Sup Ikan Bawal Hitam

Tuesday, 18 September 2018

Sup Ikan Bawal Hitam





Sup ikan bawal yang saya nak share kali ni merupakan menu pertama yang saya masak di wet kitchen yang saya bina di backyard rumah kami.  Kelam kabut jugak masa first time menggunakan dapur di wet kitchen disebabkan barang-barang memasak belum sepenuhnya saya kemas. Hehe...Pada mulanya saya dan hubby bercadang nak makan luar saja sementara menunggu dapur saya siap sepenuhnya tapi baru hari ke-2 makan di luar kami berdua dah rasa bosan pulak makan makanan beli. Punya lah banyak gerai makan di Shah Alam ni tapi kami masih terfikir-fikir nak makan apa. >.<
Last-last saya gagahkan diri jugak memasak dengan tiada sinki dapur. Jadi kerja mencuci menggunakan sepenuhnya bilik air.

Saya tak pernah masak sup ikan sebelum ni. Pernah jugak berangan nak masak sup ikan dulu, itu sebabnya saya beli sup bunjut untuk sup ikan. Tapi akhirnya terbiar begitu saja tanpa dimasak.  Tak semua jenis ikan sesuai dimasak sup, biasanya orang menggunakan ikan merah atau ikan lain yang tak berapa hanyir sebab sup ni menu yang ringan; tak seperti kari dan asam pedas, jadi ikan yang dimasak perlulah dari jenis yang tak berapa hanyir.

Saya menjamu meluarga mertua saya dengan sup ikan ni memandangkan mereka kurang sihat, jadi menu berasaskan suplah yang terbaik untuk memberikan tenaga dan mendatangkan selera.

Jom kita semak bahan-bahan untuk menyediakan sup ikan bawal ni.



Bahan-bahan Sup Ikan Bawal Hitam:

2 ekor ikan bawal belah 3 setiap satu
1 labu bawang besar *
4 ulas bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
 inci halia *
sedikit serbuk lada sulah 
2 sudu besar ketumbar (tumbuk halus)
1/2 sudu besar jintan manis (tumbuk halus)
1 bunjut sup
2 liter air
2 biji kentang (potong kecil)
sedikit lobak merah (potong nipis)
2 batang fishcake (optional)
1 biji tomato belah 4
garam
sedikit bahan perasa (optional)
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tabur:

bawang goreng
daun sup
daun bawang

Langkah Penyediaan:


  1. Kisar kesemua bahan bertanda *
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama ketumbar dan jintan yang dah ditumbuk halus sampai agak garing. Masukkan air dan lada sulah.
  3. Apabila air dah mendidih masukkan kentang dan lobak merah. Masukkan garam. Bila kentang dah agak lembut baru masukkan ikan bawal, fishcake dan tomato. Reneh sebentar.
  4. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Sedia dihidang.


NOTA#

Saya kurang gemar letak 4 sekawan dalam sup saya. Pada saya letak sup bunjut dah cukup enak. Tapi kalau anda suka sila tambah.


0 comments :

Post a Comment