Cucur Pisang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Monday, 31 December 2018

Cucur Pisang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam


Assalamualaikum wbt...


Hari ni merupakan hari terakhir untuk tahun 2018.  Selamat tinggal tahun 2018 dan selamat datang tahun 2019.  Bila kenangkan balik, banyak perkara yang mengecewakan yang telah berlaku dalam hidup saya pada tahun 2018.  Apa yang pasti, tiada pembaharuan dan peningkatan seperti yang saya harapkan dan penat lelah bekerja keras untuk peningkatan karir diri masih belum tercapai.  Cuma persoalan tentang hidup, segala punca permasalahan yang selama ni terbelengu di benak hati dan fikiran telah pun terungkai.  InsyaAllah, mudah mudahan diberi kemudahan oleh Sang Pencipta untuk mengatasi sebarang kesulitan dalam hidup.  Kunci utamanya ialah cekal, tawakal, sabar, dan tak lupa juga untuk sentiasa memanjatkat doa agar diberi kekuatan mental dan fizikal, diteguhkan senantiasa iman, dilimpahi rasa syukur dan dikurniakan kelapangan hati dan fikiran. Aminn...

Baiklah, kita lupakan dulu cerita yang duka tu, saya nak buka pula cerita tentang makanan.  Hehe...sedih macam mana sekalipun, frust menonggeng macam mana sekalipun, makan mesti tak boleh tinggal.  Itulah sebabnya bila stress je makanan lah yang sentiasa setia untuk menjadi penghibur!  Tapi jaga-jaga, kalau salah memilih makanan, tentu padah pula yang datang.  Makanan yang berlemak, berkalori dan mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi seharusnya dihindari dan dikurangkan pengambilannya.  Sekali sekala je makan takpe lah, bak orang kata, "untuk reward system." Hehehe..

Jadi kali ni makanan which I can say one of a good mood food is cucur pisang!  Cucur pisang ni nama femes yang lainnya ialah cekodok pisang.  Ha, jangan tak percaya, cucur pisang ni makanan keramat tau, cukup sempurna tu kalau nak menaikkan mood.  Nak-nak pulak kalau menyantap sambil layan movie kat tv, hamboi,silap hari bulan makan sepinggan pun tak sedar! 😆😆😆

Dah alang-alang ni cheq nak habaq satu rahsia ni.  Rahsia besar ni tau.  Sebenarnya, dulu cheq tak pernah suke makan cucur pisang! Bingo!!  Dulu, kalau bonda buat je cucur pisang, mesti saya tarik muka.  Pastu pandang cucur pisang tu sambil tutup mata je.  Haha..jamah sebijik pun tak nak tau.  Lepas tu, bila saya tengok kengkawan dok beli cucur pisang yang dorang cucuk kat lidi pencucuk tu dan makan dengan wajah penuh kenikmatan, saya pulak yang rasa pelik.  Dalam hati ni dok berkata " ape lah yang best sangat makan cekodok pisang tu."

Pastu macam mana cucur pisang ni boleh menambat hati saya bila pertama kali saya try buat sendiri cucur pisang ni.  Hubby memang hantu makan pisang.  Suka sangat makan pisang.  Asal beli barang dapur je pisang mesti tak pernah missed.  Lepas tu, ada la sekali tu kami beli pisang banyak sangat, sampai tak habis makan.  So, last-last pisang tersebut pun dah overripe.  Masa tu memang sibuk bekerja, so memang saya takde masa lah nak membuat kek pisang ke apam pisang bagai kan..so saya pun buat keputusan untuk men"cekodok"kan je pisang-pisang tu.  Maka, terhasillah cekodok aka cucur pisang buat julung kalinya di teratak kami.  Yea!!  Tapi masa tu teknik-teknik buat cucur pisang ni main hentam je, baking soda pun tak letak.  Haha..


So sekarang ni, cucur pisang dengan rasminya dah jadi salah satu tea time dish kami sekali sekala.  Ye la, mana boleh makan selalu kan.  Kalori banyak tuh!  Hehe..dari masa ke semasa saya akan memperbaharui dan memodify bahan-bahan dan sukatannya supaya cucur pisang homemade saya ni makin sedap rasanya.

Saya pernah mengikuti teknik dan bahan yang digunakan oleh salah seorang blogger ni tentang cara-cara nak membuat cucur pisang yang rangup dan lembut.  Tapi saya dah lupa dari blog mana saya ambil untuk buat rujukan saya.  Mohon halalkan yea...hehe..Okay, jom kita tengok resepinya.

Cucur Pisang Rangup Di Luar Lembut Jer Di Dalam

Bahan-bahan:

3 biji pisang berangan masak ranum (lecek)
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
sedikit air jika perlu
2 sudu besar gula

Cara Membuat:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali gula.  Gaul rata dengan teknik kaup balik untuk memasukkan udara dalam adunan.
  2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.  Bila minyak dah betul-betul panas, sebelum nak menggoreng cucur pisang, masukkan gula ke dalam adunan dan gaul sebati.
  3. Kalau nak bentuk cucur cantik dan bulat, celup hujung jari dengan air dan jemput sedikit adunan cucur dan goreng hingga warna cucur menjadi agak kelap.  Buat hingga adunan cucur habis.
  4. Tapis dan letakkan cucur pisang yang dah siap digoreng di atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.
#NOTA#

Sukatan tepung sebenarnya bergantung pada tahap keranuman pisang yang digunakan.  Kalau menggunakan pisang yang masak ranum kena lebihkan sedikit kandungan tepungnya kalau tak adunan akan menjadi sangat lembik dan bila digoreng akan menyerap sangat banyak minyak.  

Kalau tak suka warna cucur pisang yang gelap, tak perlu letak baking soda dan kurangkan sedikit sukatan gula.  Baking soda akan membuatkan cucur pisang berwarna kegelapan.

Gula kena masukkan waktu adunan cucur dah nak digoreng supaya cucur jadi rangup.

Pisang yang digunakan tak semestinya kena pakai pisang berangan.  nak upgrade sikit pakai pisang Cavendish yang elegant tu pun boleh.  Hehe..




0 comments :

Post a Comment