Idea Sarapan Berasaskan Telur 1 : Cheezy Vege Omelet Sarapan Ringkas dan Sihat

Thursday, 6 September 2018

Idea Sarapan Berasaskan Telur 1 : Cheezy Vege Omelet Sarapan Ringkas dan Sihat



Selamat pagi dunia!




Apa kata di pagi Jumaat yang mulia ni kita perbanyakkan zikir "Ya Allah" sambil menyiapkan juadah sarapan pagi di dapur kan...Mudah-mudahan Allah sentiasa memhembuskan hidayah ke dalam sanubari setiap hambaNya...Aminn..

Pagi tadi saya menyediakan sarapan pagi yang serba ringkas yang berasaskan telur. Telur sememangnya merupakan salah satu diet tinggi protein yang affordable dan baik untuk kesihatan.

Sebiji telur mengandungi protein yang berkualiti tinggi selain diperkaya dengan vitamin, mineral dan lemak yang baik. Walaupun figure menunjukkan kandungan kolesterol yang agak banyak dalam sebiji telur iaitu 185 mg kolesterol (ref), walau bagaimana pun kandungan kolesterol dalam telur tak menyebabkan peningkatan kolesterol jahat (LDL) dalam darah mengikut beberapa kajian. Sebaliknya, is meningkatkan HDL (kolesterol baik) dalam darah yang boleh mengurangkan risiko sakit jantung. (ref 1,ref 2).

Saya memang suka menyediakan sarapan tinggi protein sebab protein ni satu molekul yang kompleks jadi proses pencernaan akan ambil masa berbanding percernaan refined carbs macam nasi putih. Jadi, kita akan berasa kenyang lebih lama kalau ambil makanan tinggi protein berbanding makanan yang tinggi karbohidrat.

Bahan-bahan yang saya gunakan mudah saja dan tak perlukan kos yang mahal dan sememangnya berasaskan sayur.

Jom kita semak resepi ni dulu.

Bahan-bahan cheezy vege omelet:

2 biji telur
sedikit lada hitam
sedikit garam
1/4 cawan susu segar/susu cair/air biasa  pun jadik
1/4 biji bawang holland/bawang besar biasa (didadu)
sedikit lobak merah (didadu)
sedikit capsicum (didadu)
sedikit sayur bayam (potong kecil)
tomato kecil (potong 2)
cheddar cheese untuk tabur
sedikit parsley untuk tabur (optional)

Cara penyediaan:

  1. Pukul telur, lada hitam, garam dan susu/air dalam mangkuk guna garfu sampai sebati dan berbuih sikit.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser sikit je minyak, dadarkan telur tadi. Saya guna double-sided pan.
  3. Terus taburkan bawang,lobak merah, capsicum, bayam, tomato dan cheese. Tutup pan biar bahagian atas masak. Sila guna api kecil supaya omelet anda tak hangus ya. Omelet tak perlu dibalikkan. Sebab tu kena tutup pan.
  4. Bila bahagian atas dah masak dan cheese dan cair , terus tabur parsley. Kalau yang suka sos boleh picitkan sos/mayonis atas omelet time ni.
  5. Tutup api dan gulung atau lipat omelet. Sedia untuk dihidang!



Selamat mencuba! 

0 comments :

Post a Comment