Menu Lunch Box 2 : Telur Bungkus dan Chinese Style Long Bean Stir Fry
Salam Jumaat ...
Dah lama betul saya tak buat telur bungkus. Kalau tak silap, last saya buat pun ketika tu saya masih duduk di rumah sewa, kira-kira 5 bulan lepas. Padahal resepinya mudah saja dan cara penyediaannya pun cepat dan ringkas.
Kebetulan pulak boneless chicken yang saya beli tempoh hari untuk membuat dumpling dan sate masih ada dalam freezer. Saya suka beli boneless chicken yang dalam peket tu, sepeket ada dalam 8 pieces yang besar, jadi memang berbaloi. Lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang tengah berdiet dan hanya nak makan lean meat je. So, boleh makan daging ayam lebih puas..Hehehe..
So, macam biasa penyediaan bahan-bahan saya prepare sebelah malam. Ayam saya dah siap-siap basuh dan cincang, mix vege dah defrost dan bawang-bawang semua dah siap kupas. Semua bahan saya letak di peti sejuk bahagian bawah. Cili giling saya memang buat banyak terus, simpan dalam tupperware dan campurkan sedikit garam dan minyak nak kasi tahan lama sikit.
Tanpa membuang masa, jom kita semak dulu resepi telur bungkus yang sedap ni.
Bahan-bahan telur bungkus:
2 biji telur
1/2 boneless chicken (didadu)
4 sudu besar mix vege
sedikit capsicum (didadu)
1/2 bji bawang besar (didadu)
1 biji bawang putih (didadu)
2 sudu besar pes cili kering
sedikit air
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu besar kicap manis
sedikit minyak untuk menumis
garam
Kena prepare bahan isi telur bungkus dahulu ya.
Langkah Penyediaan:
- Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan pes cili kering sampai pecah minyak.
- Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap, ayam cincang dan mix vege, masak hingga ayam lembut.
- Masukkan capsicum dan perasakan dengan garam.
- Sementara tu, boleh panaskan non-stick pan di dapur sebelah, letak sikit minyak dan lenser bagi minyak rata.
- Dadarkan telur nipis-nipis dan lebar supaya muat nak isi bahan-bahan fillingnya. Guna api kecil sahaja.
- Agak-agak telur bahagian atas dah agak masak, masukkan filling tadi dan bungkus dengan kemas.
- Tekap pinggan atau bekas yang muat untuk letak telur bungkus kat atas kuali, flipkan kuali supaya lipatannya berada di bahagian bawah pinggan/bekas.
- Sedia dihidang!
Filling telur bungkus tu saya tak masukkan semua, ada lebih..So untuk filling ni boleh dapat 2 bungkus telur ya.
TIPS#
- Air jangan letak banyak sangat supaya telur bungkus tak banjir dan filling tak terkeluar dari telurnya.
- Bagi yang tak suka mix vege, boleh gantikan dengan capsicum, lobak merah, jagung muda, cendawan butang dan sebagainya.
Tak lengkap kalau menyediakan lunch box suami tanpa sayur. So, untuk menu lunch box hari ni telur bungkusnya saya gandingkan dengan kacang panjang tumis ala-ala cina. Resepi yang sangat mudah dan sangat sedap, tak perlu nak tumbuk-tumbuk bawang bagai..hehehe
Bahan-bahan Chinese Style Long Bean Stir Fry:
7-8 batang kacang panjang (potong pendek)
1 biji bawang putih (ketuk dan cincang)
2 biji cili padi (ketuk)
1 sudu besar sos tiram
sedikit air
garam
minyak untuk menumis
Langkah penyediaan:
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dengan api besar sekejap. Masukkan air, kacang panjang dan sos tiram. Gaul sekejap.
- Masukkan garam dan tutup kuali sampai kacang masak menggunakan api besar.Sedia dihidangkan!
Baru siap masak! |
0 comments :
Post a Comment