Pisang Goreng Rangup dengan Bijan

Friday 14 September 2018

Pisang Goreng Rangup dengan Bijan





Pisang goreng merupakan salah satu "street food" yang sangat popular di tempat kita. Sangat sesuai dijadikan sebagai sajian snack, dimakan panas-panas cicah dengan sambal kicap (kalau di Johor), sos cili atau pun dimakan begitu saja.

Tak semua jenis pisang sesuai  untuk dibuat pisang goreng. Selalunya pisang tanduk dan pisang nipah  (atau pisang kapok) yang paling kerap digunakan. Dulu bonda saya ada tanam pokok pisang nipah ni di depan dan belakang rumah, memang puas kami anak-beranak makan pisang goreng. Tapi sekarang memang tak pernah lagi nak menjamah buah pisang hasil tanaman sendiri lagi disebabkan serangan monyet yang berleluasa di kawasan kampung saya. Dah la tu, kebetulan pulak kedudukan rumah saya berada di laluan sutera si monyet-monyet ni, habis rosak kesemua tanaman kami, hanya pokok cili dengan limau aje yang diaorang tak usik. Hehehe...

Pelbagai resepi dan olahan untuk menghasilkan tepung goreng pisang yang sedap dan rangup, apa yang penting asalkan tiada bahan yang membahayakan kesihatan sudah la kan..

Untuk resepi yang akan saya share kali adunan tepung goreng pisangnya boleh dikatakan biasa je, cuma yang istimewanya saya tambah sedikit bijan putih untuk membangkitkan rasa lemak dan aroma yang wangi.

Apa kata kita semak bahan-bahannya dulu:

Bahan-bahan Pisang Goreng Rangup dengan Bijan:

1 sisir pisang nipah (belah dua)
3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk kunyit (optional)
1/2 sudu teh garam
lebih kurang 1 cawan air (sila adjust mengikut kepekatan)
1 sudu besar air kapur
1 sudu besar minyak
1 sudu teh gula
2 sudu besar bijan
minyak yang banyak untuk menggoreng


Campurkan kesemua bahan kecuali gula.
Panaskan minyak, campurkan gula ke dalam bancuhan tepung, celupkan pisang dalam bancuhan tepung dan goreng menggunakan api sederhana hingga pisang goreng bertukar menjadi warna keemasan.
Angkat dan toskan.



TIPS#


  • Kalau nak hasil gorengan lebih baik, sila gunakan pisang yang baru masak, bukan yang dah over ripe atau lembik supaya minyak tak terlalu banyak terserap dalam pisang goreng tu.
  • Jangan guna minyak recycle, gunalah minyak yang baru untuk menggoreng. Saya dah explain tentang ni dalam entry cempedak goreng.

Saya kurang suka letak vanilla dalam bancuhan tepung goreng saya, tapi bagi yang suka boleh la letak ya.

Untuk pisang goreng dengan bijan ni, kami tak makan pun dengan sambal kicap sebab rasa lemak bijan ni dah cukup wangi sampai kami tak ingat pun nak cicah dengan sambal kicap. >.<





2 comments :

  1. Hi , I nak share Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap Dan Mudah.
    Source and citation: http://resepipisanggorengrangup.blogspot.com/

    ReplyDelete