Mee Hailam Ayam Kurang Kicap

Wednesday, 19 September 2018

Mee Hailam Ayam Kurang Kicap






Mee hailam ni hidangan makan malam kami hujung minggu lepas tapi baru ni berkesempatan nak update dalam blog. Plan asal nak buat mee sizzling tapi cendawan shitake pulak saya lupa beli. Lain kali saya akan kongsi pulak resepi mee sizzling ya.

Mee hailam antara menu popular yang mesti ada dalam list untuk menu ala carte di gerai makan mahupun restoran. Rasanya memang istimewa kerana ada rasa pedas cili dan manis dari kicap, ditambah pula dengan bahan sampingan seperti ayam, udang dan sotong sebagai pelengkap rasa.  Aduhai..lapar pula rasanya bila buat entry ni >.<

Disebabkan saya memang peminat tegar mee hailam, saya ada membuat sedikit research dari mana asal usulnya mee hailam ni. Hah! Kalau nak tau, mee hailam ni asalnya merupakan makanan Cina yang diadaptasi mengikut citarasa orang Malaysia tapi masih mengekalkan konsep asal mee ni, iaitu mee yang bermandikan kuah kicap dan mewah dengan sayur -sayuran serta daging.

Saya tak letak seafood dalam mee hailam saya sebab takde stok. Kami pun agak jarang menyimpan stok seafood di rumah. Walau macam mana pun, keaslian rasa mee hailam kalau mengikut resepi ni tetap ada walaupun tanpa udang dan sotong. Hehe..

Saya sengaja kurangkan kuantiti kicap yang saya letak dalam mee hailam tu untuk kurangkan sedikit kadar kalori. Itu yang nampak agak pucat warnanya. Tapi anda boleh adjust kepekatan mengikut citarasa masing-masing.

Jom kita semak resepi mee hailam ni.



Bahan kuah:

1/4 kg daging (hiris nipis dan rebus hingga empuk) - optional (saya tak letak)
4 sudu besar pes cili kering
4 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1/2 labu bawang besar (hiris nipis)
1 ulas bawang putih (ketuk)
1 1/2 liter air/air rebusan daging/air rebusan kulit udang - saya pakai air biasa
2 ketul isi ayam (potong kecil)
1/2 kiub ayam (optional)
cili padi (ketuk - optional)
sotong (optional)
udang (optional)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
kicap secukupnya
2 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air)
garam
minyak untuk menumis

Bahan sayur:

  • sawi
  • lobak merah (potong nipis)
  • jagung muda (belah 2)
  • fish ball
  • fish cake
  • kobis bunga
  • tomato
Bahan tabur:
  • bawang goreng
  • daun sup
  • daun bawang
  • limau kasturi
DAN tak lupa juga mee kuning 1/2 kg. Rebus sebentar bersama sedikit garam.

Cara Penyediaan Kuah Mee Hailam:

  1.  Tumbuk /kisar halus bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih ketuk dan bawang besar hiris. Tumis hingga naik bau. Tumis cili kering dan bahan tumbuk hingga garing.
  3. Masukkan air/ air rebusan, garam, cili padi ketuk, semua jenis sos dan kicap. Tambah kiub ayam. Biarkan mendidih. 
  4. Masukkan ayam, sotong, udang, batang sawi, lobak merah fish cake dan fish ball dan masak sebentar hingga kesemuanya lembut.
  5. Akhir sekali masukkan jagung muda, kobis bunga, daun sawi dan tomato. Campurkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Demikianlah resepi mee hailam ayam yang mudah yang boleh saya kongsikan. Selamat mencuba!

0 comments :

Post a Comment