Nasi Lemak Sambal Kerang

Friday, 14 September 2018

Nasi Lemak Sambal Kerang



Assalamualaikum WBT...
Salam Sejahtera!




Entry saya kali ni ialah berkaitan dengan nasi lemak; antara menu sarapan pagi favourite orang Malaysia. Tapi nasi lemak ni bukan saja sesuai dijadikan menu sajian untuk sarapan pagi je, tapi jugak untuk menu tengah hari dan jugak dijadikan menu open house dan majlis kenduri.

Setakat tu yang saya tau sebelum saya sambung study di Shah Alam beberapa tahun lepas. Bila saya duduk kat Shah Alam ni, .baru saya tau yang nasi lemak pun antara makanan hot yang dijadikan menu makan malam! Ramai student beli nasi lemak depan apartment yang saya tinggal tu. Terkejut beruk saya masa first time tengok ramai penjaja menjual nasi lemak tau! Dalam hati terdetik apa la orang Shah Alam ni malam-malam pun makan nasi lemak. Haha..ape la..betul-betul ketinggalan zaman ye. Sekarang, saya pun dan terjebak dengan fenomena "makan nasi lemak untuk dinner" dan join sekali beli nasi lemak untuk makan malam. >.<

Nasi lemak ni paling sedap kalau dibungkus dengan daun pisang. Aroma daun pisang yang meresap ke dalam nasi lemak yang dibungkus tu tersangat lah harum. :)

Saya sediakan nasi lemak ni bersama sambal kerang untuk sarapan pagi dan menu makan tengah hari. Senang kerja! Masak sekali waktu pagi boleh bring forward untuk lunch. Hehehe..Cuma sayangnya, daun pisang pulak yang takde. Tapi tak pe sebab walau macam manapun saya tetap jugak bersemangat nak menyediakan nasi lemak ni.

Jom kita semak resepinya.



Bahan-bahan Nasi Lemak Sambal Kerang:

Untuk nasi lemak:

2 pot beras
3/4 pot santan kotak KARA
2 pot air
1 sudu teh garam
1 inci halia (hiris nipis)
2 helai daun pandan (simpul)
1 sudu besar minyak 

Basuh beras. Campurkan beras dengan santan, halia, air, garam, daun pandan dan minyak dalam periuk nasi. Tanak hingga nasi masak dengan sempurna. Gaul nasi sekali sekala supaya santan rata. Hati-hari jangan sampai butir nasi hancur.

Untuk sambal kerang:

5 senduk pes cili kering /20-25 batang cili kering
1 1/2 labu bawang besar *
sedikit belacan *
segenggam kecil ikan bilis * 
1/2 labu bawang besar (hiris nipis)
sedikit ikan bilis
asam jawa
garam
sedikit gula melaka
sedikit gula
kerang yang dah direbus secukupnya
minyak untuk menumis

Langkah penyediaan:


  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak. Goreng sebentar bawang besar hiris bersama ikan bilis. Ketepikan.
  3. Tumiskan cili kering dan masukkan bahan kisar bila cili dah agak garing. Teruskan menumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa, gula melaka, gula, garam dan kerang. Masak hingga sambal agak pekat.
Bahan sampingan nasi lemak:

  • Timun (hiris nipis)
  • Telur rebus (belah 2 atau 4)/ telur goreng
  • Ikan bilis goreng
  • Kacang tanah goreng
  • Bergedil (optional)

Kali ni nasi lemak saya padankan dengan ikan bilis hitam. Memang lain rasanya. Ikan bilis hitam ni lebih lemak dan amat sesuai digoreng dan dijadikan menu sampingan nasi.

NOTA#

Untuk bahagian nasi, sukatan yang saya catat tu untuk beras wangi dan saya tak rendam dulu beras tu. Anda boleh adjust mengikut jenis beras yang digunakan. Kalau nak lagi senang, rendam dulu beras semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam kemudian sukatan air dan santan sama banyak dengan sukatan beras.




0 comments :

Post a Comment