukup untuk 2 orang je la..😆😆😆
Kalau nak bagi nampak eye catching sikit boleh taburkan hirisan daun bawang kat atas daging ni yea.
Selamat mencuba!
0 comments :
Post a Comment